Misi utama penciptaan kapal selam adalah untuk melindungi pesawat kapal pembawa pesawat di permukaan air, menyerang kapal selam dan banyak lagi.

Ia mesti mempunyai sonar yang baik untuk mengesan kapal selam musuh. Juga, adalah amat penting bagi kapal selam itu untuk mampu mendekati kapal selam kapal perang musuh tanpa dikesan.

Selepas menjalankan tugas, ia juga perlu beredar dengan tidak dikesan oleh kapal anti-kapal selam. Sesetengah kapal selam penyerang terbaru mampu melancarkan peluru berpandu terhadap kapal-kapal dan sasaran di darat.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 4 kapal selam penyerang yang paling "power" di dunia.

4. Kelas Astute - United Kingdom

kapal selam kelas astute united kingdom

  • Kos: RM7.34 bilion
  • Kelajuan maksimum: 30 knots (56 km/h)
  • Mula berkhidmat: 2010
  • Kedalaman menyelam: melebihi 150 m

Kapal selam serangan kelas Astute berkuasa nuklear yang pertama telah ditugaskan untuk Angkatan Laut Diraja United Kingdom pada tahun 2010.

Setakat ini, 7 kapal kelas dirancang dalam penghasilan. Kapal selam ini akan menggantikan kapal selam serangan kelas Swiftsure yang terdahulu.

kapal selam kelas astute united kingdom 2

Kapal selam kelas Astute lebih senyap dan mampu membawa lebih banyak senjata api berbanding kapal kelas Trafalgar.

Kapal selam serangan ini dilengkapi dengan enam buah tiub torpedo 533mm yang digunakan untuk melancarkan torpedo Spearfish, peluru berpandu anti-kapal Sub-Harpoon dan peluru berpandu kapal Tomahawk.

Kapal ini membawa campuran 36 peluru berpandu dan torpedo.

Peluru berpandu Tomahawk Block IV mampu menyerang jarak sejauh 1,700 km dan boleh menyasarkan kapal musuh serta sasaran tanah.

3. Kelas Virginia - Amerika Syarikat

kapal selam kelas virginia amerika syarikat

  • Kos: RM11.8 bilion
  • Kelajuan maksimum: 25 knots (46.3 km/h)
  • Mula berkhidmat: 2004
  • Kedalaman menyelam: melebihi 250 m

Kapal selam penyerang Tentera Laut Amerika Syarikat kelas Virginia berkuasa nuklear ini adalah pengganti kepada kapal kelas Los Angeles.

Ia direkabentuk dengan bersaiz lebih kecil, lebih murah dan serba boleh, sebagai alternatif kepada kapal selam yang maju tetapi mahal iaitu kelas Seawolf.

Sebanyak 30 buah kapal selam ini telah dirancangkan pembinaannya.

kapal selam kelas virginia amerika syarikat 2

kapal selam kelas virginia amerika syarikat 3

Juga dikenali sebagai kelas SSN-774, ia menggabungkan salutan anechoic (tidak bergema), struktur dek terpencil dan reka bentuk propulsor baru untuk mencapai tahap rendah akustik yang tersendiri.

Tahap bunyi kapal selam kelas Virginia didakwa sama dengan kelas Seawolf.

Kapal selam ini dilengkapi dengan 12 tiub sistem pelancaran menegak (VLS), yang digunakan untuk melancarkan Peluru Berpandu Darat Tomahawk (TLAM) dengan jarak 1,700 kilometer.

Juga terdapat empat unit tiub torpedo 533mm. Tiub ini digunakan untuk melancarkan sejumlah 26 unit torpedo berat Mk.48 dan peluru berpandu anti-kapal Sub-Harpoon.

Kapal ini juga boleh digunakan untuk operasi khas. Ia merupakan kapal selam Amerika Syarikat pertama menggunakan pentas binaan dalaman Navy Seal yang membenarkan sekumpulan 9 orang untuk masuk dan keluar daripada kapal selam.

2. Kelas Seawolf - Amerika Syarikat

kapal selam kelas seawolf amerika syarikat 2

  • Kos: RM12 bilion
  • Kelajuan maksimum: 35 knots (65 km/h)
  • Mula berkhidmat: 1997
  • Kedalaman menyelam: 487 m

Kapal selam kelas Seawolf adalah kapal selam yang paling canggih dan paling mahal dalam angkatan tentera Amerika Syarikat.

Kapal selam ini bertujuan untuk memulihkan kelebihan teknologi Tentera Laut Amerika Syarikat ke atas Kesatuan Soviet dari tahun 1945 hingga pertengahan 1980an, ketika pengintipan dan amalan perdagangan beberapa sekutu AS membuatkannya terhakis.

Penghasilannya juga bertujuan untuk mencari dan memusnahkan kapal selam peluru berpandu Rusia yang terbaru seperti kelas Typhoon dan kapal selam penyerang seperti kelas Akula.

kapal selam kelas seawolf amerika syarikat

Pada mulanya 12 unit sahaja dirancang untu dihasilkan namun kapal selam canggih ini tersangat mahal walaupun bagi Amerika Syarikat yang mempunyai bajet ketenteraan tertinggi di dunia.

Akhirnya, penghasilan terhenti dengan hanya 3 kapal selam kelas Seawolf sahaja dibina. Kesemua kapal-kapal selam ini kini sedang berkhidmat.

Tentera Laut AS beralih kepada kapal selam yang lebih murah seperti kelas Virginia. Apa yang canggih mengenai kelas Seawolf adalah ia dikatakan kapal selam yang paling senyap yang pernah dihasilkan.

Malah, Ia tersangat senyap walaupun pada kelajuan yang tinggi.

Kebanyakan kapal selam terpaksa memperlahankan kelajuan serendah 5 knot untuk mengelak daripada dikesan oleh jajaran sonar pasif, namun kelas Seawolf mampu bergerak pada kelajuan 20 knot dan masih mustahil untuk dikesan.

kapal selam kelas seawolf amerika syarikat 3

Malah, kelas Seawolf pada kelajuan 25 knot adalah lebih senyap daripada kelas Los Angeles.

Kapal selam ini juga boleh beroperasi pada kedalaman yang lebih tinggi berbanding kapal selam AS yang lain dan mampu beroperasi di bawah lapisan ais.

Juga, ia lebih pantas daripada kebanyakan kapal selam lain. Ia dilengkapi dengan lapan tiub torpedo 660 mm yang digunakan untuk melancarkan torpedo Mk.48 dan peluru berpandu anti-kapal Sub-Harpoon.

Seperti kapal selam lain, ia juga dilengkapi dengan Peluru Berpandu Darat Tomahawk (TLAM) dengan jarak 1,700 kilometer. Sebanyak campuran 50 torpedo, Sub-Harpoon dan Tomawahk boleh dibawa oleh kelas Seawolf.

1. Kelas Yasen - Rusia

kapal selam kelas yasen rusia 3

  • Kos: RM6.4 bilion
  • Kelajuan maksimum: 35 knots (65 km/h)
  • Mula berkhidmat: 2013
  • Kedalaman menyelam: 600 m

Dan kapal selam yang dianggap sebagai paling berkuasa dan berbahaya di dunia adalah kelas Yasen milik Rusia.

Menurut agensi berita Rusia, TASS, kapal selam terbaru ini direka untuk memusnahkan kapal selam, kapal laut, pangkalan tentera laut dan pelabuhan, dan lain-lain.

Sebanyak 10 unit dirancang, namun hanya 5 unit dibina dan 2 sahaja yang telah siap.

Ia dikatakan mampu membawa sehingga 90 orang krew dan boleh berada di lautan selama 100 hari. Ia berukuran 139 meter panjang dan mampu menyelam sehingga 600 meter di bawah laut.

kapal selam kelas yasen rusia

kapal selam kelas yasen rusia 2

Satu unit turbin stim "single-shaft" berkuasa nuklear difahamkan adalah sebahagian daripada reka bentuk kapal ini yang memberikan kapasiti 43,000 kuasa kuda.

Kapal selam penyerang berkuasa nuklear kelas Yasen yang dikenali sebagai Kazan ini juga mempunyai ruang untuk lapan peluru berpandu pelayaran Oniks dan Kalibr serta 300 torpedo.

Ia mampu menyerang sasaran sejauh 2,400 meter dan mempunyai kelajuan maksimum 35 knots. Kapal ini dilancarkan di limbungan kapal Sevmash, di Severodvinks, utara Rusia.

Rujukan:

Most powerful nuclear attack submarine

Top 10 Attack Submarines




Hakcipta iluminasi.com (2017)