Oleh pada 20 Oct 2017 kategori

muslim murtad di gereja

Islam merupakan agama yang sempurna tanpa wujud sebarang cacat cela. Hukuman dalam Islam bersifat mencegah dan bukan menghukum, namun konsep ini sukar diterima pelbagai pihak kerana kita sudah dibiasakan dengan undang-undang yang asasnya menghukum.

Untuk meneliti perkara ini, bagi pihak yang tidak faham, mereka pasti akan melihat Islam sebagai satu agama yang kejam. Ini kerana mereka tidak melihat konteks sebenar mengapa sesuatu hukuman itu diwujudkan.

Hari ini, mari kita mengupas berkenaan 3 golongan yang dibenarkan oleh agama Islam untuk dibunuh atas perbuatan yang mereka lakukan, walaupun mereka adalah orang Muslim.

1. Muslim yang membunuh orang lain dengan sengaja

pembunuh along spoon

Seseorang Muslim dilarang untuk membunuh orang lain dengan sengaja. Namun apabila berlaku kes pembunuhan yang tertuduhnya menepati syarat-syarat tertentu, dia layak dibunuh atas dasar hukuman setimpal dikenakan ke atas tertuduh, atau qisas.

Syarat untuk tertuduh layak dikenakan qisas adalah dia adalah seorang dewasa yang siuman, menyebabkan kematian dengan sengaja dan dibuktikan kematian mangsa adalah disebabkan perbuatan tertuduh. Tertuduh hanya boleh terlepas hukuman mati jika dia dimaafkan waris pihak mangsa.

2. Pelaku zina muhsan

khalwat isteri orang

Zina adalah seks suka sama suka tanpa perkahwinan. Zina boleh berlaku kepada pelbagai peringkat masyarakat, namun hanya satu golongan yang layak dibunuh menurut Islam, apabila membabitkan kesalahan zina - zina antara muhsan.

Seks suka sama suka antara pihak yang sudah pun berkahwin dengan orang lain membenarkan pelakunya dibunuh dengan rejaman batu, sehingga mati.

Dalam Islam, apabila seseorang individu yang sudah berkahwin melakukan seks dengan individu lain, dia layak dibunuh kerana dia sudah pun mempunyai jalan keluar pada nafsunya. Oleh itu, dia dibenarkan untuk dibunuh.

3. Orang yang keluar Islam lalu menentang Islam

kumpulan ateis malaysia

Keluar Islam atau murtad sahaja sebenarnya tidak melayakkan seseorang bekas Muslim itu dibunuh. Apabila dia mula melakukan perbuatan-perbuatan yang mengkhianati Islam secara terbuka, itu baru melayakkan dia dibunuh.

Pembunuhan ini dibenarkan untuk dilakukan kerana dikhuatiri pengkhianatan seseorang individu itu akan menyebabkan lebih banyak perpecahan berlaku, hasil daripada kefahaman beliau tentang Islam yang akan dimanipulasi untuk melemahkan Islam.

Perkara ini lebih senang dipandang sebagai perbuatan khianat atau 'treason'- satu tindakan yang memang dipandang sebagai salah satu kesalahan tertinggi dalam mana-mana agama atau institusi.


Perlu diingatkan, walaupun secara teorinya dibenarkan untuk dibunuh mana-mana individu Muslim yang melakukan 3 perkara di atas, kuasa untuk melaksanakannya haruslah diberi pada pemerintah. Bukan sebarang pihak mampu melakukannya dengan sempurna.

Dalam menghukum mati sekalipun, keadilan dan maruah mangsa masih perlu dijaga, serta kaedah hukuman mati itu juga perlulah dibuat dengan memastikan tertuduh yang terbukti bersalah, meninggal dalam kadar segera.

Selepas membaca artikel ini, pasti ramai yang menganggap hukuman ini kejam serta mempersoalkan mengapa perlu dibunuh individu pelakunya. Jika anda memandang perkara ini dari perspektif itu, itu menunjukkan anda tidak faham.

Persoalan yang harus ditanya bukanlah kenapa kejam benar hukuman-hukuman ini, yang tepat adalah adakah anda masih lagi berani melakukan kesalahan-kesalahan ini walaupun dah tahu maut menunggu?


tags : , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)