Oleh pada 06 Apr 2017 kategori

Sudah tentu,ia sesuatu yang menyeramkan. Tetapi tidak dapat dinafikan ia juga menakjubkan. Di sini kami kongsikan kepada anda 21 tempat-tempat paling cantik di dunia tetapi tempat ini telah diabaikan sekian lama.

1. Methodist Church

Terletak di Gary, Indiana, ia menelan belanja $1 juta million untuk pembinaannya pada tahun 1926, dan pernah mempunyai jemaah lebih dari 3,000 orang, terima kasih kepada bandar keluli yang berkembang pesat, tetapi apabila pengambilan pekerja berkurangan dan jenayah meningkat, kedatangan ke gereja berkurangan dan ia ditinggalkan pada tahun 1980.

gary methodist church abandoned

2. Bodiam Castle

Istana berparit ini dibina pada abad ke-14 di East Sussex, England oleh seorang kesatria untuk melindungi kawasan tersebut daripada tentera Perancis dalam Perang Seratus Tahun (100 Years War). Tetapi setelah terselamat daripada beberapa peperangan selepas itu, ia telah ditinggalkan dan kini ia adalah satu tarikan kepada pelancong dan dibuka kepada orang awam.

bodiam castle

3. Dundas Castle

Istana di Roscoe, New York ini telah direka bentuk oleh seorang arkitek bernama Bradford L. Gilbert untuk isteri beliau yang berbangsa Scotland, Anna Dundas. Walaubagaimanapun, Gilbert meninggal dunia dan Dundas di hantar ke sebuah sanatorium sebelum sempat istana ini siap, jadi mereka berdua tidak pernah berpeluang untuk tinggal dan hidup di dalam istana ini - tetapi ada sesetengah pihak menyatakan bahawa lembaga Dundas masih berkeliaran di dewan istana.

dundas castle

4. Maunsell Army Sea Forts

Kubu ini telah dicipta untuk melindungi pantai Kent, England dari serangan Jerman pada Perang Dunia ke-2. Selepas itu, ia telah dilucutkan tauliah pada 1950, digunakan sebagai stesen radio untuk lanun dan diabaikan sepenuhnya pada hari ini.

maunsell army sea forts 311

5. Ta Prohm Temple

Kuil yang terkenal di Angkor Wat, Kemboja ini telah diabaikan setelah kejatuhan empayar pada abad ke-17 dan - selepas bertaus tahun diabaikan - telah bersatu dengan hutan rimba. Kini, segala kerosakan telah dibaik pulih untuk menstabilkan dan mengekalkan kuil ini.

ta prohm temple

6. Allerheiligen Monastery

Terletak di Black Forest,Jerman, gereja ini kali pertama dibina pada tahun 1192 dan telah disambar petir dan terbakar sebanyak tiga kali sejak ia wujud - dan itulah penyebab kepada mengapa ia akhirnya ditinggalkan dalam rupa bentuk semasanya seperti runtuhan.

allerheiligen monastery

7. Lake Como Villa

Ketika sejarah tentang rumah agam tua yang terlatak di pergunungan Tasik Como ini dikatakan tidak tepat, warga tempatan percaya bahawa ia dibina pasa sekitar 1800-an, dan khabar angin mengatakan ia ditinggalkan kerana kes pembunuhan atau bunuh diri.

lake como villa 324

8. The Floating Forest

Kapal SS Ayrfield ini dibina pada 1911 dan berhenti beroperasi pada 1972 di Homebush Bay, iaitu di Barat Sydney, dan pada dasarnya adalah 'kubur' untuk kapal. Tetapi keunikan yang ada padanya berbanding kapal-kapal lain yang turut ditinggalkan ialah kerana sejak tumbuhnya pokok-pokok bakau yang megah dan kehijauan.

the floating forest

9. Kayakoy, Turkey.

Sebuah bandar yang terletak di perkarangan Gunung Taurus menjadi sepi pada 1920-an disebabkan oleh politik pertukaran penduduk dengan Greece. Pada hari ini, terdapat lebih kurang 350 buah rumah yang ditinggalkan di bandar ini. Lokasinya di lereng bukit dan bermandikan cahaya matahari terbenam, ia masih kelihatan menarik.

abandoned kayakoy turkey 870

10. Kilchurn Castle

Istana Scotland ini dibina pada pertengahan 1400-an dan menjadi tempat berteduh bagi beberapa individu penting di negara itu. Walaubagaimanapun ia telah diabaikan pada sekitar 1700-an, dan kini menjadi sebuah istana yang paling kerap di ambil gambarnya, disebabkan oleh (ternyata) lokasinya yang sangat indah.

kilchurn castle 738

11. Kolmanskop, Namibia

Bandar ini dibina di gurun Namib pada 1908 apabila seorang lelaki menemui sebuah berlian di kawasan itu, tetapi menjadi bandar tinggal pada 1954 kerana kehabisan sumber aslinya. Rumah-rumah yang ditinggalkan kini dipenuhi dengan pasir-pasir halus yang tebal, suatu pemandangan yang agak aneh tetapi tetap menarik untuk dilihat.

kolmanskop namibia 188

12. Berlin, Nevada.

Daerah Bersejarah Berlin ditubuhkan pada 1897 sebagai sebahagian daripada kawasan perlombongan, tetapi tidak pernah menyaksikan kejayaan di bandar-bandar berdekatan, sebahagian besarnya ditinggalkan pada 1911. sekarang ia adalah sebahagian daripada Taman Negara Nevada.

berlin nevada 561

13. Domes Homes, Florida.

Berada di persisiran pantai Pulau Marco di Cape Romano, Florida, ia adalah binaan yang nampak seakan-akan kapal makhluk asing yang ditinggalkan, tetapi sebenarnya satu ketika dahulu ia adalah rumah peranginan namun telah dirosakkan oleh ribut taufan. Kini, pantai yang semakin menurun tanah pasirnya mejadikan ia tidak selamat.

dome home abandoned 45

14. Hirta, Scotland.

Walaupun pulau ini pernah menjadi pulau yang subur dan didiami ramai orang, pada sekitar 1930-an ia telah dipindahkan kerana ancaman kebuluran dan cuaca yang buruk. Kini, struktur-struktur batu yang ditinggalkan kelihatan bertaburan di seluruh kawasan itu.

hirta scotland

15. Six Flags, New Orleans

Taman tema in telah dimusnahkan oleh Taufan Katrina pada tahun 2005. Air keruh naik setinggi enam kaki dan air masin merosakkan 80% daripada permainan di sana, membuatkan ia terlalu mahal untuk dibaik pulih. Apa yang tinggal hanyalah 'funhouse' versi taman tema - dan sebuah tugu yang pelik tetapi menarik kepada bandar yang meriah apabila dimusnahkan dalam tragedi tersebut.

new orleans six flags

16. Ross Island

Terletak di South Andaman, India, suatu ketika dahulu pulau ini merupakan pusat pentadbiran British untuk 'Indian Penal Settlement'. Walau bagaimanapun, selepas ia ditinggalkan ia telah di selaputi oleh tumbuhan 'Ficus' liar dan ia kini mempunyai pemandangan 'Jungle Book' yang menakjubkan.

ross island

17. Miranda Castle

Dibina pada 1866, binaan seakan cerita dongeng di Belgium ini bertujuan untuk menjadi rumah musim panas, tetapi perekanya mati sebelum ia siap dibina pada 1907. Selepas itu ia diambil alih oleh Nazi pada Perang Dunia Ke-2, bertindak sebagai kem musim panas selama 20 tahun, dan akhirnya ditinggalkan pada 1991 kerana kos saraannya sangat tinggi.

miranda castle

18. Gougi Island

Perkampungan memancing di Yangtze River di China ini bukan bandar tinggal yang 'biasa-biasa' - bangunan-bangunannya dilitupi oleh tumbuhan yang menghijau mewujudkan pemandangan yang tenang dan menarik. Satu laman web China pertama yang mendedahkan cerita ini memanggil lokasi ini sebagai "Wizard of Oz's Dream."

gougi island abandoned chinese village

19. Saint Nicholas Church

Gereja yang ditenggelami banjir ini terletak di Tasik Mavorvo, Macedonia. Kemusnahan yang berlaku sebenarnya adalah disengajakan, tasik tersebut dibina untuk menyokong loji janakuasa, dan gereja itu serta kampung-kampung di sekitarnya turut terkena tempias kemajuan. Apa yang tinggal hanyalah bangunan usang mengerikan yang saling bertindih dengan pemandangan yang indah.

saint nicholas church

20. Craco, Italy

Disebalik wujud sejak tahun 540, banyak populasi bandar ini telah dipindahkan pada abad ke-20 berikutan sektor pertanian yang teruk, tanah runtuh pada 1963, dan banjir pada 1972. Kini ia merupakan kawasan purba yang sangat menarik malah pernah dijadikan set lokasi untuk filem seperti Passion Of The Christ.

craco italy

21. Temple of Santiago

Kemarau di Mexico selatan telah menyebabkan paras air di sekitar kuil berusia 450 tahun ini turun lebih kurang 80 kaki. Walaupun keadaan ini bukanlah sesuatu yang patut diraikan, ia telah membuatkan kuil itu yang biasanya tersembunyi di bawah air untuk timbul - sesuatu yang menakjubkan dan mengerikan untuk peringatan bahawa tidak semua benda adalah seperti yang disangkakan.

temple santiago

Rujukan: beautiful abandoned places


tags : , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)