1MPAK adalah singkatan kepada Inisiatif Melestari Pembangunan Komuniti (1MPAK). Ia merupakan kesinambungan kepada usaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) melalui MARA, yang selama ini menerajui agenda pemerkasaaan Bumiputera dalam pembangunan negara.
1MPAK dilancarkan secara rasmi pada 27 Januari 2018 di Bera, Pahang oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob.
Sesuai dengan kehendak masa dan selari dengan usaha KKLW dan transformasi MARA sendiri, 1MPAK adalah satu program dengan pendekatan baharu dan dinamik untuk meningkatkan lagi taraf kehidupan dan pencapaian sosial dan ekonomi masyarakat luar bandar, khasnya kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan kumpulan berpendapatan isi rumah 40 peratus sederhana (M40).
Untuk fasa pertama perlaksanaannya, 1MPAK akan menjelajah ke daerah-daerah terpilih di seluruh negara untuk menyebarkan maklumat mengenai program ini khususnya kepada komuniti setempat dan mewar-warkan tentang inisiatif lain yang ditawarkan oleh KKLW dan MARA serta agensi lain di bawahnya.
1MPAK dilaksanakan sebagai satu inisiatif turun padang untuk membawa secara terus kepada golongan sasaran akan peluang-peluang di bawah MARA yang berkaitan dengan empat tunjang utama program ini, iaitu :
- Pendidikan
- Peluang pekerjaan
- Keusahawanan
- Program pengukuhan tanggungjawab sosial korporat
Objektif 1MPAK
Antara objektif-objektif 1MPAK adalah :
- Memberikan peluang pendidikan dan latihan untuk memenuhi permintaan industri pekerjaan bernilai tinggi di Malaysia, khasnya buat golongan belia di luar bandar
- Membuka peluang pekerjaan baharu yang bernilai tinggi di luar bandar dalam meningkatkan pendapatan komuniti tempatan dan mengurangkan keperluan untuk berhijarah bagi meraih peluang ekonomi terbaik
- Membangunkan usahawan dan membuka peluang pelaburan dalam meningkatkan ekonomi tempatan yang akan membawa kepada lebih banyak peluang pekerjaan dan mencipta kekayaan
- Meneruskan program inisiatif sosial dalam menyumbang semula kepada masyarakat.
Golongan sasaran 1MPAK
Perlaksanaan program 1MPAK adalah disasarkan kepada golongan berikut:
- Pelajar yang mencari peluang pembiayaan untuk pengajian
- Lepasan sekolah di luar bandar yang sedang mencari peluang latihan dan pekerjaan
- Golongan usahawan atau individu yang mencari peluang perniagaan atau maklumat pembiayaan keusahawanan
- Pemain industri yang mencari pekerja berkemahiran tinggi untuk padanan pekerjaan dengan industri
Aktiviti dalam siri jelajah 1MPAK
Program Keusahawanan
- Khidmat nasihat untuk pembiayaan perniagaan
- Khidmat nasihat untuk permohonan premis perniagaan
- Pembayaran pembiayaan
- Pendaftaran vendor
- Permohonan kursus
Program Pendidikan/Peluang Pekerjaan
- Permohonan Perantis Malaysia
- Permohonan institusi MARA
- Pendaftaran kursus
- Demonstrasi daripada pelajar GiatMARA
Program Tanggungjawab Sosial Korporat
- Khidmat penyelenggaraan motosikal secara percuma oleh pelajar GiatMARA
- Khidmat memotong rambut secara percuma oleh peserta Hit Barber
Tarikan utama program
- Tawaran kerja bersyarat untuk yang berkelayakan bagi program perantisan.
- Padanan kerja dan temuduga untuk yang berkelayakan.
- Khidmat konsultasi serta pendaftaran bagi program-program keusahawanan.
- Sesi bimbingan dan latihan kepada pengunjung bersama tokoh.
- Cabutan bertuah dengan hadiah menarik seperti motosikal elektrik.
Jadual program jelajah 1MPAK
Jadual adalah seperti berikut:
- 27 Januari 2018 Bera, Pahang
- 03 Februari 2018 Paya Besar, Pahang
- 07 Februari 2018 Jerantut, Pahang
- 08 Februari 2018 Kangar, Perlis
- 11 Februari 2018 Maran, Pahang
- 15 Februari 2018 Jerlun, Kedah
- 17 Februari 2018 Merbok, Kedah
- 24 Februari 2018 Tambun, Perak
- 25 Februari 2018 Pendang, Kedah
- 25 Februari 2018 Teluk Kemang, Negeri Sembilan
- 27 Februari 2018 Padang Terap, Kedah
- 03 Mac 2018 Bachok, Kelantan
- 03 Mac 2018 Hulu Selangor, Selangor
- 08 Mac 2018 Pokok Sena, Kedah
- 10 Mac 2018 Batu Pahat, Johor
- 10 Mac 2018 Bukit Gantang, Perak
- 14 Mac 2018 Dungun, Terengganu
- 17 Mac 2018 Tanjung Malim, Perak
- 17 Mac 2018 Sepang, Selangor
- 18 Mac 2018 Kuala Kangsar, Perak
- 24 Mac 2018 Pantai Dalam, WP Kuala Lumpur