Oleh pada 06 Jan 2018 kategori

Dalam sejarah dunia, semuanya pernah terjadi buat kali pertama. Swafoto yang pertama, lesen menunggang motosikal kali pertama bagi wanita dan beberapa lagi 'kali pertama' yang terkenal. Satu hari nanti generasi kita akan melihat gambar dalam resolusi yang tertinggi atau pencetak 3D yang pertama dan tertanya-tanya bagaimana ianya dicipta satu ketika dahulu!

Berikut adalah senarai 17 'kali pertama' yang terkenal dalam sejarah.

Tesla pertama, 2008

BESARKAN TEKS     A-  A+

The Tesla Roadster, juga dinamakan sebagai The Dark Star, adalah kenderaan bateri elektrik pertama yang dihasilkan oleh syarikat Tesla Motor. Pembuatannya dihentikan pada 2012, tetapi mereka berjanji untuk mengeluarkan semula model ini pada 2020.

Lukisan minyak pertama, 1888 

lukisan kafe place du forum perancis 296

kafe di place du forum perancis 179

Ini adalah lukisan pertama menggunakan minyak yang dihasilkan oleh Vincent van Gogh. Café Terrace at Night, juga dikenali sebagai The Cafe Terrace on the Place du Forum memang wujud dan lokasinya adalah di Arles, Perancis.

Jantung Buatan pertama, 2015

jantung buatan

AbioCor adalah jantung buatan pertama yang lengkap dihasilkan oleh syarikat AbioMed. Ia berfungsi dengan tenaga yang boleh di caj semula, dan telah di cuba ke atas 15 orang pesakit, tetapi syarikat tersebut telah menghentikan pengeluarannya.

Telefon bimbit pertama, 1973

telefon bimbit pertama ciptaan martin cooper

Berat peranti ini adalah lebih dari 1kg, boleh digunakan hanya untuk setengah jam, dan memerlukan masa 10 jam untuk caj semula. Pada hari Martin Cooper menciptanya, beliau menghubungi pesaingnya dan memberitahu mereka beliau sedang bercakap menggunakan telefon bimbitnya.

Swafoto pertama, 1839

swafoto pertama

Robert Cornelius menambah baik teknologi ciptaan Louis Daguerre dan hasilnya adalah gambar di atas. Ia bukan sahaja swafoto yang pertama tetapi juga potret manusia yang pertama dalam sejarah!

Gambar berwarna pertama, 1861

gambar berwarna pertama oleh james maxwell

Gambar berwarna pertama dihasilkan oleh James Clerk Maxwell ketika eksperimennya tentang teknologi tri-color. Gambar di atas adalah gambar sehelai riben.

Fotografi kilat/petir yang pertama

gambar kilat pertama direkodkan

Fenomena semulajadi ini telah direkodkan buat kali pertama oleh William Nicholson Jennings . Tujuannya adalah untuk mengetahui adakah kilat benar-benar menghasilkan bentuk zig-zag.

Kereta Pertama buatan Ford, 1896

kereta pertama henry ford

Kereta  pertama yang direka oleh Henry Ford di dalam garajnya dipanggil Ford Quadricycle. Ia digerakkan dengan penggunaan petrol dan juga 4 biji tayar basikal. Selepas kejayaan ini, Henry Ford memutuskan untuk membuka syarikat Ford Motor pada 1903.

Annie Edson Taylor, 1901

annie edson taylor

Annie Edson Taylor sentiasa melakukan cabaran dalam usahanya mendapatkan wang. Matlamatnya adalah untuk mengharungi air terjun Niagara dalam sebuah tong kayu, dan beliau berjaya. Beliau berusia 63 tahun dan orang pertama yang melakukannya!

Pokok Krismas pertama di Rockefeller Center, 1931

pokok krismas pertama

Pokok Krismas dihiasi buat kali pertama di Rockefeller Center, Manhattan pada 1931. Ia dihiasi dengan tin, mainan dan buah kranberi. Sejak 1933, ia telah menjadi satu tradisi dan akan mula dihiasi pada awal bulan Disember.

Sally Halterman, 1937

wanita pertama mendapat lesen motorsikal

Ini ialah wanita pertama di Washington yang diberi lesen untuk menunggang motorsikal. Beliau diberitahu bahawa beliau adalah terlalu muda dan kemudian beliau sendiri mengatakan beliau adalah agak muda. Tetapi Sally lulus ujian beberapa kali, berjuang untuk haknya, dan akhirnya berjaya mendapatkan lesen.

Papan tanda pertama menggunakan lampu neon, 1941

papan tanda neon di las vegas

Ini adalah papan tanda pertama yang menggunakan lampu neon, terletak di City of Lights, Las Vegas. Ia dipasang di atas kasino El Rancho.

Pemakaian bikini buat kali pertama di tempat awam, 1946

bikini diperkenalkan kepada orang awam

Pakaian renang jenis baru ini dinamakan sempena Bikini Atoll, lokasi dimana Amerika Syarikat melakukan ujian nuklear 4 hari sebelum itu. Pencipta kepada bikini moden dikatakan adalah seorang pereka fesyen dari Paris bernama Louis Reard. Kali pertama ia ditonjolkan di tempat awam adalah pada 5 julai, 1946, oleh Micheline Bernardini, seorang penari dari Casino de Paris.

Restoran McDonald yang pertama, 1948

restoran mcdonald pertama

Lokasinya adalah di San Bernardino, California. Pada asalnya, Richard dan Maurice McDonald menjual makanan barbeku, tetapi kemudiannya mereka membuka semula restoran dengan menjual kerepek kentang, kentang goreng, jus oren, hamburger dan Coca-Cola. Pada hari ini ia buka sahaja sebuah restoran, tetapi terdapat juga musium dan kedai cenderamata di lokasi ini.

Robot pertama, 1957

cygan robot pertama dicipta

Robot dengan ketinggian 2.5 meter yang dicipta dengan panel kawalan ini dinamakan sebagai Cygan. Ia boleh bergerak ke hadapan atau belakang, membelok ke kiri atau kanan, mengangkat tangan, dan melakukan beberapa kerja yang mudah seperti mengangkat barang dan meletakkannya semula.

Sputnik 1, 1957

satelit pertama di lancarkan ke orbit

Sputnik 1 adalah satelit pertama yang dilancarkan ke orbit bumi pada 4 Oktober 1957. Ia dibina dengan logam berdiameter 58cm(23inci), dengan empat antena radio di bahagian luar untuk mendapatkan frekuensi radio.

Komputer Apple yang pertama, 1976

komputer apple pertama 1976 453

Ini adalah komputer pertama yang dibangunkan oleh Steve Wozniak dan diperkenalkan lepada umum oleh Steve Jobs. Ia telah dibeli oleh Paul Terrell. Keesokan harinya, Steve Jobs muncul dengan berkaki ayam di kedai komputer milik Terrell — The Byte Shop — dan membuat perjanjian pertama dalam sejarah Apple.

Rujukan: 1. giggag.com

             2. Wikipedia



Hakcipta iluminasi.com (2017)