Oleh pada 01 Nov 2017 kategori

Mungkin ramai yang tidak tahu yang negara kita juga terdapat pelbagai tempat yang mempunyai nama pelik dan unik. Namun, kebanyakan tempat ini terletak di kawasan luar bandar dan wujud sekian lama sejak beberapa dekad lalu. Kami sediakan senarai 10 nama tempat-tempat ini yang pasti bakal buat anda tak kering gusi.

1. Kampung Bogel, Terengganu

Percaya atau tidak, kampung ini sememangnya benar-benar wujud di Kampung La, Hulu Besut. Biarpun namanya telah ditukar kepada Kampung Beliku sejak 20 tahun lalu, penduduk masih lagi memanggil dengan nama lamanya. Difahamkan, nama Kampung Bogel dikenali sejak zaman sebelum merdeka lagi. Nama itu dikenali berdasarkan penemuan sebiji buah durian tanpa duri pada tahun 1955. Namun, kebenaran kisah itu tidak dapat dipastikan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

2. Desa Temu Jodoh, Johor

desa temu jodoh

Tempat ini dinamakan bersempena majlis perkahwinan yang diadakan secara serentak pada tahun 1978. Ia melibatkan 24 pasangan suami isteri, dimana majoriti daripada mereka merupakan peserta Rancangan Tanah Muda anjuran kerajaan negeri Johor. Perkampungan ini dibuka sekitar 30 tahun lepas dan pada mulanya dikenali sebagai Rancangan Tanah Pemuda Kampung Sungai Lenek.

Pada tahun 1990, Sekolah Kebangsaan Desa Temu Jodoh telah dibina berhampiran kampung ini. Sekolah tersebut telah melahirkan barisan pelajar yang berjaya dalam pelbagai bidang profesional, serta ada yang turut bergelar usahawan muda yang disegani.

3. Kampung Imam Lapar, Terengganu

kampung imam lapar

Terdapat kisah mengatakan dua pedagang datang ke surau yang terletak di tepi tebing sebuah pengkalan. Mereka mendapati seorang imam sedang khusyuk menghafaz Al-Quran. Para pedagang itu kemudiannya difahamkan memberitahu imam itu yang mereka sedang lapar, tetapi dia sebaliknya terus ‘laper’ (menghafaz) bacaan Al-Qurannya. Terdapat kemungkinan peristiwa itu diceritakan kepada orang lain sehingga tercetusnya nama sebegitu.

4. Jalan Microwave Station, Sabah

jalan microwave station

Jika anda sedang memandu di jalan raya sepanjang 350 km yang sunyi antara jalan Kota Kinabalu dan Sandakan, jangan terkejut apabila melihat papan tanda jalan raya yang pastinya membuat anda ketawa terbahak-bahak iaitu Jalan Microwave Station, Jalan TV Station dan  Jalan Ke Tangki Air. Jalan Microwave Station dikatakan dinamakan sebegitu kerana ia menghala ke menara komunikasi yang terletak di sebuah bukit berhampiran.

5. Kampung Baru Jumpa, Sabah

kampung baru jumpa

Terletak kira-kira 25 kilometer dari pekan Tenom yang majoriti penghuninya ialah masyarakat etnik Lundayeh, ia kini merupakan sebuah kampung yang maju serta terkenal dengan hasil pertanian seperti padi, koko dan getah.

6. Kampung Atas Tol, Terengganu

kampung atas tol

Mengikut kisah orang dahulu, penduduk di sini pernah tinggal di beberapa penempatan secara berkelompok, antaranya di pinggir tanah gersang yang terbentang luas, berpasir, tidak sesuai untuk tujuan bercucuk tanam dan sukar untuk mendapatkan sumber air.

Tanah gersang yang tidak mempunyai nama itu sekadar disebut ‘di atas itu’ atau ‘atas tu’ sahaja. Tetapi lama-kelamaan ia menjadi bahan percakapan dan akhirnya panggilan ‘Atas Tu’ atau ‘Atas Itu’ disebut dengan 'Atas Tol' pada tahun 1924 semasa penasihat British yang pertama, Humpreys buat julung kalinya memperkenalkan sistem daerah.

7. Felda New Zealand, Pahang

felda new zealand

Juga dikenali sebagai Kampung New Zealand, ia adalah sebuah petempatan FELDA yang terletak 10 km dari bandar Maran. Ya, tanah rancangan ini dinamakan bersempena negara New Zealand. Perkampungan ini mendapat sumbangan dari kerajaan New Zealand. Malah, juruukur yang terlibat dalam pelan pembukaan kampung ini turut berasal dari New Zealand.

8. Kampung Penajis, Negeri Sembilan

kampung penajis

Kampung Penajis terletak di DUN Kota dalam Parlimen Rembau. Namun, nama asal kampung ini sebenarnya ialah Kampung Penajuh yang diambil bersempena nama peneroka kampung ini, Datuk Najuh.

Selain itu, ia juga dipanggil dengan nama Kampung Penajeh. Dalam bahasa Sanskrit, perkataan 'Tajeh' berasal dari suku kata 'Taj' yang bermaksud mahkota. Terdapat kemungkinan yang 'Penajeh' bermaksud si pemakai mahkota atau mereka yang ditabalkan. 

9. Mambang Di Awan, Perak

mambang di awan

Mengikut seorang pegawai Inggeris bernama George Maxwell, tempat tersebut mula disebut sebagai Mambang Di Awan kerana wujudnya mambang atau bidadari yang turun dari Gunung Bujang Melaka.

Terdapat juga cerita mengatakan sekumpulan pelombong bijih timah ternampak bidadari di awan ketika sedang berehat setelah penat bekerja sehari suntuk. Nama asalnya ialah Batang Tonggang.

10. Kampung Seronok, Pulau Pinang

kampung seronok

Kisah disebalik nama tempat ini ialah apabila seorang jurutera Inggeris, D.W Grehan kerap datang ke kampung ini dan berpeluang menghadiri majlis keramaian yang diadakan pada setiap tahun. Beliau amat tertarik dengan cara hidup penduduknya dan memberikan nama Kampung Seronok pada tahun 1946.

11. Batak Rabit, Perak

batak rabit

Batak Rabit merupakan sebuah pekan kecil di daerah Hilir Perak di Perak. Terletak berhampiran bandar Teluk Intan, namanya diambil bersempena tentera upahan Batak dari daerah Batak di Sumatera yang dibawa oleh Raja Laut semasa perang saudara Selangor antara tahun 1867 hingga 1874.

Sekarang ianya ialah sebuah perkampungan nelayan kecil, didominasi oleh kaum Batak Melayu yang asalnya dari Batak di Sumatera. Ia juga dikenali sebagai syurga udang galah bagi penggemar aktiviti memancing.

12. Kampung Dada Kering, Pahang

kampung dada kering

Nama Kampung Dada Kering merujuk kepada tanah yang telah dilombong dan terbengkalai. Semenjak penutupan lombong yang terdapat di kampung ini, tapak-tapak perlombongan berkenaan telah dipenuhi dengan air dan bertukar menjadi ladang air segar.

Malah, kampung ini pernah menjadi lombong emas. Namun, deposit emas dan rizab telah lama habis dan lombong tersebut telah ditutup.

13. Kota Sarang Semut, Kedah

kota sarang semut

Pembinaan Lebuhraya Utara-Selatan menjadikan bandar ini kurang dikenali, kecuali bagi mereka yang masih lebih suka mengembara dengan cara lama. Untuk mengimbangi kerugian tersebut, nama bandar Kota Sarang Semut telah diletakkan di papan tanda lebuhraya yang menandakan jalan keluar terdekat.

Cerita disebalik nama kawasan ini ialah terdapat seorang raja bernama Raja Sulaiman telah lalu di tempat ini bersama sekumpulan lelaki dan seekor gajah. Si semut kononnya telah menangis simpati kerana takutkan busut mereka akan dimusnahkan oleh kumpulan itu dan didengari oleh Raja Sulaiman. Rombongannya diberi amaran agar tidak memusnahkan busut berkenaan.

14. Batang Melaka, Melaka

batang melaka 731

Batang Melaka merupakan sebuah mukim dalam daerah Jasin, Melaka. Pekan Batang Melaka pula adalah sebuah pekan kecil, sebahagian daripadanya dalam daerah Jasin dan sebahagian lagi dalam daerah Tampin, Negeri Sembilan.

Terletak di tengah-tengah sempadan Melaka dan Negeri Sembilan, pekan ini dianggap sebagai sebuah pekan koboi yang masih tidak banyak berubah sejak tahun 1960-an.

15. Batang Berjuntai, Selangor

batang berjuntai

Biarpun kini dikenali sebagai Bestari Jaya, nama Batang Berjuntai masih menjadi bualan ramai. Mengikut penduduk setempat, ia berasal daripada sebatang pokok besar yang memiliki dahan berjuntai. Akan tetapi, terdapat juga versi lain asal-usul nama tempat itu.

Oleh kerana membawa maksud yang kurang sopan, nama Batang Berjuntai telahpun diubah beberapa kali, iaitu Berjuntai Bestari dan Bestari Jaya. Namun, golongan yang lebih berusia masih memanggilnya dengan nama Batang Berjuntai.

16. Menggatal

menggatal

Menggatal merupakan sebuah bandar kecil dan sub-daerah yang terletak di Daerah Kota Kinabalu, Pantai Barat Sabah. Nama pekan ini diambil bersempena nama sejenis pokok mangga yang mengeluarkan buah dimana ianya boleh menyebabkan kegatalan apabila dimakan. Pada asalnya, ia dipanggil Mangga Gatal, tetapi lama-kelamaan sebutan itu diringkaskan menjadi Menggatal.

Tambahan Gambar

nama kampung pelik di malaysia kampung cinta manis

kampung cinta manis

nama kampung pelik di malaysia kampung tanpa wayar

kampung tanpa wayar

nama kampung pelik di malaysia kampung ketek

kampung tetek

nama tempat pelik di malaysia pi mampos

p. mampos

tempat pelik padang melangit perlis

Padang Melangit

tempat pelik pulau babi besar

Pulau Babi Besar

nama tempat pelik kampung belum baru

Kampung Belum Baru

jalan baru jumpa tempat pelik

Jalan Baru Jumpa

kampung imam lapar nama tempat pelik

Kampung Imam Lapar

kampung cinta manis tempat unik

Kampung Cinta Manis

kampung seri bunian nama tempat unik malaysia

Kampung Seri Bunian

kampung mambang berulang

Kampung Mambang Berulang

kampung buntut pulau pelik nama tempat unik

Kampung Buntut Pulau

permatang tiga ringgit nama tempat pelik di malaysia

Permatang Tiga Ringgit Penang

Rujukan & sumber imej:

1.    Says

2.    Mynewshub

3.    World Of Buzz

4.    Sinar Harian

5.    Harian Metro

6.    Berita Harian

7.    Desa Temu Jodoh

8.    Jalphonsa

9.    New Sabah Times

10.    JKKK Kampung Atas Tol Kuala Terengganu

11.    Rembau Hari Ini

12.    D'Team

13.    Kampung Seronok

14.   Wikipedia

15.    Miraie89

16.    Balqisnazid

17.    Twitter

18.    Blogger

19.    Mustaffa

20.    New Zealand Village

21.    Cari Gold

22.    Orang Perak

23.    Jejak Mihrab & Mimbar

24.    Weather Forecast

25.    Kayuh Sorang Je

26.    Kenali Melaka

27.    Forum Lowyat

28.    Urang Sabah




Hakcipta iluminasi.com (2017)