Motorsikal berkuasa tinggi semakin menjadi kegilaan ramai. Soal harga bukan menjadi penghalang. Bak kata pepatah, biar papa asal bergaya. Biarpun dijual pada harga yang tinggi, kelajuannya ternyata memberi kepuasan kepada si penunggangnya yang mempunyai gesaan adrenalin yang membara.  Tanpa berlengah lagi, jom kita sama-sama tengok senarai 15 motorsikal terlaju di dunia.

14. Honda VF1000R

15 motorsikal terlaju di dunia 15

Kelajuan maksimum: 150mph (240 km/j)

Pada Mac 1984, Honda memperkenalkan VF1000R dalam pasaran Eropah. Motivasi penting Honda disebalik penciptaan VF1000R adalah untuk mereka sebuah motorsikal yang boleh menandingi Daytona 200 dan kelas AMA F1 dengan wujudnya kesemua teknologi moden dan inovatif yang telah digunakan dalam kelas AMA F1.

Malangnya, motorsikal ini pada tahap produksi akhir seberat hampir 600 paun dengan minyak diisi separuh penuh di dalam tangki, iaitu hampir 85 paun lebih berat dari model VF1000F. Oleh sebab ini juga, model ini jarang digunakan untuk pertandingan serta agak sukar dikendalikan. Ia mempunyai enjin V-four silinder, 998cc, 4 strok yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 130 HP pada 10500 RPM.

13. Ducati 1098S

15 motorsikal terlaju di dunia 14

Sumber foto: flickr.com / Aaron Lai

Kelajuan maksimum: 169 mph (273 km/j)

Ducati mempunyai sejarah dan pengalaman yang cukup lama dalam menghasilkan sportbike yang elegan sejak tahun 1940-an. Pada tahun 2007, syarikat Itali ini telah memperkenalkan model 1098S terbaru mereka. Ia mempunyai enjin 1099cc jenis silinder berkembar yang menghasilkan kuasa sebanyak 160 HP dengan tork 90.4 ft-lb.

1098S mewarisi beberapa ciri utama dari model 999 yang terdahulu. Kebangkitan semula reka bentuk Ducati yang lama dalam 1098S yang baru juga akhirnya diterima baik oleh peminatnya yang pada awalnya menerima kritikan. Dengan kelajuan maksimum 169 mph iaitu 273km/j, ia mampu melepasi suku batu cuma dalam 10.9 saat pada kelajuan 213.2 km/j. Pada tahun 2008, model ini juga telah memenangi "Best Bike of the Year" oleh SWA.

12. BMW K 1200S

15 motorsikal terlaju di dunia 13

Kelajuan maksimum: 174 mph (278 km/j)

Syarikat gergasi German Automotive, BMW telah melancarkan motorsikal siri K yang direka khas iaitu K1200S pada tahun 2004. K1200S mempunyai enjin 1157cc, 4 silinder in line liquid cooled yang boleh menghasilkan 164 HP pada 10250 RPM. Ia boleh mencapai 100 km/j dalam masa cuma 3 saat. Sebaik selepas ia dilancarkan, beberapa masalah dikenalpasti dengan enjin barunya. Oleh sebab itu, mereka memanggil semula unit-unit yang bermasalah sehingga awal tahun 2005 dimana proses baikpulih telahpun dibuat.

11. Aprilia RSV 1000R Mille

15 motorsikal terlaju di dunia 12

Kelajuan maksimum: 175 mph (281 km/j)

Aprilia ialah syarikat motorsikal Itali yang dikenali dalam dunia permotoran. Aprilia menghasilkan RSV 1000R Mille dari tahun 1998 sehingga 2003. Ia mempunyai enjin berkapasiti 998cc V-twin yang dikilangkan oleh Rotax, sebuah syarikat yang bertapak di Austria. Ianya kecil dari segi saiz jika dibandingkan dengan kebanyakan motorsikal perlumbaan moden yang lain. Dari segi pecutan, ia boleh melepasi jarak 60-140 km/j dalam masa 10.2 saat.

10. Kawasaki Ninja ZX-14

15 motorsikal terlaju di dunia 11

Kelajuan maksimum: 186 mph (299 km/j)

Kawasaki Ninja Zx-14 (atau ZZR1400 dalam sesetengah pasaran) pertama kali dilancarkan di Tokyo Motor Show pada tahun 2005. Zx-14 dipadankan dengan enjin 1441cc, 4 silinder, liquid cooled, DOHC, yang mampu memecut dari 0–60 mph (0-97 km/j) yang hanya mengambil masa 2.5 saat. Disebabkan pertikaian yang timbul, potensi kelajuannya terpaksa dihadkan secara elektronik kepada 186 mph (299 km/j) selepas sebuah perjanjian berlaku antara pengilang Jepun dan Eropah. Model ini juga pernah muncul dalam sebuah episod rancangan "Fifth Gear" pada Oktober 2006.

9. MV Agusta F4 1000R

15 motorsikal terlaju di dunia 10

Kelajuan maksimum: 187 mph (299 km/j)

MV Agusta F4 1000 R merupakan motorsikal kedua yang dihasilkan secara meluas daripada kelas F4 1000 yang dikeluarkan pada tahun 2006. Ia dikuasakan dengan enjin 998cc liquid cooled 4 silinder yang mempunyai 16 injap radial. Ia turut melalui penambahbaikan yang ketara dari model sebelumnya, F4 1000S dengan brek radial Brembo Monobloc, fork upside down Marzocchi yang disaluti dengan karbon nitrida dan juga penyerap hentakan belakang, Sachs. Dengan jumlah berat 192 kg, ia menyediakan kuasa maksimum 186 BHp pada 12900 rpm.

8. Yamaha YZF R1

15 motorsikal terlaju di dunia 9

Kelajuan maksimum: 186 mph (300 km/j)

Yamaha YZF R1 dikilangkan di Jepun. Jentera ini mempunyai 6 transmisi kelajuan dan juga multi klac. Ia pertama kali dilancarkan pada tahun 1999 dan R1 yang terkini hanya menyaksikan perubahan kecil. Antaranya ialah 4 silinder forward inclined parallel, 20 injap, DOHC dan liquid cooled yang mampu menghasilkan 197 hp. Dengan keupayaan pengendalian yang hebat, ia menjadi salah satu motorsikal permotoran yang menjanjikan kepuasan tidak terhingga.

7. Kawasaki Ninja ZX-12R

15 motorsikal terlaju di dunia 8

Kelajuan maksimum: 187 mph (301 km/j)

Kawasaki Ninja Zx-12R ialah sportbike yang dihasilkan dari tahun 2000 sehingga 2006. Tujuan Kawasaki untuk bersaing dengan Hayabusa keluaran Suzuki membawa kepada pelancaran  ZX-12R. Ia mempunyai enjin 1199cc, 4 silinder menghasilkan 161.2 hp dan tork 91.2 lb-ft. Dari tahun 2000 sehingga 2005, ia kekal sebagai motorsikal terpantas di dunia.

6. Honda CBR 1100 XX Blackbird

15 motorsikal terlaju di dunia 7

Kelajuan maksimum: 190 mph (305 km/j)

Honda CBR 1100 XX Blackbird dihasilkan dari tahun 1996 sehingga 2007. Ia bertujuan hanyalah untuk bersaing dengan Kawasaki Ninja ZX-11 bagi gelaran motorsikal terpantas yang berjaya dicapai selepas 2 tahun pelancarannya. The Honda CBR 1100 XX mempunyai enjin 1137 cc, 4 injap per silinder dan liquid cooled. Ia mempunyai kuasa keluaran sebanyak 153 HP pada 10000 RPM. Motorsikal ini juga mempunyai dual counter balance shaft yang menjadikan tunggangan lebih licin dan selesa.

5. Suzuki Hayabusa GSX1300R

15 motorsikal terlaju di dunia 6

Kelajuan maksimum: 188-194 mph (312 km/j)

Suzuki Hayabusa GSX1300R atau nama singkatannya, Hayabusa dikilangkan oleh Suzuki sejak tahun 1999. Selepas dilancarkan, ia serta merta diiktiraf sebagai motorsikal terpantas di dunia. Oleh kerana isu pengawalseliaan dalam pasaran Eropah pada tahun 2000, syarikat Jepun bersetuju untuk menghadkan kelajuan maksimum model ini kepada 186 mph (299 km/j).

Motorsikal ini (model 1999) dikuasai dengan enjin 1299cc, 4 silinder DOHC, 16 injap dan liquid cooled. Ia menghasilkan kuasa sebanyak 197 HP pada 6750 RPM. Pada tahun 2008, syarikat berkenaan melancarkan GSX1300R yang sudah melalui sedikit kajian dengan anjakan lebih besar dan badan yang diubah suai.

4. Ducati Panigale 1199 R

15 motorsikal terlaju di dunia 5

Kelajuan maksimum: 202 mph (325 km/j)

Ducati melancarkan Panigale 1199 R terbaharu buat pertama kali di pameran motorsikal di Milan pada tahun 2011. Rangka dalamannya yang dibuat daripada titanium dan gentian karbon, serta ekzos khas untuk litar berjaya mengurangkan jumlah berat model ini sehingga 364 paun. Ianya turut dilengkapi dengan enjin berkapasiti 1199cc, penyejuk cecair enjin V-twin yang menghasilkan 195 hp dan 98 lb-ft. Ducati mendakwa 1199 R merupakan motorsikal 2 silinder paling berkuasa di dunia.

3. Lightning LS-218

15 motorsikal terlaju di dunia 4

Kelajuan maksimum: 218 mph (351 km/j)

Lightning LS-218 merupakan motorsikal kuasa elektrik yang dikilangkan oleh Lightning Motorcycle sejak tahun 2011. Pada tahun 2013, ia menjadi motorsikal elektrik terpantas selepas memecah rekod kelajuan 350 km/j di Bonneville Speedway. Ia dikuasai dengan IPM liquid cooled, 150kw+ 10,500 rpm memakai motor elektrik, beserta dengan 200 hp dan tork 168 lb-ft. Ia boleh mencapai 100 km/j dalam masa cuma 2 saat. Pek baterinya didatangkan dalam 3 pilihan dengan julat kapasiti yang berbeza. Sebuah pek bateri 380V 12 kwh yang biasa boleh mengandungi 100-120 julat batu per caj.

2. Kawasaki Ninja H2R

15 motorsikal terlaju di dunia 3

Kelajuan maksimum: 210 mph (340 km/j)

Kawasaki Ninja H2R ialah motorsikal terkini yang paling laju di dunia. Pertama kali dihasilkan pada tahun 2015, Ninja H2R mempunyai enjin super caj 998cc, 4 silinder DOHC dan menghasilkan 310 hp pada 14000 rpm. Semasa pameran motorsikal di Intermot pada tahun 2014, Kawasaki mengumumkan yang Ninja H2R akan dihasilkan beserta dengan Ninja H2 yang merupakan varian lain yang sah digunakan di atas jalan raya. Menurut kajian oleh Cycle World, secara teorinya H2R boleh mengatasi halangan aerodinamik semasa drag dan mencapai kelajuan sehingga 250-260 batu (402-418 km) per jam.

1. MTT Turbine Superbike Y2K

15 motorsikal terlaju di dunia 2

Kelajuan maksimum: 250 mph (402 km/j)

Y2K Superbike yang dihasilkan oleh MTT ialah motosikal pertama yang dikuasai dengan menggunakan turbin yang sah di sisi undang-undang. Model-model terdahulu dikuasai dengan enjin Allison Model 250-C18 turboshaft oleh Rolls Royce yang menghasilkan 320 HP dan tork 425 lb-ft. Generasi barunya dilengkapi dengan sebuah enjin turbin 420 HP dengan tork anggaran 500 lb-ft beserta beberapa pengubahsuaian utama. Motorsikal ini dihasilkan secara eksklusif berdasarkan permintaan daripada pembeli.

Dodge Tomahank

15 motorsikal terlaju di dunia 1

Kelajuan maksimum secara hipotesis: 300 mph-420mph (483 km/j-676 km/j)

Ada sebab kenapa kami tidak memasukkan Tomahawk dalam senarai, malah tidak menjadikannya sebagai motorsikal terpantas. Ia bukanlah motorsikal yang paling laju secara rasmi kerana kelajuannya yang dibuat secara hipotesis. Dodge mendakwa jentera ini boleh mencapai kelajuan maksimum 300-420 batu (483-676 km) per jam iaitu suatu anggapan berdasarkan kuasa kuda dan gear yang dibongkarkan sebagai sebuah mitos oleh pakar permotoran dan media.

Motorsikal ini dilengkapi dengan 8.3 L enjin V10 silinder 90 darjah jenis V dan transmisi manual 2 kelajuan dengan kuasa sebanyak 500 HP. Terdapat hanya 9 buah model ini yang dikeluarkan dan kesemuanya telah dijual. Bagaimanapun, tiada ujian jalan raya atau apa-apa penerbitan untuk membuktikan dakwaan tersebut.

Rujukan: rankred.com


tags : , , ,








Hakcipta iluminasi.com (2017)