Oleh pada 10 Jul 2017 kategori

Orang terkaya di dunia, Bill Gates mempelopori carta ini selama 17 tahun daripada 22 tahun. Kekayaannya pada tahun 2017 dianggarkan sebanyak RM381 billion. Tak dapat bayangkan betapa kayanya Bill Gates, dan secara tak langsung pastilah rumahnya juga mewah.

xanadu 2 0 bill gates

BESARKAN TEKS     A-  A+

Mahligai yang diberi nama Xanadu 2.0 terletak di Lake Washington di Medina, Washington. Dengan berkeluasan 6,100 meter persegi iaitu lebih kurang 30 kali ganda saiz rumah normal di Amerika Syarikat. Ia mengambil masa selama 7 tahun untuk disiapkan dan bernilai RM662 juta.

iluminasi.com ingin berkongsi fakta yang sangat menarik dan membuatkan mulut anda ternganga mengenai mahligai orang terkaya di dunia.

1. Anak sungai dipenuhi ikan Salmon

rumah bill gates 9

Terdapat anak sungai yang dipenuhi dengan ikan salmon dan ikan trout berenang-renang di sekitar kawasan rumahnya. Ia bukanlah sekadar perhiasan tetapi dihasilkan untuk menanggani masalah perparitan yang disebabkan oleh mahligainya. Nak makan ikan salmon seminggu sekali pun terpaksa tengok dompet, ini pula ada ikan salmon dalam sungai di rumah!

2. 7 buah bilik tidur sahaja

bill gates house 1

Walaupun mahligai ini sangat besar yang mempunyai beberapa buah tempat letak kereta, 24 buah tandas, 6 buah dapur, tetapi ia hanya mempunyai 7 buah bilik tidur sahaja. Dikatakan setiap bilik berkeluasan melebihi sebuah apartment. Kalau bilik lagi besar dari rumah kebanyakan orang, bayangkan la keluasan keseluruhannya.

3. 6 buah dapur

rumah bill gates 5

Oleh kerana keluasan yang terlalu besar melebihi keluasan sebuah padang bola, ia amat sukar untuk anda berulang alik ke dapur untuk makan atau hanya untuk minum jus. Apa yang dilakukan oleh Bill Gates untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan menghasilkan 6 buah dapur di sekitar mahligainya, dan dikatakan terdapat pekerja robot. Hebat.

4. Tempat tersimpannya The Codex Leicester

codex leicster 2

The Codex Leicester, penulisan saintifik yang dihasilkan oleh Leonardo da Vinci berada di dalam mahligai ini! Ia telah dibeli oleh Bill Gates dengan harga RM129 juta pada tahun 1994. Memang tak bernilai langsung nilai duit bagi beliau boleh beli sebuah manuskrip dengan sebegitu mahal.

5. Suhu dan pencahayaan mengikut kehendak

mikrocip

Ia dilengkapi dengan sistem untuk mengenal setiap orang di dalamnya, termasuklah pelawat. Setiap pelawat akan diberikan satu mikrocip yang telah diprogramkan yang peka terhadap suhu dan pencahayaan mengikut kesukaan anda. Sebagai contoh, jika anda sukakan pencahayaan yang terang dan suhu 30 darjah selsius, mahligai tersebut akan mengikut kehendak anda ke mana sahaja anda pergi ketika berada di dalam estet tersebut. Tak sangka macam ini pun ada.

6. Lantai sensitif tekanan

rumah bill gates 8

Untuk keselamatan, lantai di setiap kawasan rumah Bill Gates dilengkapi dengan sistem sensitif tekanan dan sentiasa dipantau. Ia bermakna pengawal boleh mengetahui siapa yang berada di dalam rumah tersebut dan di mana mereka berada. Jadi ini bermakna jika ada sesiapa yang tiada dalam rekod memijak kawasan rumah, pihak pengawal keselamatan boleh mengesannya.

7. Hasil seni bertukar-tukar

rumah bill gates 10

Teknologi tinggi juga melengkapi mahligai ini dengan skrin beresolusi tinggi dipasang di serata tempat yang membenarkan hasil seni bertukar-tukar dengan hanya satu sentuhan butang.

8. Memuatkan 23 buah biji kereta

rumah bill gates 7

Terdapat beberapa garaj di serata kawasan hartanah ini yang boleh menampung 23 buah kereta, termasuk salah satunya yang boleh menampung 10 buah kereta terletak berada di bawah tanah berkongkrit dan berpagar besi.

9. Cukai RM4.3 juta setahun

cukai rumah

Sudah lah harga untuk membina rumah ini sangat mahal, setiap tahun kena bayar cukai lagi! Setiap tahun Bill Gates membayar RM4.3 juta cukai hartanah setiap tahun untuk harta yang dimilikinya.

10. Mahligai "Earth-Sheltered"

rumah bill gates

Rumah ini sebahagiannya daripadanya tertanam di dalam bukit yang apa dipanggil "Earth-Sheltered". Ia bukan sahaja kelihatan sangat menarik tetapi juga membantu mengawal suhu rumah yang mana dapat mengurangkan kos dan juga mesra alam. Walaupun kaya-raya tetapi mesra alam jugak!

11. Sistem muzik dalam kolam renang

rumah bill gates 11

Semestinya ada kolam renang, dan terletak di dalam bangunan berasingan seluas 362 meter persegi. Ia juga dilengkapi dengan sistem muzik dalam air.

12. Pokok kegemaran Bill Gates

rumah bill gates 12

Bill Gates mempunyai sepohon pokok kegemaran yang terletak di jalan masuk rumahnya. Ia merupakan sebuah pokok maple yang berusia 40 tahun dan dipantau oleh komputer 24 jam sehari. Bagaimana caranya dipantau adalah jika pokok itu terlalu kering makan ia akan disiram secara automatik. Pokok pun dapat layanan macam ni kan.

13. Pasir diimport dari Carribean

rumah bill gates 13

Pasir di persisiran tasik di hadapan rumah Bill Gates telah diimport olehnya daripada St. Lucia setiap tahun menggunakan tongkang.

14. Bilik trampolin setinggi 6 meter

bilik trampolin

Terdapat sebuah bilik yang dilengkapi dengan trampolin untuk rekreasi, dan bumbungnya dihasilkan setinggi 6 meter khas untuk aktiviti tersebut. Juga ia dilengkapi dengan sauna, bilik stim serta bilik persalinan lelaki dan wanita yang berasingan.

15. Lawatan bernilai RM150 juta

rumah bill gates 14

Setiap tahun Microsoft akan mengadakan lelongan di mana pekerjanya akan mendermakan produk dan servis untuk di-bid dan ianya akan didermakan. Menurut sumber, seorang pekerja telah membuat tawaran sebanyak RM150 juta untuk melawat mahligai orang terkaya di dunia ini.

Sumber:




Hakcipta iluminasi.com (2017)