putera william dan kate middleton 18

Jika seseorang wanita hamil, dia seharusnya mengikut peraturan tertentu seperti tidak meminum alkohol, kopi, merokok dan banyak lagi bagi memastikan kesihatan bayi dalam kandungan.

Namun jika anda berkahwin dengan keluarga diraja Brisith, anda perlu melalui kekangan yang lebih banyak lagi walaupun terhadap perkara-perkara yang sangat kecil dan remeh.

iluminasi.com kongsikan 10 peraturan pelik yang harus dipatuhi oleh puteri diraja British ketika dalam tempoh kehamilan.

1. Tidak dibenarkan mendedahkan jantina bayi

kate middleton tidak dibenarkan dedahkan jantina bayi

Walaupun kini ibu-ibu moden berlumba-lumba memuat naik status atau gambar sama ada mereka akan mendapat bayi lelaki atau perempuan, namun bagi Kate Middleton, adalah dilarang untuk berbuat demikian.

Menurut peraturan istana diraja, ibu bapa tidak mempunyai hak untuk mendedahkan jantina bayi sehinggalah anak tersebut dilahirkan. Hanya pihak akhbar diraja sahaja yang mempunyai hak rasmi dan diberi kuasa untuk mengumumkan berita mengenai kelahiran pewaris takhta.

2. Dilarang menerima sebarang hadiah

kate middleton tidak dibenarkan menerima hadiah untuk bayi

Kini, senarai perkara atau hadiah yang diinginkan dalam majlis perkahwinan dan ulangtahun kelahiran agak popular di Great Britain.

Mereka yang disambut akan menunlis senara perkara yang mereka perlukan dan menghantarnya kepada para tetamu yang perlu memilih salah satu daripadanya dan membawa ketika majlis berlangsung.

Bagi ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata sebagai contoh, mereka boleh meminta perkara seperti lampin, kereta bayi atau baju bayi, yang mana semua ini dapat membantu mengurangkan beban perbelanjaan mereka.

Walaubagaimanapun, adalah dilarang sama sekali untuk Kate Middleton untuk membuat senarai seperti ini atau menerima apa-apa jenis hadiah untuk bayi yang bakal lahir. Dan perkara ini membuatkan mereka di sekeliling tidak tahu akan jantina bayi tersebut.

3. Dilarang memandu

kate middleton tak dibenarkan memandu ketika hamil

Menurut statistik, risiko untuk terlibat dalam kemalangan kereta bertambah sebanyak 42% ketika berada dalam trimester ke-2 kehamilan. Ia berkaitan dengan peningkatan keletihan tubuh, sakit kepala yang tiba-tiba, dan kehilangan kesedaran.

Untuk melindungi ibu dan bayi yang bakal lahir dari terlibat dalam kemalangan, Kate Middleton dilarang memandu kereta. Sebaliknya, dia sentiasa boleh menggunakan perkhidmatan pemandu peribadi.

4. Dilarang menunjukkan mood tak baik

kate middleton perlu sentiasa ceria

Jika anda menjadi salah sorang daripada wakil keluarga diraja, anda mestilah sentiasa berada dalam keadaan dan mood yang baik. Kate Middleton perlu sopan dan sentiasa senyum kepada orang lain. 

Adalah dianggap sebagai adab yang buruk untuk mengeluh, menangis di khalayak ramai atau membincangkan tentang kehamilan dengan orang lain.

Patut lah beliau sentiasa tersenyum sepanjang masa

5. Dilarang makan di khalayak ramai

kate middleton tak dibenarkan makan di khalayak ramai ketika hamil

Sama ada benar atau tidak, tetapi terdapat satu teori yang mengatakan bahawa pilihan rasa oleh ibu boleh membuatkan anda tahu jantina anak yang bakal dilahirkan.

Jika dia menginginkan gula-gula, bayi yang bakal dilahirkan berjantina perempuan. Dan jika dia banyak makan makanan yang masin, jantina bayi adalah lelaki.

Oleh itu, Duchess of Cambridge tak dibenarkan untuk makan di khalayak ramai bagi memastikan tiada khabar angin yang bermula mengenai jantina bayi.

Namun terdapat pengecualian terhadap peraturan ini jika kesemua tetamu dihidangkan dengan hidangan yang sama.

6. Cuti bersalin sehingga 5 bulan

cuti bersalin kate middleton sehingga 5 bulan sahaja

Ketika hamil, Kate Middleton sepatutnya menghadiri kesemua acara rasmi sehinggalah melahirkan anak. Namun selepas melahirkan, Kate berhak untuk tidak hadir dalam majlis rasmi bagi menumpukan perhatian dan penjagaan terhadap bayinya.

Akan tetapi tempoh cuti bersalin tersebut tidak boleh melebihi 5 bulan. Selepas tempoh ini, beliau perlu kembali aktif.

7. Dilarang membeli pakaian bayi di kedai

kate middleton dilarang membeli pakaian bayi di kedai awam

Sekali lagi, peraturan ini mempunyai kaitan dengan kemungkinan berlaku penyebaran maklumat mengenai jantina bayi.

Sebagai seorang yang berstatus tinggi dan popular, sudah tentu Kate akan sentiasa menjadi perhatian paparazi dan mereka ini boleh mengambil gambar pakaian bayi, warna dan juga jenisnya.

Oleh itu terdapat mereka yang ditugaskan khas bertanggungjawab dalam membeli pakaian bagi ibu dan bayi bagi menyimpan rahsia jantina bayi.

8. Dilarang untuk memakai pakaian yang terlalu menunjuk perut

kate middleton dilarang memakai pakaian yang terlalu ketat ketika hamil

Di zaman serba canggih ini, terlalu ramai ibu hamil yang sangat teruja dengan kehamilan mereka dan sentiasa menayang perut mereka. Namun, seorang puteri harus memakai pakaian yang menyembunyikan perutnya.

Pertama sekali, ia untuk mengelakkan berlakunya khabar angin awal yang akan menjadi tajuk utama akhbar. Kedua, menurut peraturan fesyen diraja, adalah dianggap sebagai tidak wajar untuk memakai pakaian renang dan baju ketat bagi puteri yang hamil.

Mereka harus mengenakan pakaian yang longgar yang tidak menghalang pergerakan mereka.

9. Dilarang untuk mengumumkan tarikh melahirkan anak

dilarang mengumumkan tarikh anak bakal dilahirkan

Istana Diraja hanya mengumumkan bulan yang mana pewaris takhta bakal dilahirkan, namun tarikh tepat tidak akan didedahkan. 

Biasanya, berita ini diterbitkan oleh pejabat akhbar diraja apabila ibu berada dalam kehamilan minggu ke-10 hingga ke-12.

10. Dilarang untuk berswafoto (selfie) atau mengambil gambar bayi

dilarang mengambil gambar bayi

Tidak seperti kebanyakan ibu yang akan memuatnaik terus menerus gambar bayi mereka setelah dilahirkan di laman media sosial, Kate tidak boleh berbuat demikian kerana beliau dilarang untuk mempunyai akaun media sosial.

Gambar bayi hanyalah dibenarkan dimuat naik ke laman Twitter rasmi keluarga diraja.


tags : , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)