Oleh pada 07 Aug 2017 kategori

Terdapat banyak jenis jet pejuang yang telah dihasilkan oleh negara-negara berkuasa tetapi ramai yang masih tertanya-tanya mana satu jet pejuang yang mempunyai kelajuan paling pantas dan lebih berkuasa. Banyak negara maju mempunyai teknologi tersendiri yang mampu membuat jet tersebut mencapai tahap kelajuan maksimum dan dapat bersaing antara satu sama lain serta tiba di destinasi yang ditujui mereka dengan rekod tersendiri. Berikut adalah 10 jenis jet pejuang terpantas dan terhebat untuk tahun 2017.

10. F-16 Fighting Falcon

jet pejuang model f 16

F- adalah salah satu model pesawat paling popular di dunia. F-16 telah membuktikan keupayaan dalam seni perjuangan. Pesawat itu pada mulanya direka khas untuk melaksanakan misi yang tinggi melibatkan Tentera Udara Amerika Syarikat. F-16 telah diubah suai dengan penggabungan teknologi terkini dan F-16 telah berkembang menjadi salah satu jet pejuang pelbagai fungsi.

9. McDonnell Douglas F-15 Eagle

jet pejuang mcdonnell douglas f 15

McDonnell Douglas F-15 Eagle adalah pesawat pejuang yang mempunyai enjin berkembar yang direka khas oleh Amerika. F-15 direka khas oleh McDonnell Douglas (kini Boeing) untuk mendapatkan dan mengekalkan momentum dalam pertempuran udara. Kajian yang dilakukan oleh Angkatan Tentera Udara Amerika Syarikat telah memilih reka bentuk McDonnell Douglas pada tahun 1967 untuk memenuhi keperluan perkhidmatan untuk pesawat tempur unggul yang berdedikasi ini. Eagle pertama kali terbang pada bulan Julai 1972, dan memasuki perkhidmatan pada tahun 1976. Ia adalah antara pejuang moden yang paling berjaya dengan lebih dari 100 kejayaan ketika bertempur dan tiada kerugian dalam pertempuran udara.

8. Saab JAS 39 Gripen

jet pejuang jenis saab jas 39 gripen

Saab JAS 39 Gripen adalah jet pejuang yang mempunyai sebuah enjin dan sejenis jet pelbagai fungsi yang ringan. Ia direka dan dihasilkan oleh Saab iaitu sebuah syarikat yang terletak di Sweden. Jet pejuang ini amat terbaik kerana ia dinaik taraf sebagai penggantian kepada jet model 37 Viggen dan Saab 35 Draken dalam Tentera Udara Sweden. Saab JAS 39 Gripen telah membuat penerbangan pertamanya pada tahun 1988 tetapi ia mula diperkenalkan kepada dunia pada tahun 1997 dan jet tersebut mempunyai prestasi yang amat cemerlang sehingga waktu ini.

7. MiG 35

jet pejuang model russian mig 35

Pesawat Mikoyan MiG memang amat terkenal dan asal-usul model pesawat MiG adalah berasal dari Rusia. Ia bukanlah pesawat yang asing didalam dunia pertempuran jika berlaku peperangan pada zaman moden ini. Mig 35 adalah evolusi utama dari siri jet MiG 27 Fulcrum. Pesawat ini mempunyai sistem avionik dan senjata canggih yang menjadikannya salah satu pesawat moden yang terbaik pada saat ini.

6. J-10 

jet pejuang jenis chengdu j 10

Chengdu J-10 adalah jet pejuang pelbagai fungsi milik China kerana ia mampu untuk beraksi dalam apa jua keadaan cuaca. Ia merupakan sebuah jet yang ringan dan juga dikonfigurasikan dengan reka bentuk jaring dan  juga sayap delta. Chengdu J-10 direka dan dihasilkan oleh Perbadanan Pesawat Udara Republik Chengdu (CAC) Republik Rakyat China untuk Angkatan Tentera Pembebasan Rakyat.

5. Sukhoi Su-35 

jet pejuang model sukhoi su 35

Sukhoi Su-35 adalah jawapan yang diberikan oleh Rusia kerana jet ini mempunyai keperluan angkatan udara moden pada zaman ini. Ia adalah sebuah pesawat yang lasak, boleh merentasi jarak jauh, mempunyai pelbagai peranan dan mempunyai kerusi tunggal untuk dimuatkan oleh seorang pejuang. Pesawat ini telah direka dan dibangunkan dengan mengambil inspirasi dari model sebelum itu iaitu Sukhoi Su-27 yang merupakan salah satu model jet yang ternama di udara.

4. Dassault Rafale 

jet pejuang jenis dassault rafale

Dassault Rafale adalah sebuah pesawat penting yang merupakan tulang belakang Tentera Udara Perancis. Pesawat ini menunjukkan sistem senjata yang hebat yang mampu bersaing dengan pesawat lain. Dassault Rafale adalah pesawat yang boleh digunakan dalam pelbagai keadaan. Pesawat model ini boleh menjalankan penguasaan udara, serangan darat, lasak dan mampu melaksanakan misi pencegahan nuklear mengikut kehendak pertempuran yang berlaku.

3. F-35 Lightning II 

jet pejuang jenis f 35 lightning ll

Lightning II adalah salah satu pesawat dari keluarga F merupakan pesawat pejuang yang tunggal dan ia adalah pesawat tempur tunggal yang direka khas untuk melaksanakan pelbagai misi dengan sistem sensor padu yang telah dibina di dalam setiap pesawat ini. Misi yang secara tradisinya dilakukan oleh sejumlah kecil pesawat pintar ini adalah berkenaan dengan kecerdasan, pengawasan serta peninjauan dan juga misi serangan secara  elektronik kini boleh dilaksanakan oleh skuadron F-35 yang membawa keupayaan baru kepada banyak pasukan bersekutu.

2. Eurofighter Typhoon

jet pejuang jenis eurofighter typhoon

Eurofighter Typhoon adalah hasil usaha tentera kolaborasi nasional terbesar yang melibatkan negara-negara Eropah. Ia adalah pesawat generasi kelima yang mempunyai sensor moden dan avionik. Dilengkapi dengan senjata serta kemampuan pemanduan secara tepat seperti 'Supercruise' menyebabkan ia tersenarai sebagai salah satu jet pejuang terbaik di dunia.

1. F-22 Raptor 

pesawat model f 22 raptor

Lockheed Martin F-22 Raptor berada pada kedudukan pertama senarai di dalam kategori sepuluh pesawat pejuang terhebat di dunia. Jet jenis ini sangat hebat kerana mampu bergerak didalam keadaan yang senyap dan hampir tidak dapat dikesan oleh radar. F-22 adalah pesawat enjin berkembar yang mempunyai teknologi yang sangat tinggi dan dapat bergerak dalam kepantasan yang sangat super. F-22 Raptor telah diperkenalkan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat pada tahun 2005.


tags : , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)