Ramai sedia maklum pendidikan adalah suatu aspek yang sangat penting dalam kehidupan. Ia amat penting untuk kita berjaya dan menjadi insan yang berguna kepada masyarakat. Beberapa pelakon wanita terkenal di Hollywood juga berpendapat begitu dan menitikberatkan pendidikan berbanding kerjaya lakonan mereka. Ini kerana bakat dan rupa sahaja tidak mencukupi untuk menjamin kehidupan yang lebih baik di masa kelak.

Kami ingin kongsikan 11 orang pelakon wanita Hollywood popular yang berjaya menamatkan pengajian mereka di universiti terkemuka dan mendapatkan segulung ijazah:

11. Jodie Foster

artis wanita beauty with brain lulusan universiti jodie foster

BESARKAN TEKS     A-  A+

Artis senior ini memang tidak diragui lagi bakat lakonannya. Banyak membintangi filem romantis Hollywood, beliau juga merupakan seorang wanita yang cerdas dan berjaya menamatkan pengajiannya di Yale University dalam bidang kesusasteraan. Dia juga pernah memenangi Golden Globe Award kerana bakatnya di dalam bidang lakonan yang diceburinya.

10. Mira Sorvino

artis wanita beauty with brain lulusan universiti mira sorvino

Pelakon kelahiran Amerika Syarikat ini pernah membintangi filem Exposed bersama bintang gandingan Keanu Reeves. Pelakon yang juga pernah membintangi filem Finding Mrs. Claus ini menamatkan pengajiannya dalam bidang Pengajian Asia Timur dari Harvard University dengan anugerah magna cum laude iaitu kepujian kedua tertinggi di universiti berprestij itu.

9. Elizabeth Banks

artis wanita beauty with brain lulusan universiti elizabeth banks

Pelakon ini pernah membintangi filem The Hunger Games pada tahun 2012 sebagai Effie Trinket dan juga filem Lego the Movie sebagai Wyldstyle. Bukan sahaja Elizabeth merupakan bintang Hollywood yang cantik rupa parasnya malah dia juga berjaya menamatkan pengajian di Universiti Penssylvania dengan magna cum laude dalam jurusan komunikasi.

8. Rachel Dratch

artis wanita beauty with brain lulusan universiti rachel dratch

Rachel Dratch adalah salah seorang graduan di dalam bidang teater di Dartmouth College pada tahun 1988. Daripada pementasan teater dia menyambung kerjayanya menerusi lakonan filemnya iaitu Just Go With It. Dia juga merupakan seorang penulis skrip, pelakon dan juga seorang pelawak.

7. Christy Turlington

82881d36 f737 46a4 9fcf 744d18ccb5bd

Christy merupakan salah seorang daripada model jenama terkenal Calvin Klein selama hampir 20 tahun lamanya. Model cantik ini juga memegang ijazah sarjana di dalam bidang Kesihatan Awam dari Columbia University. Sebelum itu, dia juga berjaya menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana dari New York University dalam bidang falsafah dan perbandingan agama.

6. Maggie Gyllenhaal

artis wanita beauty with brain lulusan universiti maggie gyllenhaal

Maggie adalah kakak kepada pelakon terkenal iaitu Jake Gyllenhaal. Dia pernah membintangi filem Batman: The Dark Night sebagai Rachel Dawes dan melakonkan watak Zee di dalam filem Monster House. Maggie juga berjaya menamatkan pengajiannya selama 4 tahun di Columbia University pada tahun 1999 dan mendapat Sarjana Muda dalam jurusan Agama Ketimuran dan Sastera.

5. Julia Stiles

artis wanita beauty with brain lulusan universiti

Julia pernah berlakon di dalam filem The Prince and Me dan juga The Bourne Identity bersama bintang terkenal Matt Damon. Merupakan bekas penuntut di Columbia University dalam jurusan Kesusasteraan Inggeris, dia berjaya mendapatkan ijazah sarjana bersama penganugerahan pencapaian cemerlang oleh pihak universiti.

4. Ashley Judd

artis wanita beauty with brain lulusan universiti ashley judd

Pelakon yang dilahirkan pada 19 April 1968 ini kerap membintangi filem saspens pada penghujung tahun 90-an dan juga awal 2000. Ashley melanjutkan pengajiannya setelah menceburi bidang lakonan dalam jurusan Pentadbiran Awam. Dia berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjananya dari John F. Kennedy School di Harvard University pada tahun 2010.

3. Meryl Streep

artis wanita beauty with brain lulusan universiti meryl streep

Dilahirkan pada 22 Jun 1949, pelakon veteran ini tidak asing lagi dalam dunia perfileman Hollywood. Meryl juga merupakan graduan di universiti ke-3 tertua di Amerika Syarikat iaitu Yale University dalam bidang lakonan. Maka tidak hairanlah jika pelakon ini pernah menggondol 3 anugerah Oscar sejak menceburi bidang lakonan. Antara filem yang pernah dibintanginya ialah The Devil Wears Prada bersama pelakon Anne Hathaway dan juga filem musikal Mamma Mia!.

2. Natalie Portman

artis wanita beauty with brain lulusan universiti natalie portman

Pelakon cantik manis ini dikenali melalui filem lakonannya seperti Black SwanAnnihilation dan banyak lagi. Pelakon ini juga merupakan graduan lulusan Harvard University dalam bidang psikologi. Natalie bukan sahaja seorang pelakon yang berbakat dan cantik, malah dia juga adalah seorang gadis yang pintar.

1. Emma Watson

emma watson belajar tinggi

Pelakon kelahiran Perancis yang dibesarkan di England ini sangat diminati kerana lakonannya sebagai Hermione di dalam filem bersiri yang diadaptasi daripada novel terkenal iaitu Harry Potter. Emma juga merupakan seorang graduan jurusan kesusasteraan Inggeris dari Brown University. Bukan sahaja berbakat dan pintar, Emma juga telah berjaya diangkat sebagai salah seorang duta perwakilan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Adakah anda masih berpendapat rupa paras yang cantik dan bakat sahaja sudah cukup untuk menjamin masa depan yang cerah? Anda nilailah sendiri.




Hakcipta iluminasi.com (2017)