Walaupun gabungan kekayaan kesemua wanita dalam senarai ini langsung tidak hampir berbanding kekayaan lelaki paling kaya di Malaysia, namun usaha dan pencapaian mereka masih layak untuk dibanggakan.

Untuk kita mengktiraf wanita luar biasa seperti mereka ini sebagai contoh dalam masyarakat adalah sesuatu yang sangat penting agar dapat menjadi inspirasi kepada wanita lain.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan senarai 10 wanita paling kaya di Malaysia.

10. Loh Wei-Lyn

Berusia 35 tahun, Loh Wei Lyn merupakan antara salah seorang usahawanita terkemuka di Malaysia. Malah, beliau juga merupakan yang termuda dalam senarai ini.

Wei Lyn juga merupakan pemegang saham dalam syarikat Oriental Holdings Bhd dan nilai kekayaannya dianggarkan sebanyak RM303.7 juta.

9. Dato Hanifah Hajar 

dato hanifah

Dato Hanifah Hajar Taib adalah anak kepada bekas Ketua Menteri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.

Beliau yang berusia 45 tahun berada di kedudukan ke-9 wanita paling kaya di Malaysia disebabkan oleh kedudukan beliau dalam Cahya Mata Sdn. Bhd. sebagai pemegang saham.

Malah, Dato Hanifah juga adalah ahli lembaga di Majlis Pimpinan Institut Limkokwing Borneo, pengarah eksekutif di Miri Marriot Resort dan Spa, serta di Cats FM.

Tak cukup dengan itu, wanita yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran Perniagaan dari Universiti San Francisco ini berkhidmat sebagai eksekutif teratas di Limkokwing University of Creative Technology.

Kekayaan Dato Hanifah dianggarkan bernilai RM309 juta.

8. Dato' Yeoh Soo Min

dato yeoh soo min 221

Berada di kedudukan ke-8 wanita paling kaya di dunia dengan nilai kekayaan mencecah RM320 juta merupakan anak kepada Tan Sri Dato' Seri Yeoh Tiong Lay, pengasas YTL Corporation.

Dato' Yeoh Soo Min kini berkhidmat sebagai pengarah eksekutif yang bertanggungjawab terhadap sistem kewangan dan perakaunan di YTL Corporation. 

Wanita berusia 62 tahun ini yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti North London merupakan ahli Fellow Bersekutu Institut Pengurusan Malaysia, fellow Gabenor Rumah Pelajar Antarabangsa, London.

Malah, beliau adalah pemegang amanah Yayasan Tuanku Fauziah, Yayasan IJN, dan Dana Pembiayaan Kepimpinan wanita.

7. Dato' Yeoh Soo Keng

dato yeoh soo keng 731

(Kredit gambar: The Star)

Berusia 55 tahun, Dato' Yeoh Soo Keng juga merupakan anak kepada Tan Sri Dato' Seri Yeoh Tiong Lay dan adik kepada Dato' Yeoh Soo Min. 

Dato' Soo Keng merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Universiti Leeds, United Kindom dan memulakan kerjayanya sebagai pengarah projek bagi pembinaan kediaman Pesuruhjaya Tinggi British di Kuala Lumpur.

Beliau berperanan penting dalam penjualan dan pemasaran simen dan produk berkaitan untuk YTL Cement Berhad dan Perak-Hanjoong Simen Sdn Bhd.

Beliau kini berkhidmat sebagai pengarah eksekutif di YTL e-Solutions Berhad, sebuah anak syarikat YTL Corporation dan memiliki kekayaan mencecah RM324 juta.

6. Puan Sri Tan Kim Tee

puan sri tan kim tee

Nilai kekayaan sekitar RM389 juta menjadikan Tan Kim Tee sebagai wanita ke-6 terkaya di Malaysia.

Tak banyak yang diketahui mengenai wanita berusia 66 tahun ini namun beliau merupakan salah seorang pemegang daham dalam Dialog Group.

Syarikat ini menjalankan urusan projek dan penyediaan perkhidmatan dalam industri petrokimia serta minyak dan gas.

Pada tahun 2016, Dialog Group dianggarkan bernilai lebih daripada RM8 bilion dan merupakan antara syarikat paling berprestasi tinggi di malaysia.

5. Puan Sri Kewi Yong Tan

tan kewi yong

Juga dikenali dengan nama mesra iaitu Cindy, beliau melanjutkan pelajaran ke United Kingdom dalam Pengajian Perniagaan.

Tan Kewi Yong mempunya pengalaman lebih 30 tahun dalam pelbagai bidang termasuklah kewangan, pemasaran dan pengurusan sumber manusia.

Wanita dengan kekayaan mencecah RM547 juta ini kini merupakan pengarah eksekutif Pavilion Reit dan Malton Bhd.

4. Duli Yang Teramat Mulia Raja Eleena Sultan Azlan Shah

raja eleena raja azlan shah

Raja Eleena merupakan anak keempat kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Beliau kini berkhidmat sebagai rakan kongsi senior Raja Eleena Siew Ang & Associates menamatkan pelajaran dalam jurusan undang-undang dari Universiti of London.

Raja Eleena adalah pemegang saham utama dalam Gamuda Bhd.

Wanita ke-4 terkaya di Malaysia juga merupakan salah seorang daripada 2 wanita Melayu dalam senarai ini memiliki kekayaan bernilai RM587 juta.

Sebagai peguam bela, peguam cara dan pemegang saham utama Gamuda, Raja Eleena menggunakan pengalaman dan pengetahuan perundangannya untuk memberi manfaat kepada syarikat ini.

Di bawah kendaliannya, Gamuda menerajui projek infrastruktur terbesar di Malaysia, memainkan peranan utama dalam projek MRT bernilai RM48 bilion.

3. Puan Sri Tan Kai Yong - RM1.03 bilion

puan sri tan kai yong

Berada di tangga ke-3 senarai wanita terkaya di dunia juga merupakan sebahagian daripada empayar keluarga YTL.

Puan Sri Tan Kai Yong adalah balu kepada mendiang Tan Sri Dato' Seri Yeoh Tiong Lay.

Wanita berusia 86 tahun ini memiliki 5 juta saham dalam syarikat YTL Corporation, kekayaan beliau dianggarkan bernilai RM1.03 bilion. 

2. Chong Chook Yew - RM1.19 bilion

chong chook yew

Wanita kedua terkaya di Malaysia ini juga merupakan wanita tertua dalam senarai, berusia 95 tahun.

Chong Chook Yew menamatkan pelajaran dari Universiti Columbia, Amerika Syarikat dengan Diploma Guru Kolej Profesional dan Sarjana Seni pada tahun 1950-an.

Wanita yang sangat low-profile ini menubuhkan syarikat Selangor Properties bersama mendiang suaminya, Wen Tien Kuang pada tahun 1963.

Beliau kini memegang jawatan sebagai pengerusi di Selangor Properties Bhd dan memiliki nilai kekayaan mencecah RM1.19 bilion. 

1. Dato' Dr. Norraesah Mohamad - RM1.27 bilion

dato dr norraesah mohamad

Menggunguli senarai wanita terkaya di Malaysia tak lain tak bukan adalah Dato' Dr. Norraesah binti Mohamad, dengan kekayaan sekitar RM1.27 bilion.

Sebelum beralih arah ke sektor swasta pada tahun 1989, Dato' Norraesah berkhidmat dalam tempoh yang agak lama sebagai penjawat awam, iaitu selama 16 tahun.

Beliau adalah penjawat awam lama; bekerja di sektor awam selama 16 tahun, sebelum membuat pertukaran kepada sektor swasta pada tahun 1989.

Beliau memasuki senarai ini setelah memperoleh saham MyEG dalam jumlah yang tersangat besar menjelang akhir tahun 2017 melalui Asia Internet Holding.

Dato' Noraraesah juga merupakan Pengerusi Eksekutif MyEG Services Bds sejak Ogos 2006 dan bertindak sebagai Pengerusi Latitude Tree Holdings Berhad bermula November 2018.

MyEG tersenara di MESDAQ (sekarang Pasaran ACE) pada tahun 2007 sebagai pembekal perkhidmatan elektronik elektronik, dan dipindahkan ke pasaran utama di Bursa pada tahun 2009.

Hari ini syarikat itu telah mempelbagaikan perkhidmatan berasaskan komersial, yang menyumbang 80% daripada pendapatan kumpulan.

Rujukan:

1. Forbes

2. Quecie

3. Zuu




Hakcipta iluminasi.com (2017)