cungkil gigi

Semua orang tahu bahawa tidur lewat dan juga makan terlalu banyak tidak baik untuk badan dan kesihatan. Ini kerana ia agak jelas dan selalu diperkatakan.

Namun kadang-kala tabiat-tabiat harian remeh yang kita sangkakan tidak berbahaya juga boleh memberikan kesan buruk. Malah, tabiat-tabiat remeh ini boleh membuatkan anda dimasukkan ke hospital.

iluminasi.com kongsikan 8 tabiat harian yang disalahanggap sebagai tidak berbahaya.

1. Menyekat bersin

sekat bersin

Kesan kepada: sistem pernafasan, saluran darah, dan otak, dan lebih buruk, esofagus

Fungsi utama bersin adalah untuk mengeluarkan bakteria, virus, dan zarah debu daripada dalam hidung dan badan. Apabila anda menyekat bersin anda, anda seolah-olah tidak membenarkan badan anda mengeluarkan benda-benda ini.

Bukan itu sahaja, malah impak kekuatan ketika bersin jika disekat boleh menyakiti pendengaran anda, meningkatkan tekanan darah serta merosakkan esofagus anda. 

2. Mencungkil gigi

mencungkil gigi

Kesan buruk kepada: Gusi

Jika anda bertanyakan kepada para doktor gigi, mereka akan menjawab mereka tidak sukakan pencungkil gigi. Pencungkil gigi tidaklah begitu berbahaya kepada enamel gigi tetapi gusi anda akan mendapat kesan buruk.

Dan penggunaan pencungkil gigi tidak begitu praktikal kerana ia amat mustahil untuk membersihkan keseluruhan bahagian mulut menggunakannya.

Untuk memastikan mulut anda bersih, gunakan flos gigi tetapi anda harus belajar cara melakukannya dengan betul terlebih dahulu.

3. Tidur meniarap

tidur meniarap

Kesan kepada: pernafasan, peredaran darah, saraf tunjang dan kulit muka

Memang tak dinafikan posisi tidur sebegini adalah antara yang paling popular dan menjadi pilihan lebih-lebih lagi jika terlalu letih.

Walaupun selesa, namun tidur dengan muka tertiarap pada bantal adalah berbahaya.

Dalam posisi ini, pernafasan menjadi sukar, leher berada dalam kedudukan yang tidak sepatutnya, menjejaskan peredaran darah menjadi lebih buruk dan vertebra leher berada dalam bahaya.

Selain itu, para doktor memberi amaran bahawa kedutan yang mungkin anda dapat daripada posisi tidur sebegini mungkin akan berterusan dan tidak akan pernah hilang.

4. Bertangguh untuk ke tandas

buang air kecil

Kesan kepada: buah pinggang, sistem kencing dan usus

Ramai yang tahu menahan kencing adalah tidak baik untuk badan. Namun, bertangguh untuk ke tandas juga boleh memberikan kesan buruk.

Pada Jun 2018, seorang pemain permainan video yang agak muda dari Great Britain telah dimasukkan ke hospital selepas menghabiskan 8 jam bermain tanpa henti.

Usus dan pundi kencingnya tersangat kembung sehinggakan doktor beranggapan bahawa dia mempunyai tumor kanser.

Semua doktor bersetuju bahawa anda tidak boleh menyimpan air kencing dalam jangka masa yang panjang dalam badan kerana jika anda berbuat demikian, anda mungkin mencederakan otot anda yang boleh membawa kepada jangkitan saluran kencing dan sembelit.

5. Basuh rambut atau kepala anda dengan air panas

mandi air panas

Kesan kepada: pembuluh otak dan kulit kepala

Di zaman yang serba canggih dan ramai di antara kita yang mampu memiliki pemanas air di bilik mandi, ia menjadi satu perkara biasa.

Namun, jika anda sangat gemar dan selalu mandi menggunakan air panas, sudah sampai masanya untuk berhenti berbuat demikian.

Pertamanya, tindakan ini boleh memberi kesan kepada pembuluh otak yang akan mengakitbatkan sakit kepala yang teruk serta pening-pening.

Kedua, air panas merangsang fungsi kelenjar sebum pada kulit kepala yang menjadikan rambut anda benar-benar kotor.

6. Kerap mengunyah gula-gula getah

kunyah gula gula getah

Kesan kepada: perut, gigi, dan ingatan jangka pendek

Terdapat beberapa kesan buruk daripada mengunyah gula-gula getah dengan terlalu kerap. Proses mengunyah merangsang pengeluaran jus gastrik. Jadi, jangan mengunyah gula-gula sebelum makan. Ini boleh menyebabkan gastritis dan juga ulser.

Gigi anda juga berada dalam bahawa jika ia dilakukan dengan kerap. Ini kerana apabila pengeluaran air liur meningkat, ia boleh memakan gigi dan juga tampalan pada gigi anda. 

kesan kunyah gula gula getah

Mengunyah gula-gula getah juga memberi kesan kepada ingatan. Ia meningkatkan hafalan dan membantu menumpukan perhatian kepada tugas yang memerlukan pemerhatian yang panjang.

Namun, ia menjejaskan memori jangka pendek, menjadikan anda kurang fokus.

7. Membaca sambil berbaring di atas katil

baca atas katil

Kesan kepada: mata, saraf tunjang, dan kulit leher.

Apabila membaca di atas katil, ikut peraturan ini:

  1. Jangan pegang buku terlalu dekat dengan mata anda.
  2. Jangan lengkungkan punggung anda dan jangan tegangkan leher anda.
  3. Jangan baca dengan posisi mengiring kerana jarak anda dari buku akan sentiasa berubah dan mata anda perlu melakukan lebih banyak kerja.
  4. Jangan baca dalam posisi berbaring kerana ia boleh merosakkan saraf tunjang.

Seperti yang anda dapat lihat, agak sukar untuk mengikuti semua peraturan ini kerana pastinya anda mahukan keselesaan ketika membaca.

Tetapi ingat, kebanyakan jenis posisi ini boleh menyebabkan perkembangan kedutan mendalam pada leher anda.

8. Menggunakan telefon pintar ketika buang air besar

guna telefon pintar ketika buang air besar

Kesan kepada: dubur dan kebersihan secara keseluruhan

Ia bukan sahaja mengenai telefon pintar tetapi juga kepada akhbar dan buku.

Namun disebabkan kebanyakan daripada kita lebih menggunakan telefon pintar ketika membuang air besar, ia boleh memberikan kesan yang lebih bahaya kerana kita menghabiskan lebih banyak masa.

Duduk di atas tandas duduk lebih daripada 5 minit boleh meningkatkan tekanan dalam urat-urat anda.

Dan sebab mengapa telefon pintar lebih berbahaya adalah kerana kita tidak meninggalkannya di dalam tandas selepas selesai urusan.

Sebaliknya, kita akan membawanya ke mana-mana sahaja malah sehinggakan ke tempat tidur.

Tindakan ini membantu penyebaran bakteria yang mana boleh mengakibatkan lebih banyak jangkitan penyakit.


tags : , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)