senjata perang

Selepas Perang Dunia Pertama yang dahsyat, banyak negara dan institusi antarabangsa telah menandatangani pelbagai perjanjian di seluruh dunia bagi melarang sesiapa sahaja menggunakan senjata tertentu terhadap musuh ketika perang. Salah satunya ialah Protokol Geneva 1925.

senjata yang diharamkan dalam perang

Protokol ini melarang penggunaan beberapa senjata agen asfiksia, gas beracun atau kaedah perang bakteria yang lain. Seperti yang ramai tahu bahawa senjata nuklear adalah dilarang sama sekali penggunaannya. Berikut ada beberapa lagi senjata lain yang diharamkan dalam perang selain senjata nuklear.

10. Jerangkap samar

jerangkap samar

Anda pasti hairan mengapa kayu yang diharamkan memandangkan banyak lagi senjata canggih dan membawa maut yang tidak dilarang? Sebenarnya, jerangkap samar atau dikenali sebagai punji sticks oleh barat mempunyai sejarah yang panjang tentang kesan buruknya.

Titik tumpuan jerangkap samar ini pada umumnya ialah di bahagian bawah kaki di mana ia akan mengakibatkan kecederaan yang serius. Dalam banyak kes, kaki perlu dipotong kerana kecederaan yang tidak dapat dirawat.

Ia biasanya dipasang bukan untuk membunuh tetapi untuk melambatkan pergerakan musuh. Penggunaan jerangkap samar ini telah diharamkan pada Konvensyen Geneva pada tahun 1980.

9. Periuk api anti-tentera

periuk api anti tentera

Bertentangan dengan periuk api anti-kereta kebal, periuk api ini direka khas untuk digunakan terhadap manusia atau tentera. Biasanya ia tidak membunuh tetapi memberi kecederaan yang parah.

Selain menjadi ancaman kepada tentera musuh, ia juga menjadi masalah bagi orang awam yang tinggal berhampiran. Selain itu, haiwan juga sering mati akibat terpijak periuk api jenis ini.

Selepas kempen untuk mengharamkan periuk api anti-tentera dilakukan di seluruh dunia, akhirnya Perjanjian Ottawa yang dibuat pada tahun 1977 telah melarang penggunaannya sama sekali.

8. Senjata biologi kalis ubat

senjata biologi

Black Death atau wabak Bubonic pernah membunuh hampir setengah penduduk Bumi. Dengan beberapa ribu kes kematian di seluruh dunia, tidak mustahil wabak ini akan kembali. Para penyelidik senjata biologi bimbang virus membunuh ini boleh digunakan oleh organisasi pengganas sebagai senjata.

Penggunaan senjata ini telah diharamkan kerana dikhuatiri mana-mana organisasi atau kumpulan haram dapat membangunkan bakteria baru Yersinia pestis yang lebih maju dan tidak dapat disembuhkan atau dikekang oleh ubat-ubatan anti-bakteria sedia ada. Sekiranya ia berlaku, ia boleh menghancurkan seluruh populasi manusia.

7. Senjata fosforus putih

senjata posporus putih

Kali pertama penggunaan senjata fosforus putih direkodkan adalah semasa Perang Dunia Pertama oleh tentera Amerika dan British. Ia juga digunakan oleh tentera Jepun dalam peluru mortar dan roket mereka. Selain itu ia juga telah digunakan terhadap orang awam di bandar-bandar besar seperti London, Tokyo dan Hamburg.

Fosforus putih pada asasnya adalah allotrope fosforus yang biasanya digunakan dalam bom asap tentera dan juga senjata pembakar. Jumlah pendedahan yang mencukupi fosforus putih terhadap manusia boleh memberi kesan buruk seperti kebakaran tahap tiga, kegagalan jantung, buah pinggang dan kematian.

Penggunaan senjata ini terhadap orang awam telah diharamkan oleh banyak negara selepas Certain Conventional Weapons Protocol III ditandatangani pada tahun 1980 dan ia dikawal ketat oleh badan ketenteraan di seluruh dunia.

6. Peluru mata berongga

peluru mata berongga

Peluru mata berongga adalah pelancar belubang yang akan mengembang selepas memasuki sasaran yang ditembak. Jenis peluru ini mempunyai ketepatan yang tinggi dan menghasilkan asap yang kurang.

Akan tetapi, ia juga memperlahankan kadar penembusan dan merosakkan lebih banyak tisu badan berbanding peluru lain. Penggunaan peluru jenis ini adalah dilarang dalam mana-mana perperangan antarabangsa di bawah Konvensyen Hague 1899.

Walaupun dilarang, peluru mata berongga ini digunakan secara meluas oleh pasukan polis dan persendirian di banyak negara disebabkan kelajuannya, lebih memudaratkan dan kurang risiko terkena orang berhampiran. Tentera Amerika juga telah mengumumkan akan mempertimbangkan penggunaan peluru jenis ini.

5. Bom berkelompok

bom berkelompok

Bom berangkai atau cluster bomb pada dasarnya adalah satu pek amunisi kecil yang dimuatkan dalam bekas yang besar untuk dijatuhkan ke sasaran dari udara. Walaupun bom berangkai digunakan dalam banyak konflik antarabangsa dengan berkesan sejak Perang Vietnam, ia menimbulkan cabaran yang unik dan serius terhadap kawasan awam.

Semasa perang Vietnam, seramai 7000 orang awam mengalami kecederaan teruk dan banyak bahan letupan yang masih berselerak di negara itu. Tentera Amerika menggunakan bom jenis ini terhadap Iraq dari tahun 2003 hingga 2006. Terdapat beberapa kejadian di mana orang awam mati apabila mereka menemui bom hidup yang gagal meletup semasa dijatuhkan.

Di bawah Perjanjian Ottawa, penggunaan bom berkelompok telah diharamkan di banyak negara dan perjanjian lain juga disediakan untuk membersihkan serpihan bom ini yang aktif di seluruh dunia terutamanya Asia Barat.

4. Tabun

tabun

Tabun adalah salah satu daripada agen saraf siri-G. Ia adalah agen saraf pertama yang dibangunkan oleh ahli kimia Jerman, Gerhard Schrader pada tahun 1936. Tabun merupakan bahan toksik maut akibat kesannya yang cepat pada sistem saraf manusia dan mamalia lain.

Senjata ini mula digunakan semasa Perang Dunia Kedua oleh tentera Jerman. Sekitar tahun 1980-an, tentera Iraq menggunakan tabun bersama sarin dan gas mustard terhadap rakyat Iran untuk melumpuhkan kekuatan mereka.

Walaupun pendedahan kepada gas ini boleh membunuh, beberapa keadaan serius lain yang dikaitkan adalah seperti miosis, dyspnea, degupan jantung perlahan, hilang kesedaran serta kawalan usus dan tusukan paru-paru. Pengeluaran Tabun telah diharamkan sepenuhnya pada Konvensyen Senjata Kimia tahun 1993.

3. Mustard sulfur

sulfur mustard

Amat mengerikan melihat orang dalam kesakitan teruk dengan kulit yang melepuh, tetapi itulah yang berlaku akibat penggunaan mustard sulfur atau gas mustard selama beberapa dekad.

Penggunaan senjata ini secara besar-besaran adalah ketika Perang Dunia Pertama oleh pasukan Jerman terhadap pasukan bersekutu di Belgium. Selepas itu tentera Perancis pula menggunakannya menentang Jerman pada akhir 1917.

Sejak itu, ia digunakan berkali-kali di pelbagai tempat termasuk serangan gas mustard 2016 oleh ISIS terhadap tentera Syria. Penggunaan gas ini dipantau ketat di bawah Konvensyen Senjata Kimia 1993 yang ditandatangani oleh lebih 160 negara. Setakat 2016, 89% simpanan bom ini telah dimusnahkan.

2. Gas sarin

gas sarin 98

Kebanyakan daripada anda mungkin pernah mendengar tentang ejen saraf ini. Ia merupakan salah sati toksik ejen saraf paling membunuh yang pernah disaksikan manusia. Pendedahan secara langsung kepada gas ini boleh mengakibatkan sesak nafas, kegagalan otot dan kematian jika penawar tidak diberikan pada waktunya.

Penggunaan gas sarin paling terkenal adalah semasa pertempuran kedua al-Faw, di mana ia digunakan sebanyak empai kali oleh tentera Iraq terhadap tentera Iran untuk menguasai bahagian semenanjung. Penggunaan lain adalah seperti di kereta api bawah tanah Tokyo pada tahun 1995 dan serangan kimia Ghouta pada tahun 2013.

1. Ejen saraf VX

gas vx warna hijau

Ejen saraf VX dianggap senjata kimia sintetik paling membunuh dalam dunia. Tidak seperti gas tabun dan sarin, ia adalah ejen siri-V dan pertama kali ditemui oleh ahli kimia Ranajit Ghosh dan J.F Newman pada tahun 1952. Ia diiktiraf sebagai senjata pemusnah besar-besaran dan diharamkan oleh akta Konvensyen Senjata Kimia.

Walau bagaimanapun, beberapa kes penggunaan ejen saraf VX ini telah menjadi tumpuan sejak beberapa dekad kebelakangan ini. Salah satu contoh ialah pada tahun 1988 apabila ia digunakan dalam serangan kimia Halabja oleh Saddam Hussein menentang orang Kurdi.

Salah satu penggunaan berprofil tinggi ejen saraf VX adalah pada 13 Februari 2017 apabila ia digunakan untuk membunuh Kim Jong Nam, saudara tiri diktator Korea Utara Kim Jong-un di Malaysia.



Hakcipta iluminasi.com (2017)