Oleh pada 29 Sep 2021 kategori

Sekiranya anda melakukan kesalahan atau jenayah dan dibuktikan bersalah di mahkamah, anda mungkin akan dikenakan denda atau hukuman penjara.

Namun, ada sebahagian jenayah yang tidak dapat diselesaikan walaupun dengan denda bernilai jutaan ringgit. Denda jenayah yang besar ini biasanya dikenakan oleh pemerintah atau pihak berkuasa atas kesalahan yang besar.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berikut adalah 10 saman atau denda termahal yang pernah dikeluarkan.

10. Pfizer - RM 9.6 bilion

pfizer 282

Pada tahun 2009, syarikat ubat terbesar dunia iaitu Pfizer telah didenda sebanyak RM 9.6 bilion atas tuduhan jenayah oleh mahkamah Amerika.

Mereka mengaku bersalah kerana mengiklankan empat ubat mereka kepada doktor dan pesakit bagi tujuan yang tidak diluluskan oleh kerajaan. Salah satu daripadanya ialah ubat tahan sakit Bextra.

Bextra hanya diluluskan untuk kegunaan artritis reumatoid, sakit haid, dan osteoartritis sahaja tetapi Pfizer dan anak syarikatnya iaitu Pharmacia & Upjohn telah mempromosi ubat itu untuk kegunaan masalah lain juga.

9. GlaxoSmithKline - RM 12.55 bilion

glaxosmithkline

Sama seperti Pfizer, syarikat gergasi ubat-ubatan ini juga telah melakukan kesalahan iaitu mempromosikan ubat preskripsi tertentu secara haram

GSK telah didakwa atas tiga jenayah berbeza. Tuduhan pertama melibatkan amalan pelaporan palsu dan gagal melaporkan data keselamatan tertentu. 

Dua lagi tuduhan adalah atas kesalahan memperkenalkan ubat-ubatan yang disalah jenamakan seperti Paxil dan Wellbutrin.

8. Facebook - RM 20.9 bilion

facebook disaman

Satu siasatan telah dilancarkan pada 2018 oleh Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan AS mengenai amalan privasi Facebook. Siasatan itu dijalankan seminggu selepas orang awam marah dan menyoal kegagalan syarikat itu menjaga privasi jutaan penggunanya.

Facebook didapati telah mengelirukan penggunanya mengenai kuasa mereka untuk mengawal privasi maklumat peribadi mereka dan ia menyalahi peraturan undang-undang Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan.

Pada 2019, Facebook telah dikenakan denda sebanyak RM 20.9 bilion. Ia merupakan saman terbesar yang dikeluarkan atas kesalahan melanggar privasi pengguna.

7. BNP Paribas - RM 37.2 bilion

bnp paribas 533

Bank terbesar Perancis ini didapati bersalah kerana memproses transaksi bernilai berbilion-bilion bagi pihak institusi Iran, Cuba, dan Sudan yang disenarai hitam.

Ia merupakan kesalahan di bawah International Emergency Economic Powers Act (IEEPA). Selain itu, perbuatan itu juga melanggar sekatan ekonomi yang dikenakan AS ke atas ketiga-tiga negara itu.  

6. Google - RM 39.8 bilion

google 417

Google telah disaman sebanyak RM 39.8 bilion dalam tiga kes berasingan oleh Suruhanjaya Eropah. Pada 2018, EU telah menyaman Google sebanyak RM 20.95 bilion kerana menghalang pesaingnya menggunakan perisian telefon Andriodnya.

Perisian Google telah memonopoli 80% dunia telefon pintar dan memaksa pengguna menggunakan enjin cariannya. Google telah menyalahi undang-undang persaingan dengan membayar wang kepada pengeluar telefon pintar untuk pre-install perisian mereka seperti Google Search dan Chrome.

Google juga didenda sebanyak RM 11.3 bilion kerana mempromosi Google Shopping di dalam enjin cariannya berbanding perkhidmatan membeli belah lain.

5. Deutsche Bank - RM 41.9 bilion

deutsche bank

Pada 2015, bank ternama di Jerman ini membayar denda sebanyak RM 10.47 bilion kerana penyertaannya dalam penipuan kadar faedah antara tahun 2003 dan 2007. Seramai 29 orang pekerja bank itu di cawangan London terlibat dalam jenayah itu.

Antara tahun 2005-2007, Deutsche Bank juga dituduh melakukan penipuan dalam urusan dengan para pelabur dan dipaksa membayar pampasan sebanyak RM 30.1 bilion pada 2017.

4. Bank of America - RM 71.2 bilion

bank of america

Ketika krisis kewangan pada 2007-2009, beberapa bank disiasat kerana melakukan urusan mencurigakan. Bank-bank ini memberi pinjaman mudah kepada orang ramai sehingga mereka tidak mampu membayarnya.

Berjuta-juta rakyat Amerika berhutang lebih daripada nilai rumah yang digadai mereka dan pihak bank akan merampas aset mereka apabila gagal membayar hutang.

Amalan kewangan ini menyebabkan kejatuhan ekonomi tetapi ia tidak menyalahi undang-undang dan sukar untuk menghukum dalangnya. Akhirnya, beberapa bank yang terlibat dikenakan denda yang besar. Namun, Bank of America menerima denda yang paling banyak.

3. Volkswagen - RM 145.3 bilion

volkswagen 288

Pada 2015, syarikat pengeluar kenderaan terkenal Jerman ini mengaku bersalah menghasilkan 11 juta kereta yang dilengkapi dengan perisian yang digunakan untuk menipu ujian tahap pencemaran.

Kerana dunia semakin prihatin terhadap perubahan iklim, skandal itu adalah berita buruk bagi industri automotif. Volkswagen dikenakan denda sivil dan jenayah sekitar RM 58 bilion dan mereka terpaksa membayar lebih banyak lagi untuk denda dan pampasan lain.

2. British Petroleum - RM 268 bilion

british petroleum

Pada 20 April 2010, satu letupan di pelantar minyak Deepwater Horizon di Teluk Mexico telah membunuh 11 pekerja dan berlaku kebocoran lebih daripada empat juta tong minyak.

Tumpahan minyak itu mencemari kawasan seluas 60,000 batu persegi selama 87 hari di Teluk Mexico sebelum ia berjaya dikawal.

Syarikat yang bertanggungjawab iaitu British Petroleum terpaksa membayar denda yang banyak kerana kecuaian sehingga menyebabkan pencemaran alam semula jadi ini. 

1. TEPCO - RM 1.885 trilion

tepco

Bencana Fukushima yang berlaku pada 2011 merupakan bencana nuklear paling buruk selepas Chernobyl. Bencana yang berpunca daripada gempa bumi dan tsunami itu menyebabkan sebahagian besar kawasan berhampiran terpaksa dikosongkan.

Reaktor nuklear Fukushima telah dibangunkan dan direka oleh Tokyo Electric Power Company (TEPCO) dan General Electric. TEPCO telah dipersalahkan kerana kecuaian dan tidak mengambil langkah keselamatan yang sepatutnya.

TEPCO diarahkan membayar denda serta pampasan kepada lebih daripada 12,000 orang yang terpaksa berpindah keluar disebabkan radiasi daripada bencana itu.




Hakcipta iluminasi.com (2017)