Ramai pemuzik muda mengimpikan untuk menjadi bintang rock atau rockstar demi kemahsyuran dan kekayaan walaupun jalan yang bakal ditempuhi amatlah sukar.

rockstar bintang rock paling kaya di dunia

Tidak dinafikan bahawa rockstar antarabangsa mempunyai jumlah kekayaan yang jauh berbeza berbanding di negara kita. Boleh dikatakan hampir semua rockstar antarabangsa kaya tetapi terdapat beberapa perkara yang membezakan segelintir menjadi paling kaya.

Mereka juga biasanya menceburkan diri dalam perniagaan lain, membuat pelaburan, melalui pembayaran royalti berterusan dan banyak lagi. Berikut adalah 10 rockstar paling kaya sehingga tahun 2020.

10. Ringo Starr - RM 1.373 Billion

ringo starr the beatles

Ringo Starr atau nama sebenarnya Sir Richard Starkey menjadi terkenal dan kaya apabila menyertai kumpulan The Beatles bagi menggantikan pemain dram asal iaitu Pete Best. Selepas bersama The Beatles, Ringo memulakan karier solo dan menghasilkan banyak lagu yang menjadi hits di Amerika dan UK.

Dia juga terlibat dalam banyak lakonan filem, rancangan TV dan dokumentari. Ringo Starr juga dianggap sebagai pemain dram terbaik ke-5 sepanjang masa. Pada usia yang sudah melebihi 80 tahun, dia masih lagi aktif berkarya.

9. Gene Simmons - RM 1.413 Billion

gene simmons kiss 917

Gene Klein atau lebih dikenali sebagai Gene Simmons adalah pemain bass dan penyanyi kumpulan ikonik KISS. Gene merupakan individu yang bertanggungjawab mengenengahkan barangan jualan KISS seperti patung, pemetik api, permainan pinball dan banyak lagi.

Selain memperolehi kekayaan melalui KISS, Gene juga mempunyai perniagaan lain termasuk syarikat rakaman, majalah, siri animasi, produksi filem, rancangan TV dan banyak lagi. 

8. Mick Jagger - RM 1.454 Billion

mick jagger the rolling stones

Sir Michael Jagger atau lebih dikenali Mick Jagger menjadi begitu terkenal sebagai penyanyi kugiran The Rolling Stones. Dia mendapat banyak anugerah dan penghormatan termasuk anugerah kesatria yang memberi gelaran Sir. Dia mula aktif berkarya sejak tahun 1960-an sehinggalah hari ini.

Jagger juga banyak menceburkan diri dalam bidang lakonan. Selain itu, dia telah mewujudkan syarikat Jagged Internetworks yang mempromosikan sukan dan hiburan di atas talian. 

7. Sting - RM 1.615 Billion

sting the police

Sting atau nama sebenarnya Gordon Sumner adalah penulis lagu, penyanyi dan pemain bass untuk kugiran The Police dari tahun 1977 sehingga 1985 sebelum memulakan karier solonya. Seperti artis terkenal lain, Sting juga memenangi pelbagai anugerah di atas kejayaannya.

Dia diminati ramai kerana sentiasa berkarya dalam pelbagai genre seperti rock, punk, ska, reggae dan jazz. Lagu-lagunya juga sering menjadi pilihan bagi lagu latar filem atau rancangan TV. 

Namun, Sting mungkin tidak akan berada lama dalam senarai rockstar paling kaya kerana dia merancang untuk menghabiskan semua wangnya. Dia tidak mahu kekayaannya bakal menjadi "beban" kepada anak-anaknya kelak.

6. Jimmy Buffet - RM 1.655 Billion

jimmy buffet

Jimmy Buffet, artis yang terkenal kerana muzik "rock pulau" ini mempunyai banyak lagu popular bersama kumpulan Coral Reefer Band. Dia bermula sebagai penyanyi genre country di Nashville sebelum menjadi popular di Florida.

Lagu paling popular ditulisnya ialah Margaritaville. Dia memperolehi lebih banyak wang daripada persembahannya berbanding jualan album. Buffet juga menulis beberapa buku fiksyen yang begitu laris di pasaran.

Dia juga mencipta lagu untuk TV dan filem. Selain itu, Buffet juga memiliki restoran, label bir sendiri, studio rakaman, kasino, permainan video dan projek hartanah.

5. Jon Bon Jovi - RM 1.696 Billion

jon bon jovi 26

Penyanyi dan pengasas kumpulan Bon Jovi mula bermain muzik seawal usia 13 tahun lagi. Dia telah menghasilkan 14 album bersama kugiran dan dua album solo dengan lebih 130 juta jualan di seluruh dunia. Dia memenangi pelbagai anugerah muzik dan terlibat dalam beberapa lakonan TV dan filem.

Apa yang lebih mengejutkan, Jon masih berada dalam senarai rockstar paling kaya walaupun dia banyak mendermakan wangnya kepada pelbagai badan kebajikan dan organisasi yang memerlukan.

4. Elton John - RM 1.817 Billion

elton john 445

Album Sir Elton John telah terjual lebih daripada 300 juta unit di seluruh dunia sehingga hari ini. Semua jualan album, tiket konsert, anugerah dan barangan cenderahati telah menjadi asas kepada kekayaannya. Dia juga mempunyai hartanah di Las Vegas yang mempunyai nilai tinggi.

Elton mungkin akan berada pada kedudukan yang lebih baik dalam senarai ini jika dia seorang yang tidak boros. Dia dikatakan telah membelanjakan wang sebanyak RM 161 juta hanya dalam tempoh setahun pada tahun 2000. 

3. Bruce Springsteen - RM 2.019 Billion

bruce springsteen 97

Bruce yang juga dikenali sebagai "The Boss" telah menjual lebih daripada 135 juta album di seluruh dunia selama lima dekad kerjayanya. Selain berada dalam senarai Rock and Roll Hall of Fame, Bruce juga telah memenangi 20 anugerah Grammy dan menerima Pingat Kebebasan Presiden.

Usahanya mengadakan jelajah persembahan bersama kumpulannya E Street Band tanpa henti berdekad-dekad lamanya menjadi sumber utama kepada kekayaan yang dimilikinya hari ini.

2. Bono - RM 2.827 Billion

bono u2

Sebagai penyanyi utama kumpulan legenda U2, tidak hairanlah mengapa Bono berada dalam senarai ini. Namun, kekayaannya juga berpunca daripada pelbagai usaha perniagaan antaranya memiliki beberapa buah hotel di Dublin, Ireland

Dia juga memperolehi kekayaan daripada pelaburan ke atas Facebook melalui dana ekuiti peribadinya, Elevation Partners. Selain itu, Bono juga dikenali sebagai aktivis sosial yang aktif dan terlibat dalam krisis AIDS di Afrika.

1. Paul McCartney - RM 4.8 Billion

paul mccartney 326

Tidak mengejutkan apabila penyanyi dari kumpulan pop dan rock and roll The Beatles ini adalah peneraju senarai rockstar terkaya dunia. Dia dan Ringo Starr merupakan ahli kumpulan The Beatles yang masih hidup dan mereka berdua tersenarai sebagai 10 rockstar terkaya dunia.

Selain The Beatles, Paul juga mempunyai karier solo yang panjang dan mengasilkan banyak album serta kolaborasi bersama artis lain. Dia juga menulis banyak lagu popular.  Salah satu royalti terbesarnya adalah melalui lagu Yesterday (lagu ini dihasilkan semula dalam pelbagai versi oleh 2,200 artis lain).

Rujukan:

1. Rockstar Paling Kaya Dunia

2. Jumlah Kekayaan Rockstar

3. Artis Rock Terkaya Dunia



Hakcipta iluminasi.com (2017)