Mungkin ramai yang masih tak tahu tentang pengaturcara atau programmer yang menukarkan kerja-kerja mereka kepada program automatik secara rahsia mengautomasikan.

Namun, ada kisah yang lebih dahsyat tentang seorang pengaturcara kontrak yang cuba dan telah berjaya memaksa majikannya secara rahsia untuk bergantung kepadanya.

Pada pertengahan tahun 2019, seorang pengaturcara telah mengaku bersalah dan berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun serta denda sehingga RM1 juta.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dan beberapa hari yang lalu, dia telah dijatuhkan hukuman penjara 6 bulan, 2 tahun pembebasan diselia dan denda sebanyak RM30,000. David Tinley yang berusia 62 tahun telah mengaku bersalah ke atas tuduhan kerosakan yang disengajakan kepada komputer yang dilindungi.

David telah diupah oleh Siemens, konglomerat berteknologi berpangkalan di Jerman, untuk menghasilkan hamparan automatik tersuai. Syarikat tersebut menggunakan hamparan (spreadsheet) ini untuk menguruskan pesanan peralatan elektrik.

syarikat siemens vs david tinley

Namun, pihak kerajaan mendakwa bahawa David telah memasangkan "bom logik" ke dalam hamparan ini. Bom logik adalah kod jahat yang mengganggu program apabila syarat-syarat tertentu dipenuhi, seperti masa tertentu pada tarikh tertentu.

Dalam kes ini, bom logik telah ditetapkan untuk "meletup" setiap beberapa tahun yang menyebabkan hamparan mengalami gangguan seperti mesej ralat dan perubahan saiz pada butang pada skrin.

Apabila program itu mengalami kerosakan, syarikat terbabit akan menghubungi David Tinley kembali untuk memperbaikinya.

Dia kemudiannya didakwa telah memulihkan sistem tersebut dengan menolak tarikh di mana hamparan akan berhenti berfungsi, ke belakang. 

Dengan kata mudah, David tidak memperbaiki sistem hamparan tersebut sebaliknya hanya membuatkan bom tersebut untuk meletup semula pada masa akan datang.

David ditangkap pada tahun 2016 ketika sedang bercuti dan Siemens terpaksa mengarahkan perintah mendesak melalui sistem itu yang sudah mula rosak.

Situasi ini memaksa David untuk memberitahu kata laluannya yang mana melindungi kod sistem tersebut, sekaligus mendedahkan bom logik yang dipasangnya.

memasang bom logik pada sistem komputer adalah satu jenayah

Peguam David Tinley berkata bahawa dia tidak pernah mendapat bayaran ketika diarahkan untuk membaiki hamparan tersebut, dengan alasan bahawa motifnya adalah untuk melindungi kerja miliknya.

Walau bagaimanapun, pihak pendakwa berhujah bahawa masalah tersebut telah menyebabkan kerosakan bernilai RM20,000 yang mana harus dilabelkan jenayah kerana Siemens membelanjakan lebih daripada RM170,000 untuk menyiasat kerosakan yang mungkin dicetuskan oleh David.

Pengakuan David termasuklah perjanjian untuk membayar balik dan menyerahkan dua komputer riba, yang mana merupakan tambahan kepada hukuman penjara dijatuhkan ke atasnya.

Bagi pengaturcara yang didapati bersalah yang memasang bom logik, hukuman penjara bukanlah sesuatu yang aneh.

Pada tahun 2008, seorang pentadbir sistem dijatuhi hukuman penjara 30 bulan ke atas bom logiknya yang gagal yang dipasang pada majikannya. Pentadbir sistem itu mengaku bersalah kerana memasang bom logik yang direka untuk memadam sekumpulan data selepas dia meninggalkan syarikat itu.

jenayah siber 683

Kesilapan dalam cara ia dikodkan membuatkan bom tersebut meletup pada waktu yang tidak tepat dan dia ditangkap ketika cuba untuk membaikinya. 

Pada tahun 2018 pula, hakim menjatuhkan hukuman 2 tahun penjara ke atas pengaturcara pangkalan data selepas dia mengaku bersalah kerana memasang bom logik di pangkalan data gaji Tentera Darat Amerika Syarikat.

Dia memasang bom itu selepas majikannya kehilangan kontrak untuk terus menguruskan pangkalan data tersebut.

Bom tersebut telah meletup dan memadamkan maklumat yang menghalang pasukan simpanan tentera AS daripada dibayar gaji dan berkhidmat tepat pada waktunya.

Tentera AS menghabiskan RM10.7 juta untuk menyiasat dan memperbaiki sistem tersebut. Walaupun mereka berjaya memulihkan semua data, namun lelaki itu diperintahkan untuk membayar kembali RM6 juta dan juga dipenjarakan.

Rujukan:

1. Business Insider

2. The Register

3. Dark Reading




Hakcipta iluminasi.com (2017)