Lupakan pen percuma yang anda terima ketika menghadiri kursus atau seminar. Hari ini kita ingin berbincang mengenai alat tulis yang paling mewah di atas muka Bumi.
Selama bertahun-tahun, pen-pen mewah telah menjadi perhatian dan sangat dicari-cari. Ia menjadi simbol status dan memberikan rasa nostalgik di mana satu ketika dahulu sebelum dunia berubah kepada digital.
BESARKAN TEKS A- A+
Bukan itu sahaja, pen mewah juga merupakan satu bentuk pelaburan jangka masa panjang yang menjanjikan pulangan lumayan kerana nilainya sentiasa bertambah.
Tanpa membuang masa anda iluminasi.com kongsikan 10 pen paling mewah dan mahal di dunia.
10. Montegrappa – Ancient Mexican Civilisations Rollerball
Memulakan senarai jam paling mahal di dunia adalah hasil karya pengeluar barangan mewah dari Itali iaitu Montegrappa. Montegrappa adalah pemilik jenama mewah Tibaldi.
Peradaban Mexico Purba merupakan inspirasi untuk pen emas 18K Montegrappa ini. Corak yang rumit ini terdiri daripada imej tuhan-tuhan Mexico dan seni bina Maya dan sangat cantik.
Hanya 20 batang pen eksklusif ini dikeluarkan yang merupakan sebahagian daripada sebab mengapa ianya begitu eksklusif dan sudah tentu mahal, berharga RM605,000 setiap satu.
9. Montblanc – Bohème Royal
Montblanc adalah antara salah satu syarikat pengeluar barangan mewah terkemuka di dunia.
Walaupun Bohème Collection of Montblanc adalah koleksi pen yang popular, namun pen 'Royal' ini dibuat dari 18K emas putih dan 1,351 berlian, menjadikannya lebih mewah daripada saudara 'standard'nya.
Setiap batang pen Boheme Royal berharga RM697,000.
8. Caran d’Ache – 1010 Fountain
Nama '1010' pada pen ke-8 termahal di dunia ini merujuk kepada waktu 10 minit selepas pukul 10, yang dianggap sebagai titik estetik optimum pada sesebuah jam.
Nama itu mencerminkan keseimbangan yang indah dan kerumitan yang terperinci, sepadan dengan jam tangan Swiss yang halus dan sempurna ini.
Dengan hanya sepuluh batang sahaja dihasilkan, diperbuat daripada emas 18K dan batu nilam, pen oleh Caran d'Ache ini sangat sesuai bagi peminat pen dan juga jam mewah.
Harganya? RM740,000.
7. Montblanc – Diamond Solitaire (Meisterstück Solitaire Royal LeGrand)
Berada di tangga ke-7 senarai pen paling mahal di dunia juga merupakan hasil karya Montblanc, dengan harga mencecah RM740,000.
Hampir keseluruhan bahagian pen ini disemat dengan butiran berlian indah yang berjumlah 4,654 butir.
Namun, itu bukanlah penghujung bagi pen mewah ini. Untuk menambahkan lagi rasa eksklusif pada pen ini, bahagian hujung pen ini diperbuat daripada emas.
6. Montblanc – Limited Edition Boheme Papillon
Mempunyai rekabentuk gabungan rama-rama dan tumbuh-tumbuhan, pen Boheme Papillon Edisi Terhad ini dihasilkan daripada emas dan bertatahkan.
Ia sangat sesuai dengan sarung pen ini yang diperbuat daripada nilam, menjadikan jumlah keseluruhan perhiasan yang digunakan sebanyak 1,402 butir berlian dan 37 butir batu safir.
Pen Boheme Papillon Edisi Terhad dari Montblanc ini berharga RM974,000.
5. Montblanc – Prince Rainier III Limited Edition 81
Pada tahun 2005, Putera Reinier III dari Monaco telah meninggal dunia pada usia 81 tahun. Dua tahun kemudian, 81 pen edisi terhad dikeluarkan untuk menghormati putera tersebut.
Pen ini mempunyai motif berlian emas putih, dengan 996 butir berlian dan 92 butir batu permata, mewakili lambang syarikat Grimaldi yang dijual dengan harga RM1.1 juta
4. Caran d’Ache – La Modernista Diamonds
La Modernista Diamonds yang dihasilkan oleh Caran d'Ache direka khas untuk menghormati arkitek moden Catalonia terkenal iaitu Antonio Gaudi. Antara hasil kerja utama Antonio Gaudi adalah gereja terbesar di dunia iaitu Sagrada Família yang masih belum siap sejak tahun 1882.
Pen ini mengandungi 5,072 butir berlian dan 100 butir batu permata yang memerlukan masa selama 6 bulan untuk disiapkan oleh tukang berlian terkenal, Robert Perron.
Harga sebatang pen La Modernista Diamonds ini adalah RM1.12 juta.
3. Montblanc – Mystery Masterpiece
Untuk merikan ulang tahun ke-100 mereka, Montblanc telah bekerjasama dengan pembuat barang kemas Van Cleef & Arpels, yang juga meraikan ulang tahun mereka.
Nama ini merujuk kepada kaedah popular Van Cleef & Arpels dalam memasang dan menetapkan permata, yang dikenali sebagai 'tetapan misteri', digabungkan dengan pen Montblanc yang terkenal iaitu 'Mesisterstük'.
Mesisterstük dalam bahasa Inggeris bermaksud 'Masterpiece'. Dan sudah tentu, kombinasi hebat dan menakjubkan ini menghasilkan sebatang karya asli dalam bentuk pen yang sangat bernilai.
Sebatang pen Mystery Masterpiece berharga RM3.09 juta.
2. Aurora – Aurora Diamante
Hanya seorang yang tersangat bertuah dan juga sudah tentu tersangat kaya sahaja yang boleh mendapatkan pen Aurora Diamante setiap tahun. Dan untuk memberikan penghormatan kepada pembelinya, pen ini akan diberikan sentuhan personalise dengan tandatangan atau potret pembeli.
Pen kedua termahal di dunia yang bernilai RM6.2 juta ini bertatahkan 30 butir berlian, termasuk sebutir berlian cabochon yang agak besar.
1. Tibaldi – Fulgor Nocturnus
Tibaldi hanya menghasilkan pen ini dalam jumlah yang tersangat terhad, iaitu hanya sebatang. Ia direka menggunakan 'Proporsi Ilahi Phi' seperti yang digunakan dalam beberapa karya besar dunia dari Piramid hinggalah kepada 'Penciptaan Adam' oleh Michelangelo.
Pada tahun 2010, pen Fulgor Nocturnus telah dijual dengan harga lebih daripada RM33 juta dalam satu lelongan amal. lebih daripada € 7 juta dalam lelongan amal.