Sejarah dunia banyak terbentuk melalui peperangan dan melalui sejarah juga kita dapat mengenali tokoh perang yang masyhur sehingga ke zaman moden ini. Ini sebahagian di antara panglima perang yang terkenal sepanjang zaman:
1. Shivaji Maharaj
Shivaji Maharaj merupakan seorang raja dan pahlawan yang paling terkenal di India. Namanya diambil sempena nama dewi Shivaji. Walaupun tubuhnya tidak begitu ideal untuk menjadi seorang pahlawan, baginda adalah pakar taktikal terhebat pada zamannya.
Baginda pernah mengalahkan Afzal Khan, seorang panglima perang yang lebih berpengalaman dan lebih gagah dari segi fizikal dengan kepakaran taktikalnya. Dengan memakai perisai di dalam bajunya, Shivaji Maharaj berjaya membunuh Afzal dengan kuku harimau yang dipakai di jarinya.
BESARKAN TEKS A- A+
Shivaji juga digelar “Bapa Angkatan Tentera Laut India” kerana berjaya membangunkan banyak kubu dan kapal perang sementara raja-raja lain sibuk dengan kemewahan. Baginda juga mendapat jolokan “Tikus Gunung” kerana kehebatan dalam serangan hendap terhadap musuh. Mempunyai minat terhadap struktur geografi, Shivaji banyak memenangi perang dengan menyerang hendap kubu persembunyian pihak musuh.
Namun, di sebalik kehebatannya dalam berperang, baginda adalah seorang raja yang adil dan terbuka. Sebahagian besar tenteranya beragama Islam walaupun baginda ialah penganut Hindu. Baginda juga menjadi inspirasi apabila memperjuangkan hak kaum wanita di India. Baginda akan menyeksa atau mengukum mati tenteranya sendiri yang didapati bersalah merogol atau mengasari mana-mana tahanan perang wanita.
Maka, tidak hairanlah mengapa baginda bukan sahaja digeruni malah dihormarti di India sebagai raja terhebat sepanjang zaman.
2. Khutulun
Anak perempuan kepada Kaidu ini merupakan anak saudara Kublai Khan yang terkenal. Semasa Khutulun berusia 20 tahun, bapanya Kaidu merupakan pemerintah yang paling berpengaruh di Timur Tengah. Membantu bapanya dalam memenangi banyak perang, Khutulun menjadi harapan Kaidu bagi mendapatkan pandangan mengenai perang dan politik walaupun mempunyai 14 orang anak lelaki yang lain.
Kehebatan Khutulun sebagai pahlawan juga pernah diceritakan oleh penjelajah yang terkenal iaitu Marco Polo di dalam buku catatannya. Khutulun diriwayatkan pernah memecahkan benteng pertahanan musuh dan menculik tawanan yang diinginkannya seperti seekor helang menyambar anak ayam. Kehebatan tentang penaklukan tentera berkudanya juga banyak diceritakan oleh negara-negara lain seperti Parsi, China, Rom dan lain-lain.
Khutulun juga berani menawarkan dirinya sebagai isteri kepada sesiapa yang berjaya mengalahkannya dalam gusti dengan taruhan beberapa ekor kuda sebagai hadiah jika mereka kalah. Dilaporkan beliau berjaya mengumpul hampir 10,000 ekor kuda hasil kemenangannya bergusti dalam mencari calon suami. Menurut riwayat Rashid ad-Din, Khutulun pernah jatuh cinta dengan Ghazan iaitu seorang pemerintah Mongol di Parsi.
3. Melankomas
Melankomas dilahirkan di Caria (kini Turki) dan merupakan pemenang Olimpik Greek purba yang ke-207 pada tahun 49 Masihi. Dia yang diceritakan tampan, gagah, berani dan mempunyai genetik atlet semula jadi itu memilih tinju sebagai sukannya.
Dia yang diberi jolokan peninju terhebat sepanjang zaman itu dilaporkan berlatih jauh lebih teruk berbanding atlet lain dan pernah melatih tangannya bertinju selama dua hari berturut-turut tanpa rehat.
Namun, perkara yang menjadikannya pahlawan yang terhebat adalah rekod kemenangannya. Dia tidak pernah kalah walaupun sekali, tidak pernah memukul pihak lawannya dan tidak pernah sekalipun dipukul. Dia boleh bertahan sepanjang hari tanpa disentuh atau memukul lawannya. Teknik dan rekodnya membuatkan dia dihormati dan dikagumi. Malangnya, Melakonmas mati ketika usianya masih muda.
4. Flamma
Seorang pahlawan gladiator Rom purba ini diberi jolokan “Flamma atau The Flame” kerana kehebatannya. Walaupun mati ketika berusia 30 tahun, dia telah menyertai perlawanan di Colosseum sebanyak 34 kali di mana dia menang sebanyak 21 kali, seri 9 kali dan kalah 4 kali. Itu sebenarnya satu pencapaian yang mengagumkan.
Sementara ramai gladiator lain bertarung nyawa untuk kebebasan mereka, The Flame telah dianugerahkan kebebasan oleh pemerintah Rom kerana kagum dengan kehebatannya namun ditolak kerana ingin mengabdikan hidupnya sebagai gladiator. Bukan sekali, bahkan empat kali tawaran kebebasan itu ditolak oleh The Flame.
Populariti Flamma naik mendadak dan pada penghujung kerjayanya sebagai gladiator, wajahnya telah diukir pada duit syiling yang digunakan kerajaan Rom pada masa itu. Dia yang berasal dari Syria akhirnya telah disemadikan di Sicily, Itali.
5. Vlad III
Dilahirkan pada tahun 1431 semasa pemerintahan kerajaan Wallachia, Transylvania (kini Romania), Vlad III juga lebih dikenali sebagai Vlad the Impaler, Vlad Dracula dan Raja Kegelapan. “Dracula” pada asalnya bermaksud “Anak Naga” tetapi apabila diubah ke dalam bahasa Romania moden, ia membawa maksud “Syaitan”.
Semasa pemerintahan Vlad Dracula, dia banyak memenangi peperangan dan yang paling terkenal ialah kemenangannya ke atas empayar Uthmaniyah. Pope Pius II juga turut kagum melihat kehandalan berlawannya.
Namun, lagenda yang membuatkan ramai musuh gerun dengannya ialah kerana kekejamannya yang gemar menyula para tawanan atau musuh yang dikalahkan sebelum tubuh mereka dipacakkan di atas tanah di hadapan kubunya. Mangsa biasanya dibiarkan hidup beberapa hari dalam kesakitan setelah disula. Pernah diceritakan pada suatu ketika, terdapat ribuan tawanan yang disulanya semata-mata ingin menakutkan pihak lawan. Jika Vlad Dracula mendapati ada anggota tenteranya menutup hidung akibat bau busuk mayat, mereka juga akan turut disula.
Kisah kekejamannya tersebar ke banyak jajahan lain. Dia mempunyai pelbagai cara untuk menyebarkan rasa takut itu. Dia dilaporkan pernah memotong hidung dan alat sulit tawanan seramai hampir 10,000 orang semasa pemerintahannya. Pernah sekali, gundiknya menipu bahawa dia mengandungkan anak Vlad. Apabila mengetahui perkara sebenarnya, Vlad Dracul membunuh dan menyiat kulit wanita itu.
Teruskan membaca di sini untuk bahagian kedua artikel ini yang menyenaraikan lima lagi pahlawan terhandal dalam sejarah.