"Secret Society" merupakan persatuan, komuniti, kumpulan dan organisasi rahsia yang telah wujud sejak zaman-berzaman. Terdapat terlalu banyak pertubuhan rahsia yang beroperasi dalam kerahsiaan dan diwujudkan atas motif tertentu.

Ada beberapa kumpulan yang telah dibongkarkan kegiatan mereka oleh orang awam namun masih terdapat kumpulan yang masih kekal misteri dan tidak banyak maklumat yang boleh diperolehi berkaitan mereka. Kami kongsikan sepuluh organisasi yang banyak dikaitkan dengan teori konspirasi dan pelbagai misteri:

BESARKAN TEKS     A-  A+

10. Cicada 3301 

Cicada 3301 adalah sebuah komuniti misteri yang memuat naik teka-teki rumit dan permainan realiti kepada orang ramai dan akan merekrut sesiapa yang dapat menyelesaikan permainan itu.

Teka-teki pertama yang diumumkan adalah pada 4 Januari 2012. Mereka kemudian memberikan teka-teki baru pada tarikh yang sama setiap tahun berikutnya kecuali pada 2015. Hantaran teka-teki dibuat menggunakan laman Twitter yang memberi penumpuan kepada keselamatan data, kriptografi dan steganografi.

cicada 3301 organisasi rahsia paling misteri

The Washington Post menggambarkan kesemua soalan teka-teki yang sangat misteri ini sebagai paling rumit dan membingungkan dalam sejarah Internet. Ramai orang membuat spekulasi bahawa soalan-soalan yang dimuat naik Cicada 3301 merupakan kaedah perekrutan baru anggota CIA, MI6, NSA dan kumpulan tentera siber elit yang lain. Sehingga kini masih belum ada syarikat atau individu yang mengaku sebagai pengasas kumpulan misteri ini.

9. Skull and Bones

Skull and Bones adalah sebuah komuniti rahsia di Universiti Yale, Amerika Syarikat yang dimiliki Russell Trust Association iaitu sebuah organisasi alumni. Kebiasaannya kumpulan ini sering digelar sebagai "Bones" manakala ahlinya pula digelar "Bonesmen".

skull and bones organisasi rahsia paling misteri secret society

Terdapat banyak teori konspirasi tentang kewujudan Skull and Bones. Salah satu teori mengatakan ia memainkan peranan dalam konspirasi global untuk mengawal dunia. Seorang ahli teori konspirasi, Alexandra Robbins mendakwa bahawa kumpulan ini adalah satu cabang daripada kumpulan Illuminati.

Skull and Bones mula bertapak sejak 1932 selepas berlaku perbalahan antara Linonia, Brothers in Unity dan Kumpulan Calliopean untuk merangkul anugerah Phi Beta Kappa pada tahun itu. 

8. Die Spinne 

Die Spinne sebuah organisasi rahsia yang ditubuhkan oleh Otto Skorzeny selepas peperangan untuk membantu penjenayah Nazi melarikan diri dari Jerman. Hari ini, kewujudannya masih menjadi perdebatan ramai pihak. Sesetengah sejarawan percaya yang ia merupakan cabang kumpulan ODESSA Nazi Jerman yang juga membantu puak itu memboloskan diri.

Ada banyak dakwaan yang mengatakan Die Spinne telah menolong seramai 600 ahli melarikan diri ke Sepanyol, Argentina, Chile dan beberapa negara lain.

die spinne organisasi rahsia paling misteri secret society

Menurut beberapa sumber, organisasi ini dibiayai sama ada oleh Perisikan Austria atau dana Nazi sendiri. Idea mewujudkan rangkaian ini bermula pada tahun 1944 ketika ketua perisikan Hitler iaitu Reinhard Gehlen telah meramal kejatuhan Reich Ketiga. Akhirnya Reich Ketiga tumpas akibat kegagalan tentera Nazi di Rusia.

Antara tahun 60-an dan 80-an, terdapat banyak laporan bahawa ramai pelarian Nazi dijumpai di beberapa negara seperti Paraguay dan Argentina.

7. Rosicrucians 

Rosicrucians adalah sebuah kumpulan rahsia Jerman oleh Christian Rosenkreuz yang mula wujud sekitar kurun ke-14 dan merupakan salah satu organisasi rahsia tertua dalam dunia. Kumpulan falsafah ini sering dikaitkan dengan kepercayaan dan kerohanian.

Rosicrucianisme adalah sebuah gerakan budaya yang mula dikenali sekitar abad ke-17 selepas dua Manifesto Rosicrucian diterbitkan. Menurut doktrin yang disebarkan, ia "dibina berasaskan kebenaran esoterik sejarah kuno yang disembunyikan daripada pengetahuan manusia biasa dan memberikan pandangan tentang alam semesta fizikal dan alam kerohanian."

rosicrucians organisasi rahsia paling misteri secret society

Manifesto-manifesto ini menyebabkan masyarakat di seluruh Eropah menjadi teruja kegembiraan sehingga situasi ini dinamakan "the Rosicrucian Enlightenment." Manifesto ini mendedahkan tentang kewujudan kumpulan persaudaraan ahli kimia dan golongan bijak pandai yang ingin mengubah landskap kesenian, sains, keagamaan, politik dan intelek Eropah.

6. Illuminati 

The Bavarian Illuminati mungkin adalah Illuminati paling terkenal yang merupakan organisasi rahsia semasa era Pencerahan. Kumpulan rahsia ini mula ditubuhkan sejak 1 Mei 1776.

bavarian illuminati organisasi rahsia paling misteri secret society

Organisasi inilah yang paling banyak dikaitkan dengan teori konspirasi, antaranya tentang Orde Baru Dunia. Ramai pengkritik konservatif dan agama yang mendakwa bahawa kumpulan ini bertanggungjawab terhadap Revolusi Perancis.

Jika anda melihat wang kertas satu dolar, anda boleh nampak simbol Illuminati yang menjadi hubung kait dengan teori konspirasi Orde Baru Dunia tersebut. Tradisi yang telah banyak memperngaruhi budaya Barat ini bagaimanapun masih kekal misteri sehingga ke hari ini.

5. The Strikers

"The Strikers" yang juga dikenali sebagai "Striker's Independent Society" adalah sebuah organisasi mistik tertua yang diasaskan pada tahun 1842 di Alabama, Amerika Syarikat. Walaupun tidak lagi mengadakan perarakan tahunan seperti ketika awal penubuhan, namun pada tahun 1996 mereka pernah suka-suka berarak buat kali pertama setelah 115 tahun. 

strikers independent society organisasi rahsia paling misteri secret society

Tidak ada sesiapapun yang tahu siapa mereka sebenarnya dan motif organisasi ini ditubuhkan. Dari awal penubuhan sehinggalah berlakunya Perang Saudara, keahlian hanya dibuka kepada golongan bujang. 

4. Hamatsa 

Organisasi rahsia yang juga dikenali sebagai "persatuan kanibal" ini ditubuhkan oleh penduduk asal di British Colombia yang dikenali sebagai Kwakwaka’wakw. Mereka menjalankan banyak ritual dan sambutan ketika bulan musim sejuk.

hamatsa organisasi rahsia paling misteri secret society

Di rantau yang sama terdapat tiga lagi organisasi iaitu Winalagalis (kumpulan perang), Matem (kumpulan magis) dan Bakwas (kumpulan hidup selepas mati). Walau bagaimanapun, Hamatsa dikhabarkan adalah organisasi yang paling berprestij antara kesemuanya.

Dikhabarkan Hamatsa mengamalkan upacara "kanibal", namun butiran terperinci sama ada mereka mengamalkan ritual "kanibal" ataupun benar-benar kanibalisme sentiasa menjadi perdebatan dan misteri.

3. ODESSA 

ODESSA merupakan singkatan kepada "Organisation Der Ehemaligen Ss-angehörigen" dalam bahasa Jerman yang bermakna "Organisasi Bekas Ahli Kumpulan Rahsia". Seperti Die Spinne, ia ditubuhkan pada penghujung Perang Dunia Kedua untuk menghulurkan bantuan kepada puak Nazi melarikan diri keluar dari Jerman.

odessa organisasi rahsia paling misteri secret society

Misteri terbesar tentang organisasi ini adalah kewujudannya sendiri. Sejarawan dan penulis, Guy Walters, pernah menulis dalam bukunya berjudul "Hunting Evil" bahasa dia tidak dapat menjumpai sebarang bukti kewujudan rangkaian ODESSA.

Hari ini, ODESSA popular kerana sering muncul dalam filem dan novel fiksyen.

2. Priory of Sion

Priory of Sion adalah organisasi rahsia yang ditubuhkan serta dibubarkan di Perancis pada tahun 1956 oleh Pierre Plantard sebagai sebahagian rancangan tipu muslihat.

Sekitar tahun 1960-an, Plantard yang panjang akal telah mencipta sejarah rekaan tentang organisasi tersebut dengan menggambarkannya sebagai kumpulan rahsia yang diasaskan oleh Godfrey dari Bouillon di Gunung Zion di Baitulmuqaddis pada tahun 1099.

priory of sion organisasi rahsia paling misteri secret society

Menurut kisah olok-olok Plantard, Priory berikrar untuk memasukkan keturunan dinasti Merovingian secara rahsia untuk menaiki takhta kerajaan di Perancis dan seluruh Eropah. Mitos ini walau bagaimanapun telah dipopularkan oleh buku "The Holy Blood" dan "The Holy Grail" sebelum didakwa sebagai satu fakta dalam pengantar novel "The Da Vinci Code" pada tahun 2003.

Kisah penipuan Pierre Plantard kekal sebagai salah sebuah mitos paling agung dalam abad ke-20 kerana kewujudan kumpulan rahsia rekaan ini telah dibongkarkan oleh ramai wartawan dan ilmuan yang membuat kajian.

1. Brethren of Purity 

Brethren of Purity mungkin merupakan organisasi rahsia yang paling penuh dengan misteri di seluruh dunia. Brethren of Purity adalah sebuah kumpulan yang mempunyai anggota dari golongan ahli falsafah Muslim di Basra, Iraq sekitar abad ke-8 atau ke-10.

Struktur organisasi dan identiti ahli tidak pernah dapat dikenal pasti. Banyak biasiswa Muslim dan Barat yang telah dilaburkan untuk mencari identiti ahli persaudaraan dan mengetahui dengan tepat pada abad keberapakah kumpulan ini paling aktif.

brethren of purity organisasi rahsia paling misteri secret society

Ajaran-ajaran falsafah esoterik diterapkan dalam "Encyclopedia of the Brethren of Pureness." Pengarang-pengarang buku ini juga tidak pernah dikenal pasti, hanya wujud pelbagai teori yang merujuk kepada orang yang mungkin telah menulis buku dan ajarannya.

Ahli kumpulan rahsia ini menggelarkan diri mereka sebagai "penghuni yang tidur di dalam gua." Dalam salah satu petikan kitab mereka, alasan kerahsiaan organisasi adalah bukan disebabkan takut dengan keganasan di bumi tetapi sebagai memenuhi keinginan untuk melindungi segala pemberian Tuhan dari dunia.




Hakcipta iluminasi.com (2017)