Oleh pada 03 Apr 2020 kategori

Pembahagian tanah, peperangan, perubahan kerajaan, kemerdekaan atau semata-mata untuk memudahkan sebutan bagi orang luar, membuatkan beberapa negara memutuskan untuk menukar nama mereka.

Sebagai contoh, nama Tanah Melayu satu ketika dahulu ditukarkan kepada Malaysia selepas mencapai kemerdekaan.

Sesetengah negara menukar nama mereka bertahun-tahun lama dahulu sehinggakan ada yang tak pernah tahu nama asal tersebut.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walaupun begitu, proses menukar nama negara bukanlah sesuatu yang mudah dan juga menelan kos yang tinggi tetapi masih ada negara yang berbuat demikian.

Proses menukar nama ini dikenali sebagai penamaan semula geografi, iaitu perubahan nama bagi ciri geografi atau kawasan. Ini boleh merangkumi perubahan dari nama jalan kepada nama sebuah negara.

negara yang tukar nama

Sesetengah nama boleh ditukar secara tempatan tetapi nama-nama baru ini tidak akan diiktiraf oleh negara luar, terutamanya jika terdapat perbezaan bahasa.

Banyak tempat mempunyai nama yang berlainan dalam bahasa yang berbeza, dan perubahan bahasa dalam penggunaan rasmi atau umum sering menyebabkan berlakunya perubahan nama sesebuah kawasan atau negara.

iluminasi.com kongsikan 10 negara yang menukar nama mereka dan kisah di sebaliknya.

1. Holland menjadi The Netherland

the netherlands

Sebagai satu cara untuk menyatukan semua wilayah yang merupakan sebahagian dari Belanda dan juga sebagai langkah pemasaran, 2 wilayah yang menggunakan "Holland" tidak lagi akan dipanggil "South Holland" (Belanda Selatan) dan "North Holland" (Belanda Utara).

Bermula dari Januari 2020, kedua-duanya menjadi Netherlands, seperti negeri-negeri yang lain. Ini melibatkan banyak pengubahsuaian lain termasuklah menyunting nama pasukan bola sepak mereka.

2. Ceylon menjadi Sri Lanka

ceylon sri lanka

Satu ketika dahulu Sri Lanka dikenali sebagai Ceylon. Ceylon purba menukar namanya ini yang pada asalnya diberikan oleh Portugis ketika mereka menemuinya pada tahun 1505.

Negara ini kemudiannya menjadi sebahagian daripada Empayah Inggeris dan mencapai kemerdekaan pada tahun 1948.

Walau bagaimanapun, selepas beberapapa tahun kemudian barulah kerajaan pulau ini memutuskan untuk melakukan perubahan kepada nama mereka.

Pada tahun 2011, semua rujukan kepada Ceylon, dari badan rasmi kepada syarikat yang masih membawa nama lama, telah dihapuskan.

3. Republik Makedonia menjadi Republik Makedonia Utara 

republik makedonia utara 980

Republik Makedonia mengubah namanya kepada nama baru iaitu Republik Makedonia Utara pada Februari 2019.

Alasan utama perubahan nama itu adalah untuk menjadi sebahagian dari NATO dan juga untuk membezakan mereka dari jiran mereka iaitu Greece, yang mempunyai wilayah bernama Makedonia.

Penduduk tempatan terus memanggil diri mereka sebagai "orang Makedonia" dan bahasa rasmi negara ini tetap kekal sebagai bahasa "Makedonia".

4. Republik Czech menjadi Czechia

czechia

Untuk memudahkan penamaan negara pada acara sukan, sebagai sebahagian daripada usaha pemasaran syarikat-syarikat dan di seluruh dunia, Republik Czech memendekkan namanya ke Czechia pada April 2016.

Langkah itu telah dibincangkan selama 20 tahun dan akhirnya mereka memutuskan untuk memendekkan nama supaya sebutan lebih mudah dalam setiap 6 bahasa rasmi negara ini iaitu Bahasa Inggeris, Perancis, Rusia, Cina, Sepanyol dan Arab.

Walaupun nama rasmi masih tetap kekal sebagai Republik Czech, Czechia menjadi nama rasmi pendek bagi negara ini.

5. Swaziland menjadi Eswatini

eswatini

Pada April 2018, Raja Swaziland telah mengeluarkan satu kenyataan mengisytiharkan bahawa nama negara itu akan ditukarkan kepada Eswatini.

Pengubahsuaian itu tidak mengejutkan rakyatnya kerana nama itu sememangnya sudah digunakan dalam kalangan mereka.

Eswatini hanyalah terjemahan Swaziland ke dalam bahasa setempat, yang bermaksud "tanah orang Swazi".

Selain itu, nama lama negara ini iaitu Swaziland dikatakan agak mengelirukan, kerana ramai yang tersalah anggap bahaga negara ini adalah Switzerland.

6. Alto Volta menjadi Burkina Faso

alto volta

Untuk meraikan ulang tahun ke-2 kemerdekaannya, Republik Alto Volta dinamakan semula kepada Burkina Faso.

Dalam bahasa setempat, Burkina Faso membawa maksud "tanah semua orang lelaki."

Perubahan itu dibuat pada tahun 1984, bersama-sama dengan perubahan bendera dan lagu kebangsaan.

Nama sebelumnya iaitu Republik Alto Volta merujuk kepada salah satu sungai utama di rantau ini.

7. Burma menjadi Myanmar

burma kepada myanmar

Pada tahun 1989, kerajaan tentera negara itu bertekad untuk menukar nama negara mereka dari Burma kepada Myanmar dalam usaha untuk mengekalkan cara ia ditulis dalam bahasa setempat: Myanma.

Walau bagaimanapun, pihak pemerintah yang ingin menukar nama tersebut, namun tidak semua orang bersetuju dengan keputusan ini.

Atas sebab ini, beberapa bahagian dunia masih mahu merujuk negara ini sebagai Burma dan bukannya Myanmar.  

8. Siam menjadi Thailand

siam menjadi thailand

Perubahan nama negara jiran iaitu Siam kepada Thailand bukanlah berlaku baru-baru ini seperti kebanyakan negara dalam senarai ini.

Perubahan nama ini dilakukan pada tahun 1939 oleh raja yang memerintah negara ini pada ketika itu.

Dalam bahasa setempat, nama itu disebutkan sebgaai "Prathet Thai", yang bermaksud "negara orang bebas" dan ia memberi penghormatan kepada peneroka pertama yang tiba di tanah ini dalam mencari kebebasan dari China.

9. Jerman Selatan Afrika Barat menjadi Namibia

german selatan afrika barat

Apabila negara ini mencapai kemerdekaan dari Jerman, ia dinamakan semula kepada Namibia.

Perubahan nama negara ini berlaku pada tahun 1990.

Tak lama kemudian, nama-nama bandar serta wilayah yang sebelum itu dalam bahasa Jerman juga ditukar.

Walau bagaimanapun, rakyat negara ini tidak begitu suka dengan cadangan ini sama sekali kerana mereka sudah biasa dengan nama lama. 

10. Cape Verde menjadi Republik Cabo Verde

cape verde

Antara salah satu negara yang baru sahaja menukar nama mereka adalah Cape Verde, yang berlaku pada tahun 2013.

Nama baru bagi Cape Verde adalah Republik Cabo Verde atau Cabo Verde sahaja.

Ini merupakan nama yang diberikan oleh para pelaut Portugis yang menemui pulau ini pada tahun 1444.

Rujukan:

1. Telegraph

2. History Today

3. Swaziland Tukar Nama Kepada Swatini




Hakcipta iluminasi.com (2017)