Berdasarkan hadis Nabi S.A.W dimana Nabi menjawab persoalan Abu Hurairah kepada siapa kita perlu berbakti? Sebanyak tiga kali Nabi menyuruh kita berbakti kepada ibu, dan selepas itu baru ayah membuktikan bahawa Islam sangat mengangkat martabat kaum wanita atau perempuan di dunia ini.

Bagi anda (wanita) yang kini menetap dan berkerakyatan Malaysia, anda patut merasa bangga dan bersyukur kerana isu penindasan atau jenayah terhadap kaum wanita tidak begitu tinggi di negara kita. Kali ini kami ingin kongsikan 10 buah negara yang banyak berlaku kes jenayah dan penindasan terhadap wanita.

Sekiranya anda seorang perempuan yang suka melancong dan mengembara ke serata dunia (travel), anda boleh jadikan artikel ini sebagai rujukan agar anda tidak tersalah pilih calon suami dari negara yang disebutkan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

10. Niger

Hanya 17% wanita di Niger berumur antara 15 hingga 24 tahun yang boleh membaca, menurut sebuah senarai yang disusun oleh One Campaign (sebuah organisasi bebas yang mempunyai misi untuk menghapuskan kemiskinan tegar dan penyakit berjangkit).

Selain itu, Save the Children telah mengeluarkan sebuah laporan pada tahun 2016 tentang negara terbaik dan terburuk untuk gadis-gadis berdasarkan 5 faktor. Antara faktornya termasuklah perkahwinan kanak-kanak. 

Menurut laporan berkenaan, 76% anak gadis di negara-negara berkenaan berkahwin pada usia sebelum 15 tahun, dan seorang daripada 5 gadis remaja melahirkan bayi dalam tempoh setahun secara purata. Niger menduduki tempat terakhir dalam senarai laporan tersebut. 

9. Sudan

wanita sudan keganasan rumah tangga 567

Menurut sebuah profil daripada UNICEF, 34% wanita berusia antara 15 hingga 49 tahun di Sudan dipercayai dipukul oleh pasangan atau suami masing-masing. Menurut sumber yang sama, 34% wanita negara tersebut dalam linkungan usia 20 hingga 24 tahun berkahwin atau dipaksa berkahwin ketika usia mereka mencecah 18 tahun. 

8. Mali

kanak kanak perempuan mali di sekolah

Menurut sebuah senarai yang disusun One Campaign, hanya sebanyak 38% gadis Mali yang berjaya menamatkan pendidikan sekolah rendah. Dari segi politik, jumlah wanita dalam parlimen hanya sebanyak 9% berbanding lelaki. Berbanding sebuah lagi negara di Afrika iaitu Rwanda, peranan wanita di dalam parlimen adalah lebih tinggi iaitu pada 64%.

7. Iraq

demonstrasi melawan keganasan rumah tangga di iraq 370

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh United Nations (UN) pada tahun 2010, seorang daripada 5 wanita Iraq mengalami masalah penderaan rumah tangga, dan kajian pada tahun 2012 oleh Kementerian Perancangan (Iraq) menunjukkan sekurang-kurangnya 36% wanita Iraq yang sudah berkahwin pasti pernah didera oleh suami mereka.

6. Democratic Republic of the Congo

9 daripada 10 orang di drc memerlukan bantuan kemanusiaan 589

Congo mempunyai potensi untuk menjadi sebagai salah sebuah negara terkaya di Afrika kerana kekayaan sumber semula jadi negara berkenaan. Walaubagaimanapun, ia kekal menjadi antara negara termundur di dunia, dengan sekurang-kurangnya 7.5 juta rakyatnya memerlukan bantuan kemanusiaan. 

Pada tahun 2010, seorang wakil UN merujuk kepada Congo sebagai 'ibu negara perogol di dunia'. Menurut sebuah kajian, sekurang-kurangnya 48 orang wanita dirogol setiap jam. 

5. Central African Republic (CAR)

wanita car melalui pemeriksaan keselamatan di daerah pk5 di bangui 691

CAR terbabit dengan keganasan sejak konflik bersenjata sejak tahun 2013, dan kes-kes keganasan terhadap wanita termasuklah kes rogol telah dilaporkan oleh UN. 

Pada tahun 2013, seorang pelapor khas tentang keganasan terhadap wanita iaitu Rashida Manjoo telah melaporkan bahawa terdapat banyak kes penderaan seksual dan rogol terhadap wanita di kawasan-kawasan yang dilalui oleh pejuang-pejuang Seleka. 

4. Pakistan

seorang wanita pakistan berdemonstrasi menentang honor killings 179

Keganasan terhadap wanita dan anak gadis menjadi kebimbangan yang serius di Pakistan. Antara kes-kes yang dilaporkan adalah perkahwinan kanak-kanak, rogol, pembunuhan terhormat (honor killings) bagi menjaga maruah, serangan asid dan keganasan rumah tangga. 

3. Yaman

seorang wanita berjalan di depan kedutaan saudi di sanaa yaman

Menurut United Nations Population Fund, kira-kira 2.6 juta orang wanita dan gadis di Yaman terdedah kepada keganasan berasaskan jantina, dengan 52,000 orang wanita berisiko terhadap keganasan seperti samun, rompakan, penindasan seksual dan juga rogol.

2. Afghanistan

gadis afghan yang terkenal

Menurut laporan oleh Human Right's Watch, hanya 37% wanita Afghan yang boleh membaca, dan satu pertiga gadis berkahwin sebelum usia 18 tahun (kadang kala dipaksa berhenti belajar untuk berkahwin). Kadar kematian ibu / wanita di negara tersebut juga sangat tinggi. Kebebasan awam bagi jantina itu juga agak terhad. 

1. Syria

wanita syria menentang keganasan dan konflik di negara mereka

Sehingga Mac 2011, Syria terbabit dengan apa yang dikatakan sebagai 'bencana kemanusiaan yang paling teruk pada masa kini'. Ramai wanita telah dilaporkan dirogol dan didera di penjara-penjara rahsia setiap hari. Kes malnutrisi dan keganasan terhadap jantina tersebut juga adalah perkara lazim di negara berkenaan. 

Secara keseluruhan, bukan wanita sahaja yang terpaksa mengharungi duka perit setiap hari di Syria, anak-anak kecil dan bayi turut menderita dan ramai yang terbunuh akibat daripada kerakusan manusia itu sendiri. 

Kesimpulan

kes ragut malaysia mangsa wanita

Boleh dikatakan kesemua negara dalam senarai ini terletak di benua Afrika dan kawasan Timur Tengah. Senarai ini banyak menyebut tentang kes-kes rogol, serangan seksual, pembunuhan dan sebagainya yang terjadi kepada rakyat wanita di negara berkenaan.

Banyak lagi negara lain yang menjadi mimpi ngeri bagi wanita di negara yang tak disebutkan. Kes-kes yang disebutkan di atas turut berlaku di Malaysia, hanya pada kadar yang lebih rendah. Diantara kes jenayah di negara ini yang mensasarkan golongan wanita adalah seperti kes ragut dan rogol. 

Jadi wanita Malaysia, jangan biarkan diri anda didera atau menjadi mangsa kes-kes jenayah. Lengkapkan diri anda dengan ilmu seni mempertahankan diri dan lawan mereka yang cuba mengambil kesempatan ke atas anda. Jangan diamkan diri sekiranya menjadi mangsa cabul atau mangsa jenayah lain.

Sumber:

  1. naharnet.com
  2. businessinsider.com



Hakcipta iluminasi.com (2017)