Sedar ataupun tidak, dunia peragaan mengambil masa yang lama untuk menerima model transgender dalam pertunjukan runway dan kempen pengiklanan. Penglibatan model transgender pernah menjadi taboo kerana dianggap sebagai contoh buruk dan tidak sesuai dengan peranan masyarakat. Namun, zaman itu sudah berlalu. Walaupun kehadiran model seperti ini masih belum diiktiraf sepenuhnya, mereka semakin diterima baik dalam dunia fesyen. Berikut merupakan sebahagian daripada model transgender yang yang paling laku serta mempunyai kecantikan luaran dan dalaman. Kisah mereka telah memberi inspirasi kepada jutaan orang di luar sana untuk mengikuti jejak langkah mereka dengan berani menjadi diri sendiri. Mari kita lihat senarai 10 model transgender paling jelita di dunia.

10. Isis King 

10 model transgender paling jelita di dunia 10 908

Sumber foto asal: antm411.com & hawtcelebs.com

Anda mungkin masih mengingati Isis King dari America’s Next Top Model (ANTM) musim ke-11 dan 17. King mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi transgender pertama bertanding dalam rancangan tersebut. Hasilnya, beliau kini merupakan salah seorang transgender paling dikenali di kaca televisyen. Selepas mengakhiri khidmatnya di ANTM, King meneruskan untuk berkongsi kisah hidupnya dalam rancangan "The Tyra Banks Show" dan "Larry King Live". King juga kemudiannya meneruskan kerjaya sebagai seorang model. Pada tahun 2012, beliau menjadi model transgender terbuka pertama bagi "American Apparel". Pada tahun 2014, beliau dipaparkan pada kulit majalah "C☆NDY" bersama dengan 13 wanita transgender yang lain.

9. Lea T

10 model transgender paling jelita di dunia 9 960

Sumber foto: alchetron.com

Lea T merupakan seorang model fesyen transgender yang memiliki raut wajah menawan. Beliau dilahirkan di Brazil dan dibesarkan di Itali. Bakatnya dicungkil oleh pereka "Givenchy", Riccardo Tisci. Pada tahun 2010, Lea meneruskan untuk menjadi wajah "Givenchy". Pada tahun berikutnya, beliau berjalan di pertunjukan runway pertamanya untuk pereka fesyen, Alexandre Herchcovitch. Kerjaya peragaannya terus berkembang dengan pantas. Lea dipaparkan dalam editorial untuk barisan majalah paling disegani seperti Vogue Paris, Interview Magazine dan juga Love Magazine dimana beliau menjadi penghias kulit muka depan untuk dua edisi. Pada tahun 2014, Lea menjadi wajah Redken iaitu sebuah jenama penjagaan rambut Amerika Syarikat. Ini menjadikan beliau model transgender terbuka pertama yang menjadi wajah jenama kosmetik antarabangsa.

8. Ines Rau 

10 model transgender paling jelita di dunia 8 336

Sumber foto asal: vogue.com & healthyblackwoman.com

Ines Rau ialah model terkemuka dunia yang tidak takut untuk berkongsi kisah hidupnya. Dalam sebuah temubual dengan Oyster Magazine, Rau berkata, "Cita-cita saya sewaktu kecil ialah untuk menjadi seorang puteri dan juga bintang rock. Bagi saya, menjadi model fesyen adalah kombinasi sempurna kedua-duanya". Rau turut memberitahu yang beliau sentiasa mencintai tubuhnya sejak masih bergelar seorang lelaki. Apabila berbicara soal pertukaran jantina yang dilaluinya, Rau berkata, "Ianya suatu perasaan yang hebat untuk memilih jantina mana yang anda mahukan dan terus melakukannya."

7. Aydian Dowling 

10 model transgender paling jelita di dunia 7 178

Sumber foto: Facebook / out.com

Aydian Dowling pertama kali hadir ke dunia fesyen apabila beliau membuat semula foto separuh bogel Adam Levine pada tahun 2011. Dowling memilih untuk melakukannya kerana persamaan yang terdapat pada tubuh beliau dan Levine selain bagi meningkatkan kesedaran tentang bahaya penyakit kanser testis. Foto tersebut disertakan dengan slogan, "Sesetengah bahagian tubuh saya pernah mengingatkan tentang kesemua yang bukan diri saya, sekarang ia mewakili keseluruhan diri saya." Dowling juga cuba menunjukkan bahawa tiada sebarang elemen penting tentang bagaimana trasngender sepatutnya kelihatan. Dowling berkata, "Kami pernah menerima komen mengatakan 'dia tidak nampak seperti seorang transgender'. Ini membawa kepada persoalan akan transgender sebenarnya kelihatan seperti apa?".

6. Arisce Wanzer 

10 model transgender paling jelita di dunia 6 653

Sumber foto: Dustin Sohn / huffingtonpost.com

Arisce Wanzer merupakan seorang model fesyen yang membesar di Northern Virginia. Dalam sebuah temubual dengan Hairpin, Wanzer memberitahu tentang keperitan hidup yang terpaksa dilaluinya sewaktu membesar. Wanzer berkata, "Saya fikir masyarakat sudah terbiasa dengan "hitam putih" dan budaya meniru apa yang dimiliki oleh orang lain. Tetapi, hakikatnya kita semua berbeza. Seseorang akan menjadi akauntan jika dia bagus dalam Matematik dan perkara yang saya rasakan terbaik buat diri saya ialah dengan menjadi seorang wanita." Hari ini, Wanzer ialah seorang model yang bekerja keras untuk menempa kejayaan. Beliau telah melakukan kempen bersama Selima Optique, dipaparkan dalam majalah Purple serta menjayakan komersial untuk Chrysalis Lingerie. Beliau juga telah berjalan di beberapa pertunjukan runway untuk nama-nama besar dalam industri rekaan.

5. Andreja Pejic

10 model transgender paling jelita di dunia 8 2uu60

Sumber foto: Justin Poland / The Society Management & sight-management.com

Andrea Pejic ialah salah seorang model transgender paling terkenal di dunia. Kerjayanya bermula apabila beliau ditemui pada umur 18 tahun di McDonalds. Pada asalnya, Pejic membuat peragaan untuk pakaian lelaki dan wanita. Pada tahun 2011, beliau berjalan untuk pentas Jean-Paul Gaultier sebagai seorang lelaki dan perempuan dan kemudiannya sebagai lelaki sahaja untuk Marc Jacobs. Pada tahun yang sama, Pejic dinamakan sebagai salah seorang daripada "50 Model Lelaki Teratas" dan "100 Wanita Paling Seksi" di dunia. Pada tahun 2014, Pejic menjalani pembedahan transformasi jantina. Pada tahun 2015, beliau menjadi model transgender pertama di bawah profil Vogue.

4. Geena Rocero

10 model transgender paling jelita di dunia 9 2uu81

Sumber foto: Twitter.com/geenarocero & alchetron.com

Geena Rocero merupakan seorang model transgender yang bakatnya dicungkil pada usia 21 tahun. Supermodel ini dilahirkan di Filipina yang kemudiannya berpindah ke Amerika Syarikat sejak berumur 15 tahun. Selepas ditemui, Roceo menandatangani dengan Pengurusan Model NEXT dan menghabiskan 12 tahun berikutnya memperagakan pakaian renang dan editorial kecantikan. Selain menjadikan model sebagai pekerjaan tetap, Rocero juga merupakan seorang penyokong hak masyarakat transgender. Beliau merupakan pengasas "Gender Proud" iaitu sebuah kempen sokongan dan kesedaran yang bertujuan untuk memajukan hak individu transgender.

3. Caroline “Tula” Cossey

10 model transgender paling jelita di dunia 10 2uu56

Sumber foto: Sunday Mirror

Caroline Cossey dikenali sebagai salah seorang wanita transgender yang paling masyhur di peringkat antarabangsa. Antara penghargaan yang diberikan kepada beliau termasuk muncul dalam filem James Bond dan menjadi wanita transgender pertama untuk beraksi dalam majalah Playboy. Pada tahun 1978, Cossey mendedahkan dirinya sebagai wanita transgender menerusi tabloid News of the World. Cossey mendakwa yang beliau terlalu kecewa dengan apa yang ditulis oleh tabloid mengenai dirinya bahawa dia berniat untuk membunuh diri. Bagaimanapun, Cossey tetap tabahkan diri dan menyambung kerjaya peragaannya. Beliau juga ada menulis sebuah autobiografi berjudul, "I Am a Woman". Disamping menjadi model, Cossey turut memperjuangkan hak untuk berkahwin dan diiktiraf sebagai seorang wanita yang sah di sisi undang-undang.

2. Carmen Carrera

10 model transgender paling jelita di dunia 2 2uu34

Sumber foto: newnownext.com

Carmen Carrera merupakan seorang bintang realiti televisyen, model, penghibur burlesk (parodi) dan pelakon yang cukup dikenali ramai kerana muncul dalam siri realiti televisyen, "RuPaul’s Drag Race" dan siri sampingannya, "RuPaul’s Drag U". Walaupun merupakan seorang lelaki semasa bertanding dalam "RuPaul’s Drag Race", Carrera melaporkan yang beliau seorang wanita transgender pada tahun 2012. Disamping menjadi model, beliau juga muncul dalam rancangan "Cake Boss, Primetime: What Would You Do?, Jane the Virgin". Beliau juga pernah dipaparkan pada kulit majalah Candy bersama model transgender yang lain dalam senarai ini.

1. Jenna Talackova

10 model transgender paling jelita di dunia 1 169

Sumber foto: twitter.com/JennaTalackova & pinterest.com/source/google.co.uk

Jenna Talackova ialah seorang model dan personaliti televisyen yang dikenali sejak mendapat tempat dalam pertandingan ratu cantik Miss Universe. Pada mulanya, beliau tidak layak kerana merupakan seorang transgender. Sebelum bertanding di Miss Universe, Talackova bertanding dalam pertandingan Miss International Queen pada tahun 2012 untuk wanita transgender dan transeksual. Semasa pertandingan Miss Universe, Talackova berjaya mara ke "Top 12". Selain itu, beliau juga pernah dianugerahi gelaran "Miss Congeniality". Atas segala usaha yang diberikan, Talackova dinamakan sebagai "marsyal besar bersama" di Vancouver Pride Parade pada tahun 2012. Rancangan realiti tentang kehidupan Talackova berjudul "Brave New Girls" membuat tayangan perdana menerusi E! Canada pada Januari 2014.

Rujukan:

1. therichest.com

2. worldstopmost.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)