Oleh pada 15 Mar 2018 kategori

Apakah yang menjadi kayu pengukur kepada kejayaan sesebuah kelab bola sepak itu? Jika ingin mengukur kehebatan sesebuah negara, Piala Dunia dijadikan ukuran. Tapi bagi kelab, ia agak sukar untuk diukur kerana setiap kelab bermain dalam liga negara masing-masing.

Namun, untuk memudahkan perbandingan, kita mengambil kira jumlah trofi yang dimenangi oleh sesebuah kelab sebagai pengukur kejayaan. iluminasi.com ingin berkongsi 10 kelab bola sepak paling berjaya di Eropah dari segi kutipan trofi.

10. Atletico Madrid 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berpangkalan di ibu negara Sepanyol iaitu Madrid, kelab Atletico Madrid merupakan sebuah kelab yang dibayangi Real Madrid untuk berdekad lamanya. Namun, kelab ini masih cukup hebat untuk menggondol banyak trofi untuk berada dalam senarai ini.

Dengan jumlah keseluruhan 28 trofi, antara trofi-trofi yang diperoleh Atletico Madrid tersebut adalah 10 trofi La Liga, 10 trofi Copa del Rey, 2 trofi Liga Europa dan 2 trofi Piala Super EUFA.

Atletico Madrid merupakan satu-satunya kelab yang berjaya layak ke final sebanyak 3 kali tanpa menjuarai Liga Juara-Juara Eropah.

9. Inter Milan

kelab bola sepak paling banyak memenangi trofi 2

Gergasi liga Itali, Inter Milan berada di tangga ke-9 dengan 39 trofi keseluruhannya. Kelab ini berkongsi stadium dengan musuh tradisi AC Milan iaitu di San Siro. Inter Milan merupakan kelab pertama di Itali yang berjaya memenangi 3 trofi dalam satu musim ketika berada di bawah kendalian Jose Mourinho.

Trofi-trofi yang dimenangi adalah 18 trofi Serie A, 7 trofi Coppa Italiana, 5 trofi Supercoppa Italiana, 3 trofi Liga Juara-Juara Eropah, 3 trofi Piala UEFA, 1 tofi FIFA Piala Kelab Dunia dan 2 trofi Piala Intercontinental.

8. Arsenal  

kelab bola sepak paling banyak memenangi trofi 4

Stadium Emirates yang menjadi pangkalan kepada kelab dari London ini merupakan antara stadium yang tercantik dan termewah di dunia. Untuk tempoh 22 tahun yang lalu, Arsenal dikendalikan oleh Arsene Wenger yang boleh dikatakan antara pengurus paling berjaya di kelab ini.

Sebanyak 45 trofi kejuaran dimenangi Arsenal termasuklah 13 trofi Liga Perdana Inggeris, 13 kali Piala FA, 15 kali Community Shields, 2 League Cup, 1 UEFA Cup Winners Cup dan 1 UEFA Cup.

Arsenal memegang rekod kejuaraan paling banyak bagi Piala FA.

7. AC Milan 

kelab bola sepak paling banyak memenangi trofi 3

Seteru tradisi Inter Milan berada di tangga ke-7 dengan 47 trofi. AC Milan merupakan kelab kedua paling berjaya dalam pertandingan Kelab Eropah yang dikenali sebagai Liga Juara-Juara dengan memenangi 7 kali.

Trofi lain yang digondol kelab ini adalah 18 kali Serie A, 5 kali Coppa Italia, 6 kali Italian Super Cups, 2 kali Cup Winners Cup, 5 kali UEFA Super Cup, 3 kali Piala Intercontinental dan 1 kali Piala Kelab Dunia.

6. Liverpool  

kelab bola sepak paling banyak memenangi trofi 1

Kelab yang dahulunya menghuni tangga pertengahan Liga Perdana Inggeris yang kini kembali mendapat rentak, Liverpool berada di tangga ke-6 dengan 59 trofi. Bagi yang baru mengikuti, Liverpool merupakan sebuah kelab yang agak berjaya walaupun ia tidak sepopular kelab lain.

Malah, ia merupakan kelab British yang paling berjaya di Eropah dengan menjuarai Liga Juara-Juara Eropah paling banyak iaitu 5 kali. Liverpool juga merupakan juara paling banyak bagi Liga Perdana Inggeris iaitu sebanyak 18 kali, sebelum diatasi oleh Manchester United. 

Trofi lain yang dimenangi Liverpool adalah 3 kali Piala UEFA, 3 kali Piala Super UEFA, 7 kali Piala FA, 8 kali Piala Liga dan 15 kali Perisai Komuniti FA.

5. Juventus 

kelab bola sepak paling banyak memenangi trofi 8

Juventus adalah kelab paling berjaya dalam sejarah bola sepak Itali mengalahkan adik-beradik Milan. Bermain di Stadium Juventus di Turin, kelab ini berjaya membolot 62 trofi termasuklah kelab paling banyak memenangi Seria A iaitu sebanyak 33 kali.

Trofi-trofi lain adalah 12 kali Piala Itali, 7 kali Piala Super Itali, 2 kali Piala Eropah, 3 kali Piala UEFA, 1 Cup Winners Cup, 2 kali Piala Super UEFA dan 2 kali Piala Intercontinenal. Itali juga merupakan juara bertahan Serie A buat 6 tahun berturut-turut sehingga kini.

4. Manchester United 

kelab bola sepak paling banyak memenangi trofi 5

Secara domestik, Manchester United merupakan kelab British paling berjaya dengan menjuarai Liga Perdana Inggeris paling banyak iaitu 20 kali, mengalahkan Liverpool dengan 18 kali. 

Namun, Manchester United berada di belakang Liverpool di Eropah dengan perbezaan 2 kali dalam menjuarai Liga Juara-Juara Eropah.

Kelab Red Devils ini menjuarai 12 kali PIala FA, 4 kali Piala Liga, 21 kali Perisai Komuniti FA, 1 kali Piala Winners Cup, 1 kali Piala Super UEFA, 1 kali Piala Intercontinental, 1 Piala Kelab Dunia dan 1 kali Liga Eropah UEFA menjadikan jumlah 68 trofi.

Manchester United juga merupakan satu-satunya kelab di United Kingdom yang berjaya menjuarai 3 piala dalam satu musim iaitu pada tahun 1999.

3. Bayern Munich

kelab bola sepak paling banyak memenangi trofi 9

Berkongsi kedudukan dengan Manchester United dengan 68 trofi adalah raja bola sepak Jerman iaitu Bayern Munich. Tiada kelab yang mampu menandingi kehebatan Bayern Munich dalam memenangi Bundesliga dengan kejuaraan sebanyak 27 kali, meninggalkan pencabar terdekat iaitu FC Nürnberg dengan 9 kali juara.

Kelab yang diasaskan 118 tahun lalu ini juga menjuarai 18 kali Piala Jerman, 6 kali Piala Liga Jerman, 5 kali Piala Super Jerman, 5 kali Liga Juara-Juara Eropah, 1 kali Piala Winners Cup, 1 kali Piala UEFA, 1 kali Piala Super UEFA, 2 kali Piala Intercontinental, dan 1 kali Piala Kelab dunia.

2. Real Madrid

kelab bola sepak paling banyak memenangi trofi 7

Dengan menjuarai liga paling berprestij dan didambakan di atas muka bumi iaitu Liga Juara-Juara Eropah sebanyak 12 kali, Real Madrid merupakan kelab paling berjaya dalam pertandingan di Eropah. Kali terakhir Real Madrid menjulang piala ini adalah pada tahun 2016 selepas mengalahkan Juventus dengan jaringan 4-1.

Kelab dengan nama jolokan Los Blancos ini juga memegang rekod juara paling banyak La Liga iaitu sebanyak 33 kali.

Kejuaraan lain dimenangi Real Madrid adalah 19 kali Piala Copa del Rey, 10 kali Piala Super Sepanyol, 2 kali Piala UEFA, 4 kali Piala Super UEFA, 3 kali Piala Intercontinental dan 3 kali Piala FIFA Kelab Dunia menjadikan jumlah trofi adalah 88 trofi.

1. Barcelona

kelab bola sepak paling banyak memenangi trofi 6

Dengan hanya 2 trofi mengatasi musuh tradisi Real Madrid, kelab gergasi Sepanyol ini digelar sebagai kelab paling berjaya setakat ini dari segi jumlah trofi iaitu dengan 90 trofi

Berpangkalan di Nou Camp, Barcelona memegang banyak rekod kejuaraan sehingga kini. Antaranya adalah Piala Copa del Rey iaitu sebanyak 29 kali, Piaala Super Sepanyol sebanyak 12 kali, PIala Copa Eva Duarte sebanyak 3 kali, Piala Liga Sepanyol sebanyak 2 kali dan Piala Kelab Dunia FIFA berkongsi dengan Real Madrid sebanyak 3 kali.

Kejuaraan lain yang dimenangi Barcelona adalah 24 kali La Liga, 5 kali Liga Juara-Juara Eropah, 4 kali Piala Winners Cup, 3 kali Piala Old Fairs dan 5 kali Piala Super UEFA.




Hakcipta iluminasi.com (2017)