Oleh pada 21 Nov 2017 kategori

idea perniagaan yang memberi pulangan besar

Perniagaan merupakan kebanyakkan daripada rezeki kita. Di Malaysia, bidang perniagaan tidak asing lagi dalam kehidupan kita, dari perniagaan secara kecil-kecilan hinggalah perniagaan secara besar-besaran. Salah satu fakta yang ramai orang tahu tentang perniagaan besar adalah, kebanyakan perniagaan besar yang ada sekarang bermula dari satu perniagaan kecil. Namun begitu, ramai yang terlupa akan realiti bahawa hasil dari idea perniagaan kecil, boleh jadi perniagaan besar.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Perniagaan Kek

perniagaan kek

Dahulu jarang kita lihat orang menjual kek di pasar malam. Malah tidak terfikirpun orang hendak membeli kek dan makan hari-hari seperti sekarang. Sekarang kek ada dijual melaui internet, di pasar malam dan juga di kedai-kedai. Ada yang membuat kek dan pasarkannya kepada pelanggan secara sendirian.

Ada juga yang ambil kek orang buat dan pasarkan dengan jenama sendiri. Yang pentingnya ilmu perniagaan, dan bukannya ilmu buat kek. Jika ditambah dengan minat dalam bab kek ini, perniagaan ini ada potensi tinggi untuk pergi jauh.

2. Perniagaan khidmat penghantaran

servis penghantaraan

Ini merupakan perniagaan yang cukup berpotensi tinggi. Perniagaan online tumbuh seperti cendawan sekarang. Mereka tentu mahukan khidmat penghantaran. Syarikat penghantaran besar juga perlukan syarikat kecil dan perseorangan untuk aktiviti mereka. Anda boleh mulakan dengan ambil sub dari syarikat besar tersebut secara persendirian.

3. Perniagaan menjual kerepek

perniagaan kecil kerepek

Jika anda pandai menjual dan pandai membina penjenamaan, bisnes kerepek ini boleh dimulakan secara kecil-kecilan dan ada potensi untuk tambah pendapatan dan pendedahan awal dalam dunia keusahawanan.

4. Perniagaan perkhidmatan bas sekolah

perkhidmatan bas dan van sekolah pendapatan lumayan

Ini perniagaan yang sangat mudah dan semua orang yang ada anak tahu kepentingannya. Jika anda ada anak yang gunakan perkhidmatan bas sekolah tentu anda tahu di mana kelemahan yang boleh diperbaiki. Kelemahan itu adalah peluang dan sudah tentu orang lain juga mengharapkan ada pengusaha bas sekolah yang mampu selesaikan masalah tersebut. 

5. Perniagaan pusat tuisyen

tuisyen bangi seksyen7 seksyen3 bookstore 461

Ramai guru di kalangan kita yang pada awalnya hanya membuka tuisyen secara kecil kecilan namun akhirnya berhenti menjadi guru dan membuka pusat tuisyen sepenuh masa. Pendapatan perniagaan tuisyen ini jauh lebih tinggi berbanding menjadi guru biasa. Bukan guru sahaja boleh mencuba bidang ini, asalkan anda mempunyai kelulusan anda juga berpeluang menceburi bidang ini.

6. Perniagaan kuih-muih

perniagaan kecil kuih

Satu lagi idea perniagaan yang boleh dimulakan secara kecil-kecilan. Anda boleh mulakan dengan mengambil kuih-kuih peniaga lain dan menjualnya ataupun anda sendiri boleh membuat kuih tersebut dan pasarkan ke tempat-tempat di sekitar anda.

7. Perniagaan tudung

perniagaan tudung

Siapa sangka perniagaan tudung wanita muslimah boleh cecah jutaan ringgit sebulan tetapi perniagaan tudung Fareeda telah membuktikannya. Mereka ada strategi tersendiri untuk modelkan semula perniagaan tudung dengan suntikan idea dunia fesyen ke dalamnya. Perniagaan tudung ini amat menarik dan boleh dimulakan dengan segera secara kecil-kecilan dan boleh dijual secara online. 

8. Perniagaan khidmat potong rumput

servis potong rumput

Anda boleh mulakan dengan hanya membeli mesin potong rumput. Tawarkan perkhidmatan ini pada jiran-jiran anda. Lama-kelamaan anda boleh mengambil pekerja apabila pelanggan bertambah.

9. Perniagaan khidmat cuci rumah dan pejabat

servis cuci rumah dan pejabat

Terdapat lambakan pendatang asing dari Indonesia yang cekap dalam kerja-kerja kemas rumah dan memasak. Gunakan pembantu rumah yang anda ada untuk kembangkan tawaran kerja pada semua jiran anda. Apabila pelanggan bertambah, tambah pembantu rumah anda.

10. Perniagaan dropship

perniagaan berasaskan dropship memberi untung yang lumayan

Perniagaan dropship merupakan antara perniagaan yang paling mudah kerana iainya tidak memerlukan modal. Anda hanya perlu memilih produk yang anda rasa berkesan dan anda boleh cuba untuk mempromosikan produk tersebut di laman sosial anda.




Hakcipta iluminasi.com (2017)