zaman dinosaur

Satu ketika dahulu apabila spesis dinosaur mengalami kepupusan, terdapat beberapa haiwan prasejarah yang terselemat. Kini, haiwan-haiwan tersebut telah berjaya melepasi perubahan beberapa zaman dan hidup bersama-sama kita pada hari ini.

haiwan pra sejarah yang masih hidup

Dan perubahan zaman dan waktu juga telah membuatkan haiwan-haiwan ini mengalami evolusi dari pelbagai segi termasuklah bentuk badan. iluminasi.com kongsikan 10 haiwan prasejarah yang masih wujud sehingga kini.

10. Kura-kura Alligator Snapping

kura kura alligator snapping

Kura-kura Aligator Snapping adalah spesis kura-kura dari keluarga Chelydridae. Kura-kura ini hidup di perairan air tawar di Amerika Syarikat.

Daripada namanya yang agak seram, ia merupakan isyarat supaya anda tidak mendekati haiwan ini kerana ia dikenali sebagai haiwan yang mempunyai gigitan yang sangat kuat seperti buaya.

Keluarga kura-kura Chelydridae adalah spesis yang hidup di zaman pra-sejarah. Menurut anggaran, fosil hidup ini telah wujud dari 72 hingga 66 juta tahun yang lalu, di penghujung zaman Cretaceous.

Berat kura-kura ini boleh mencecah 180 kilogram menjadikan spesis ini sebagai kura-kura air tawar paling berat di dunia.

9. Ikan Coelacanth

ikan coelacanth

Berdasarkan rupanya sahaja anda sudah boleh mengagak bahawa haiwan ini telah lama hidup di dunia.

Ikan Coelacanth adalah spesis yang boleh ditemui di pesisir pantai Lautan Hindi dan Indonesia. Ia merupakan salah satu spesis ikan purba yang pernah dilaporkan pupus pada akhir zaman Creaceous iaitu sekitar 66 juta tahun yang lalu.

Namun, kita masih beruntung kerana sempat melihat kewujudan ikan ini apabila ia tiba-tiba muncul kembali pada tahun 1938 dan masih boleh ditemui di Lautan Hindi.

Dan dengan kemuncukan kembali ikan Coelacanth, ia menjadikan spesis ini sebagai salah satu haiwan purba berjaya melepasi peringkat pemilihan semulajadi. Ikan ini masih dikaitkan dengan Lungfish, reptilia dan mamalia.

Coelacanths dipercayai telah berkembang untuk bertahan sekitar 400 juta tahun yang lalu.

8. Alligator Gar

alligator gar

Ikan Alligator Gar mempunyai gigi yang tersangat tajam digunakan untuk mengoyak mangsanya. Ikan ini dipersetujui oleh pakar bahawa telah wujud pada zaman prasejarah dan masih wujud sehingga kini.

Ikan yang mampu mencapai saiz yang sangat besar ini biasanya dijumpai di banyak bahagian di Amerika Utara.

Sebab mengapa ia boleh dipanggil sebagai ikan primitif atau fosil hidup adalah ia memiliki ciri-ciri morfologi daripada nenek moyangnya yang hidup sekitar 100 juta tahun yang lalu.

Alligator Gar sangat unik kerana mempunyai kemapuan untuk bernafas menggunakan udara dan air.

7. Jerung Frilled

jerung frilled

Berdasarkan imej di atas, makhluk ini kelihatan seperti haiwan yang muncul dalam mimpi ngeri seseorang. Jerung Frilled atau Jerung Tufted merupakan nama haiwan mengerikan ini.

Ia sangat jarang dilihat oleh manusia kerana ikan ini tinggal di kedalaman 50 hingga 200 meter di bawah permukaan air di Lautan Atlantik dan Pasifik.

Ikan ini mempunyai sejarah yang sangat lama iaitu berpuluh-puluh juta tahun yang lalu. Melihat kepada garis masa hidup ikan ini, dianggarkan jerung Frilled telah wujud sejak penghujung zaman Cretaceous.

Dan zaman tersebut adalah 95 juta tahun yang lalu. Juga terdapat kemungkinan bahawa spesis ini telah wujud sejak 150 juta tahun yang lalu atau di penghujung zaman Jurasik.

6. Pari Gergasi

pari gergasi

Ikan pari sudah lama mendiami Bumi kita. Ikan ini memiliki duri beracun yang siap sedia menikam sesiapa sahaja yang mengganggunya.

Pakar haiwan daripada Australia yang terkenal, Steve Irwin, menjadi mangsa kepada duri beracun daripada ikan pari.

Ikan pari boleh ditemui di perairan air tawar dengan saiz yang mampu mencecah 1.9 meter dan berat 600 kilogram.

Berdasarkan bentuknya yang nipis dan bujur, ikan pari dianggarkan telah berubah mengikut keadaan sekeliling sejak 100 tahun yang lalu.

Ikan yang telah lama wujud ini kini mengalami tempoh yang kritikal kerana populasinya terus merudum disebabkan oleh pemburuan untuk daging, dijadikan sebagai objek dalam akuariam dan oleh habitat yang semakin buruk.

5. Lamprey

ikan lamprey

Lamprey adakah haiwan prasejarah yang tergolong dalam kumpulan parasit. Ikan lamprey hidup dengan melekat pada ikan lain, menghisap darah daripada perumah sehingga mati.

Lamprey biasanya ditemui di perairan pantai dan air tawar di hampir semua tempat di dunia. Ia boleh membesar dari 13 hingga 100 sentimeter.

Ikan ini tidak mempunyai rahan namun memiliki gigi kecil yang sangat tajam dengan fungsi menghisap darah. Terdapat kira-kira 30 spesis ikan ini yang telah dikenalpasti.

Fosil lamprey tertua ditemui di Afrika Selatan dengan anggaran usia 360 juta tahun dan bentuknya adalah serupa dengan ikan lamprey pada hari ini.

4. Obor-obor

obor obor

Anda pasti dapat melihat haiwan yang menjengkelkan ini di hampir setiap pantai atau laut. Terdapat obor-obor yang beracun dan tidak.

Untuk lebih selamat, lebih baik jauhkan diri daripada salah satu haiwan prasejarah yang masih wujud sehingga hari ini. Obor-obor telah lama tinggal di Bumi, sekurang-kurangnya sejak 700 juta tahun yang lalu.

Ini sekaligus menjadikannya sebagai haiwan pelbagai organ yang tertua di dunia. Populasi obor-obor berkembang dengan begitu pantas hasil daripada pemburuan oleh manusia terhadap ikan-ikan yang menjadi pemangsa kepada haiwan ini.

Walaupun begitu, terdapat beberapa jenis obor-obor yang sedang berada di ambang kepupusan.

3. Paus Pygmy Right

paus pygmy right

Tak semua ikan paus memiliki saiz yang sangat besar. Terdapat satu spesis ikan paus yang tergolong dalam ikan paus paling kecil di dunia, iaitu Paus Pygmy.

Selain daripada bertubuh kecil, ikan paus Pygmy juga adalah spesis paus yang sangat jarang ditemui dan sangat sukar untuk mengetahui ciri-ciri ikan paus ini.

Disebabkan sangat jarang ditemui, paus Pygmy pernah diisytiharkan sebagai pupus. Namun pada tahun 2012, ikan ini muncul kembali.

Paus Pygmy Right adalah paus terkecil dari keluarga Paus Baleen. Walaupun ia jarang ditemui, terdapat satu fakta yang berjaya diperoleh oleh para saintis.

Paus Pygmy Right adalah keturunan Cetotheriidae, keluarga Paus Baleen yang hidup di hujung zaman Oligovene, kira-kira 28 hingga 1 juta tahun yang lalu.

2. Buaya

buaya 736

Daripada kesemua haiwan dalam senarai ini, buaya mempunyai ciri-ciri fizikal yang sangat hampir atau menyerupai dinosaur yang hidup pada zaman purba.

Ketika kepupusan berlaku di zaman dinosaur, buaya masih boleh terselamat dan mengalami evolusi membuatkan haiwan ini kelihatan seperti yang kita lihat pada hari ini.

Bukan buaya sahaja, tetapi haiwan-haiwan lain yang termasuk dalam keluarga ini termasuk alligator, caiman dan gharial juga mengalami perkara yang sama.

Menurut para saintis, kesemua haiwan ini dianggarkan telah hidup sejak 250 juta tahun yang lalu, yang merupakan awal Zaman Triassic. Walaupun berjaya bertahan hidup dan mengalami evolusi, namun buaya pada hari ini masih mempunyai persamaan dengan nenek moyang mereka.

1. Katak Bercorak Hula

katak bercorak hula

Penulis sendiri tak pasti berapa jenis katak yang wujud di dunia ini dan anda mungkin pertama kali mendengar nama kata ini, iaitu Katak Bercorak Hula.

Katak ini mempunyai satu perkara yang serupa dengan paus Pygmy Right, iaitu kedua-duanya pernah diisytiharkan pupus. Ia merupakan satu-satunya spesis dari keluarga Latonia yang masih hidup hingga kini.

Pada tahun 2011, katak ini muncul semula dan kenyataan tentang kepupusannya telah ditarik balik. Menurut anggaran, katak ini telah hidup di Bumi selama 15,000 tahun.

Namun kajian selanjutnya mendapatai bahawa spesis ini mempunyai nenek moyang yang dianggarkan telah wujud sejak 32 juta tahun yang lalu.


tags : , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)