Kredit foto: Instagram.com/k1ngcoco_1
Masih ingat lagi dengan King Coco atau nama sebenarnya Mashaira Ismail? Namanya pernah menjadi tular menerusi media sosial. Banyak parodi yang dilakukan oleh para netizen dan artis tempatan sendiri antaranya seperti Nabila Huda.
King Coco (20 tahun) merupakan gadis yang mendakwa dirinya merupakan campuran mat saleh yang berdarah kacukan, namun bertutur dalam bahasa Melayu dengan pelat dan slang yang tersendiri. Akan tetapi, dia dikritik para netizen disebabkan ia kelihatan pelik dan palsu.
Pada 1 Januari 2017, King Coco telah berkahwin dengan seorang jejaka bernama Azrin Anaz Abdul Shukor atau nama gelarannya, Captain Azrin sebagai isteri kedua, meskipun baru berumur 20 tahun. Bahkan, isteri pertama suaminya ketika itu sedang sarat mengandung.
Majlis perkahwinan tersebut telah diadakan di Hampshire Place, Ampang dan dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan dengan mas kahwin berjumlah RM800.
Mereka juga telah selamat dikurniakan seorang anak lelaki bernama Putra Kyle Mateen pada 8 November 2017.
Jom lihat beberapa keping foto terbarunya di tahun 2018.
Sumber berita: azhan.co
Kredit foto: Instagram.com/k1ngcoco_1