Pablo Emilio Escobar Gaviria adalah Raja Dadah yang paling terkenal di dunia dan juga pengasas kepada Kartel Madellin di Madellin, Colombia. Ketika zaman kemuncaknya, kekayaan Escobar dikatakan bernilai USD 30 billion (bersamaan USD 58 billion atau RM 242,000,000,000 pada 2018).

pablo escobar gol d roger sorok simpan harta karun

Ketika itu, jumlah transaksi perniagaan Kartel Madellin dikatakan mencecah sehingga USD 420 juta (RM 1.758 billion) seminggu. Tidak hairanlah mengapa Pablo Escobar disenaraikan oleh majalah Forbes sebagai "Orang Terkaya Dunia" selama tujuh tahun berturut-turut.

Walaupun dia melantik abangnya, Roberto Escobar, untuk menguruskan kewangan Kartel Madellin, kekayaan Raja Dadah itu sukar dijejaki selepas kematiannya. Persoalannya, ke manakah perginya semua duit itu?

pablo escobar mengikat duit

Pablo Escobar mempunyai enam orang adik-beradik iaitu Roberto, Luz Maria, Argemiro, Alba Marina, Luis Fernando dan Gloria Ines. Namun, hanya dua sahaja yang mempunyai akses terhadap kekayaan Pablo semasa dia hidup dan selepas dia meninggal dunia iaitu Roberto dan Alba Marina.

Apa berlaku semasa pemerintahan Pablo Escobar sebagai "El Patron"?

pable escobar memberi ucapan

Roberto Escobar pernah menulis sebuah buku berjudul "The Accountant's Story : Inside the Violent World of the Madellin Cartel". Buku itu mendedahkan di mana Pablo menyimpan semua duitnya semasa berkuasa.

Dalam buku itu, Roberto menjelaskan bahawa banyak wang Pablo Escobar telah dibelanjakan kepada pegawai-pegawai kerajaan dan pihak berkuasa. Ia sama ada untuk memberi rasuah atau membiayai kempen yang memberi kepentingan kepadanya.

The New York Times melaporkan bahawa antara kempen kontroversi yang dibiayai Raja Dadah itu adalah kempen Presiden Colombia, Ernesto Samper. Pablo dikatakan telah menyalurkan jutaan dolar kepada presiden sebagai ganti meringankan hukuman kesalahan penyeludup dadah.

pablo escobar kaya raya

Pablo juga menggunakan berjuta-juta dolar untuk membentuk imej sebagai seorang wira seperti "Robin Hood" dengan membantu orang ramai. Dia membina rumah, stadium, sekolah, hospital dan juga menanggung kos perubatan rakyat di Madellin.

Kartel itu juga membelanjakan sejumlah wang besar untuk membeli getah pengikat. Mereka menggunakan banyak getah pengikat untuk mengikat wang tunai yang diperolehi secara harian dalam jumlah yang banyak. Jumlah yang dibelanjakan Pablo untuk membeli getah pengikat adalah bersamaan dengan wang yang dibelanjakannya untuk membeli rumah dua tingkat.

Namun, jumlah itu tidak bermakna bagi lelaki seperti Pablo Escobar yang pernah membakar wang kertas USD 2 juta hanya untuk memanaskan badan anak perempuannya.

Apa yang berlaku selepas Pablo Escobar meninggal dunia?

sebahagian wang tunai pablo escobar 240

Sebahagian wang tunai milik Pablo Escobar

Untuk lebih memahami apa yang berlaku kepada semua harta Pablo Escobar selepas dia meninggal dunia, pengkaji telah membahagikan aset-asetnya kepada empat kategori:

  1. Kategori pertama : Aset Cair seperti wang tunai, kereta, rumah, pakaian dan lain-lain.
  2. Kategori kedua : Aset tersembunyi yang mudah diakses seperti harta dan wang yang disembunyikan atau ditanam.
  3. Kategori ketiga : Aset tersembunyi yang sukar diakses seperti harta dan wang yang disimpan di bank-bank atau dilaburkan ke dalam perniagaan di luar negara.
  4. Ketegori keempat : Aset yang hilang tidak kira sama ada ketika menyembunyikannya, membuat perniagaan atau perbelanjaan.

wang tunai yang disembunyikan

Pablo telah menyembunyikan banyak wang tunai dalam hutan atau tempat-tempat rahsia. Ramai orang menganggap ada peta yang dihasilkan Pablo untuk lokasi persembunyian itu tetapi sebenarnya tiada. Dia hanya menghafalnya dan memberitahu kepada mereka yang perlu sahaja.

Selain itu, Pablo Escobar juga tidak mewasiatkan wang yang ditinggalkan kepada keluarganya. Sebab itulah anak-anaknya sendiri tidak memperolehi wang yang banyak selepas kematian Pablo.

Pengagihan semula wang Pablo Escobar selepas dia meninggal dunia

sebastian anak pablo escobar

Sebastian bersama bapanya, Pablo Escobar

Dalam temubual ekslusif bersama CNN, anak lelaki Pablo bernama Sebastian menjelaskan bahawa sebahagian besar dari aset kategori pertama pergi kepada kerajaan Colombia. Ia termasuklah wang yang dikaitkan dengan Pablo atau orang-orang yang terdekat dengannya.

Dalam buku berjudul "Pablo Escobar : My Father" yang ditulis Sebastian, dia mendedahkan bahawa Kartel Cali dan Los Pepes (kumpulan yang menentang Kartel Madellin) telah menuntut bayaran daripada kerajaan kerana menjatuhkan Raja Dadah itu. Mana-mana aset yang tidak diambil kerajaan akan dirampas oleh Kartel Cali dan Los Pepes.

wang yang disembunyikan dalam katil

Wang yang disembunyikan dalam katil

Sebastian juga memberitahu CNN bahawa kedua-dua kumpulan ini mencuri kebanyakan aset dalam kategori kedua untuk diri mereka sendiri. Kebanyakan bekas anggota Kartel Madellin yang masuk ke dalam Kartel Cali selepas kematian Pablo mendedahkan lokasi di mana Raja Dadah itu menyembunyikan wang dan hartanya.

Anggota Kartel Madellin yang tidak menyertai Kartel Cali juga telah mengambil sebahagian besar wang dan harta dari aset kategori kedua ini selepas kematian ketua mereka.

Apa yang diterima keluarga Raja Dadah

pablo escobar bersama keluarganya

Keluarga Pablo Escobar

Dalam bukunya, Sebastian menceritakan betapa sukarnya hidup mereka selepas kematian Pablo Escobar. Tanpa Raja Dadah dan Kartel Madellin, keluarga Pablo terpaksa membeli seluruh tingkat sebuah hotel dan tinggal di situ. 

Pihak kerajaan juga telah menempatkan pengawal untuk menjaga keluarga Pable Escobar daripada musuh-musuhnya. Namun, ia menjadi satu pelaburan yang mahal apabila pengawal-pengawal yang ditugaskan kerajaan ini juga mula meminta bayaran daripada keluarga Escobar.

Apabila kekurangan wang, Sebastian meminta ibu saudaranya iaitu Alba Marina untuk pergi ke salah satu tempat simpanan rahsia yang mengandungi wang tunai bernilai USD 6 juta. Malangnya, Alba Marina pulang dan memberitahu bahawa sudah tiada duit lagi di situ.

alba marina escobar

Alba Marina Escobar

Kartel Cali dan Los Pepes juga cuba untuk menangkap ahli keluarga Escobar bagi mendapatkan apa sahaja harta yang ada. Keluarga Escobar terpaksa berpindah dari satu negara ke negara lain. Mereka berkemungkinan besar menggunakan dana kategori kedua dan ketiga yang mampu diakses.

Mereka kemudian menjalani hidup sederhana yang jauh dari populariti di Bueno Aires, Argentina, kecuali Sebastian yang seolah-olah suka dunia glamor sebagai anak kepada Raja Dadah itu.

Tiada siapa tahu di mana hilangnya wang selebihnya yang mungkin bernilai berpuluh-puluh juta USD lagi. Ia mungkin tersembunyi di hutan-hutan atau rumah-rumah terbengkalai di sekitar Colombia.

Rujukan:

1. Harta karun peninggalan Raja Dadah Colombia

2. Apa terjadi dengan kekayaan Pablo Escobar selepas kematiannya

3. Ke manakah perginya duit Pablo Escobar



Hakcipta iluminasi.com (2017)