Bunyi kuat berlaku setiap hari dan di mana-mana sahaja. Menutup telinga anda ketika berjalan melewati kawasan pembinaan adalah cara biasa untuk menjaga telinga anda daripada bunyi yang menyakitkan.
Percakapan biasa oleh manusia hanya mengeluarkan bunyi sekuat 25 hingga 35 desibel.
Sebarang bunyi melebihi 85 desibel (dB) boleh menyebabkan kehilangan pendengaran dan kehilangan ini berkaitan dengan betapa kuat serta tempoh pendedahan kepada bunyi tersebut.
BESARKAN TEKS A- A+
iluminasi.com kongsikan 10 bunyi yang paling kuat pernah terhasil sepanjang sejarah.
10. Speaker konsert rock
Sebuah konsert yang menggunakan set speaker 400,000 wat boleh mengeluarkan bunyi yang memecahkan telinga anda.
Bunyi maksimum boleh mencapai tahap 135 hingga 145 desibel yang mampu menjejaskan pendengaran anda buat seketika.
9. Fireworks
Walaupun biasanya ia tidak didengari secara dekat, namun bunga api masih merupakan letupan dan tersangat kuat.
Bunyi yang terdengar dari langit adalah sangat kuat, walaupun tidak merosakkan, tetapi bunyi maksimum boleh mencapai 145 hingga 155 desibel.
Malah, ujian juga dilakukan di bawah kawalan bunyi yang ketat untuk mengelakkan kecederaan telinga.
8. Bunyi tembakan
Bagi sesiapa yang tak bernasib baik yang berada hampir dengan lokasi tembakan, bunyi tembakan boleh merosakkan pendengaran pada kekuatan mencecah 145 hingga 155 desibel.
Inilah sebabnya mengapa anda sentiasa perlu memakai perlindungan telinga ketika berada di kawasan tembakan.
7. Lumba kereta drag
Duduk bersebelahan dengan pelumba kereta drag ketika pedal minyak ditekan bukan sahaja bingit, tetapi juga boleh merosakkan badan anda.
Bunyi di dalam lingkungan 155 hingga 160 Decibel, ia bukan sahaja akan merosakkan pendengaran anda secara kekal, tetapi ia juga menggetarkan penglihatan anda dan menjadikan ia sukar untuk dihadam buat sementara waktu.
Itulah sebabnya tiada seorang pun berdiri di sebelah mereka.
6. Pelancaran roket angkasa lepas
Apabila roket dilancarkan, anda akan boleh mendengar bunyi yang sangat menyakitkan di antara 165 hingga 170 desibel, walaupun berdiri beberapa kilometer dari lokasi letupan.
Berbeza dengan banyak bunyi lain yang kuat, bunyi roket ini adalah tetap kerana ia mewujudkan tujah yang diperlukan untuk mengangkatnya dari tanah.
5. Ikan paus biru
Paus biru kebanyakannya memancarkan bunyi-bunyi gemuruh berstruktur, berulang-ulang yang tersangat kuat yang dapat mengembara untuk beberapa batu di bawah air.
Ia seolah-seolah seperti lagu-lagu dan boleh digunakan untuk berkomunikasi dengan ikan paus biru lain, terutamanya untuk menarik dan mencari pasangan.
Panggilan ikan paus biru ini mencapai tahap sehingga 188 desibel. Bunyi wisel yang hebat ini boleh didengar sejauh beratus-ratus batu di bawah air. Paus adalah yang paling bising kuat dan terbesar di dunia.
4. Letupan gunung berapi
Letusan Krakatoa 1883 telah melepaskan lebih daripada 25 kilometer kubik batu, abu dan gas serta menghasilkan bunyi paling kuat yang dilaporkan pada bacaan 180 Decibels.
Malah, letupan dahsyat tersebut kedengaran dengan jelas sejauh Perth di Australia, kira-kira 3,110 km dan pulau Rodrigues berhampiran Mauritius kira-kira 5,000 km
3. Bom TNT 1-Tan
Berdiri sehampir 250 kaki dari lokasi, letupan yang terhasil daripada bom 1 ton menghasilkan kiraan desibel mencecah 210.
Tanpa perlindungan pendengaran yang mencukupi, anda boleh mati akibat daripada getaran yang tersangat kuat yang menggongcang anda.
2. Gempa bumi 5.0 skala Richter
Gempa bumi yang cukup untuk merobohkan tanah dan membinasakan bangunan dan kehidupan manusia mampu mencapai tahap decibel setinggi 235.
Sekiranya anda terperangkap di pusat gempa bumi dan cukup beruntung untuk tidak berada di atas tanah dalam pesawat atau helikopter, bunyi bising dan getaran yang dahsyat sahaja boleh membunuh anda sebelum anda dihempap apa-apa objek.
1. Komet Tunguska
Tunguska adalah satu letupan besar-besaran yang berlaku berhampiran Sungai Tunguska Podkamennaya di mana sekarang dikenali sebagai Krasnoyarsk Krai dari Rusia, pada 7:40 pagi pada 30 Jun 1908.
Ledakan itu kemungkinan besar disebabkan oleh letupan di udara oleh serpihan meteoroid atau komet besar pada ketinggian 5 hingga 10 kilometer di atas permukaan Bumi.
Ia diukur dan kesannya adalah serupa dengan letupan bom 1000 Megatan dengan penarafan decibel 300 hingga 315. Kejadian ini sering dianggap sebagai peristiwa bunyi paling kuat dalam sejarah.