bunga paling busuk di dunia

Kita biasanya akan mengaitkan bunga dengan rupanya yang cantik, berwarna warni dan baunya yang wangi. Namun, terdapat juga beberapa jenis bunga yang kelihatan cantik tetapi mempunyai bau yang busuk.

Biasanya, bunga yang mengeluarkan bau busuk ini adalah untuk menarik ejen atau mangsa. Ada antaranya merupakan bunga hiasan dan ada yang hidup secara liar. Berikut adalah senarai 10 bunga paling busuk dalam dunia.

10. Aristolochia Gigantea

aristolochia gigantea

Bunga yang juga dikenali sebagai Paip Belanda dan Bunga Pelican Gergasi ini adalah tumbuhan hiasan asli Brazil. Bunga yang berwarna merah ini mengeluarkan bau seperti najis untuk menarik perhatian pelbagai jenis serangga bagi membantu proses pendebungaannya. Teksturnya yang berkilat menambah lagi tarikan kepada serangga.

9. Stapelia Gigantea

stapelia gigantea

Tumbuhan yang berasal dari Afrika Selatan ini juga dikenali sebagai Pokok Katak. Bunga pokok ini mengeluarkan bau busuk seperti bau daging mereput untuk menarik perhatian serangga bagi membantu proses pendebungaan.

Stapelia Gigantea adalah bunga yang besar dan tumbuh sehingga 35 cm diameter. Ia terdapat dalam variasi warna kuning dan merah. Bunga ini sering menjadi tanaman perhiasan walaupun baunya yang busuk.

8. Arum maculatum

jack in the pulpit

Pokok ini juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Jack in the Pulpit, Adder's Root, Wild Arum, Starch Root dan banyak lagi. Walau apa pun gelarannya, semua orang bersetuju bahawa bunga ini mengeluarkan bau seperti najis. 

Tumbuhan ini banyak terdapat di Eropah dan Turki dan biasanya tumbuh di hutan. Tumbuhan ini menggunakan baunya yang busuk dan spadiksnya yang berwarna ungu untuk menarik perhatian serangga.

Selain itu, tumbuhan ini juga boleh dimakan jika ia dikeringkan dan dimasak dengan betul. Sekiranya asid oksalik di dalam tumbuhan ini tidak dikeluarkan dengan betul ia boleh menjadi beracun apabila dimakan.

7. Helicodiceros muscivorus

helicodiceros muscivorus

Bunga ini juga dikenali dengan nama Arum Lily Kuda Mati. Ia mungkin dinamakan sedemikian kerana penampilan dan baunya yang busuk. Bunga ini adalah tumbuhan asli Corsica dan Kepulauan Balearic di Sepanyol.

Tumbuhan temogenik ini mempunyai bunga yang mengeluarkan bau seperti daging busuk bagi menarik serangga untuk membantu proses pendebungaan.

6. Lysichiton americanus

western skunk cabbage

Tumbuhan ini juga dikenali sebagai Swamp Lantern atau Western Skunk Cabbage dan biasanya ditemui di kawasan paya dan raya di Pasifik. Dengan kelopak hijau yang besar, tumbuhan gergasi ini mempunyai bunga berwarna kuning yang mengeluarkan bau yang busuk ketika ia mekar.

Bau yang dihasilkan juga agak lama walaupun bunga itu telah mengering. Bau itu menjadi ejen pemikat serangga bagi membantu proses pendebungaan. Selain itu, baunya juga dikatakan sama spesies tumbuhan Eastern Skunk Cabbage.

5. Dracunculus Vulgaris

dracunculus vulgaris

Tumbuhan ini mempunyai pelbagai nama lain seperti Arum Hitam, Lily Voodoo, Lily Ular, Lily Busuk dan Arum Naga. Buka ini berasal dari negara Balkan dan beberapa bahagian di Turki.

Tumbuhan ini mempunyai bunga yang canti berwarna ungu kemerah-merahan tetapi mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Ia mengeluarkan bau seperti bangkai untuk menarik ejen pendebungaan. Kini, terdapat laporan bahawa bunga ini telah dibiakkan di Amerika Utara.

4. Hydnora Africana

hydnora africana

Tumbuhan ini adalah sejenis tumbuhan parasit yang berasal dari Afrika Selatan. Ia tidak mempunyai klorofil dan tumbuh di tanah kecuali bunganya. Bunga tumbuhan ini mengeluarkan bau seperti najis untuk menarik perhatian serangga.

Selain itu, ia juga memerangkap serangga dalam masa yang singkat untuk memudahkan proses pendebungaan. Baunya yang busuk ini dihasilkan oleh osmophores iaitu kawasan lembut di sekitar kelopak bunganya. Tumbuhan ini menghasilkan buah yang tumbuh di tanah dan mengambil masa hampir dua tahun untuk masak.

3. Rafflesia Arnoldii

rafflesia arnoldii

Selain merupakan bunga tunggal terbesar di dunia, ia juga merupakan salah satu bunga paling busuk. Rafflesia cantik untuk dilihat tetapi bukan untuk dihidu. Bunga yang biasanya ditemui di hutan hujan Malaysia dan Indonesia ini mempunyai berat sekitar 10 kg dan berukuran tiga kaki diameter.

Bunga ini adalah tumbuhan parasit dan tidak mempunyai akar, daun atau batang. Walaupun Refflesia mengeluarkan bau busuk tetapi ia bukanlah seperti bau bangkai. Seperti bunga busuk yang lain, ia bertujuan untuk menarik perhatian serangga yang menjadi ejen pendebungaan.

2. Amorphophallus Titanum

amorphophallus titanum

Bunga ini juga dikenali sebagai Titan Arum, Bunga Mayat atau Bunga Bangkai dan berasal dari hutan hujan Sumatera, Indonesia. Tumbuhan ini merupakan jabakan bunga tanpa cabang atau batang terbesar dunia. 

Bunga ini mungkin berkembang sekali dalam masa satu hingga 10 tahun lamanya dan ia bertahan sehingga satu hari sahaja. Ketika ia mekar, bunga ini akan menghasilkan bau busuk seperti bangkai mamalia. Oleh itu, ia dikelaskan sebagai carrion flower (bunga bangkai).

1. Bulbophyllum Phalaenopsis

bulbophyllum phalaenopsis

Tempat pertama dalam senarai bunga paling busuk dipegang oleh Bulbophyllum Phalaenopsis. Bunga ini berasal dari pulau Papua New Guinea dan dikelaskan dalam kategori orkid. Bunga ini biasanya berwarna seperti putih, krim, merah dan ungu.

Bunga ini mengeluarkan bau daging membusuk yang kuat bagi tujuan menarik serangga sebagai ejen pendebungaan. Bunga ini adalah yang paling besar dalam keluarganya dengan rentang daunnya berukuran sekitar empat kaki lebar. Walaupun busuk, bunga ini ditanam secara meluas.

Rujukan:

1. Bunga Paling Busuk Dalam Dunia

2. Senarai bunga terbusuk

3. Bunga dengan bau seperti bangkai



Hakcipta iluminasi.com (2017)