Oleh pada 22 Sep 2017 kategori

Bagi mereka yang mempunyai hobi mengumpul komik maka beruntunglah kerana ia bukan sekadar hobi biasa. Tahukah anda buku komik yang paling mahal di dunia pernah terjual dengan harga yang tidak munasabah bagi orang biasa. Komik yang terjual dengan harga yang mahal ini merupakan satu khazanah yang digemari bagi segelintir orang berdasarkan jumlah yang ada,edisi terawal,permintaan yang tinggi dan juga pengkelasan mengikut gred yang telah digredkan oleh sebuah syarikat pengredan dunia iaitu (Certified Guaranteed Company).

BESARKAN TEKS     A-  A+

Permintaan komik yang mahal ini biasanya ditentukan oleh populariti dan kandungan komik. Sebagai contoh adalah seperti komik di mana watak Batman pertama kali muncul adalah sangat dikehendaki dan sekaligus harga akan meningkat tinggi semasa proses lelongan komik tersebut dijalankan. Gred komik ini ditentukan oleh sebuah syarikat pegredan iaitu pihak ketiga yang bertanggungjawab untuk memastikan nilai komik tersebut berdasarkan keadaan fizikal,keaslian dan beberapa faktor lain. Jom kita lihat harga dalam USD yang telah dibayar oleh mereka yang sanggup untuk mendapatkan komik tersebut.

10. Incredible Hulk #1 - $326,000

komik the incredible hulk

Komik yang hangat kewujudan ia sejak tahun kebelakangan ini merupakan penampilan pertama watak Incredible Hulk dalam komik tersebut. Komik ini merupakan karya Stan Lee dan Jack Kirby yang dikaryakan buat pertama kalinya pada tahun 1962. Terdapat hanya satu salinan komik tersebut diketahui wujud pada waktu itu yang dinilai dengan gred 9.2 ini telah di jual pada bulan Ogos 2014 pada harga lebih daripada $300,000. Pada kemunculan pertama hulk badannya tidak lagi berwarna hijau.

9. Captain America Comics #1 - $343,057

komik captain amerika edisi pertama di dunia

Komik edisi pertama Captain America ini telah dijual pada harga $345,057. Ia merupakan komik yang dicipta oleh Jack Kirby dan Joe Simon yang menampilkan watak Captain America menumbuk pemimpin sebuah negara iaitu Hitler yang Amerika sendiri tidak pernah berperang pada waktu itu dengan negara tersebut. Salinan ini terjual pada tahun 2011 pada gred 9.2.

8. Marvel Comics #1 - $350,000

komik marvel comis edisi pertama

Kemunculan industri penggredan buku komik pada awal abad ke 21 ini benar-benar meletuskan letupan dalam pasaran lelongan buku komik. Oleh itu penting untuk diketahui bahawa "Marvel Comics" # 1 merupakan buku komik pertama yang diterbitkan oleh syarikat komik yang akhirnya akan menjadi Marvel Comics dan juga penampilan pertama kedua-dua Namor dan Human Torch yang asal. Komik ini dijual dengan harga $350,000 pada tahun 2003 dengan nilaian gred 9.0

7. Tales of Suspense #39 - $375,000

komik tales of suspen menampilkan watak iron man yang pertama

Bercakap mengenai penggredan Tales of Suspense iaitu karya Stan Lee dan Jack Kriby yang buat pertama kalinya menampilkan watak Iron Man adalah contoh utama kesan mendapat gred tinggi iaitu 9.6 pada koleksi utama. Jualan 2012 ini mungkin juga faktor bahawa Iron Man telah muncul sebagai watak filem sejak filem lakonan Robert Downey Jr yang pertama ditayangkan. Komik ini telah terjual dengan harga $375,000.

6. Flash Comics #1 - $450,000

komik flash yang pertama di dunia

Komik Flash Comics # 1 menampilkan watak pertama dari koleksi ini iaitu Golden Age Flash dan Hawkman. Komik ini dijual pada tahun 2010 dengan harga $450,000 dengan nilaian gred 9.6. Komik ini mengisahkan mengenai Jay Garrick ayang merupakan seorang superhero yang dikenali sebagai Flash yang diterbitkan oleh DC Comics. Watak itu dicipta oleh penulis Gardner Fox dan artis Harry Lampert.

5. X-Men #1 - $492,937.50

komik the x men keluaran marvel yang pertama

Kesan peningkatan gred serba sedikit mampu untuk melonjakkan jualan komik tersebut. Dalam penjualan terdahulu komik X-Man siri 1 yang dihasilkan olah Stan Lee dan Jack Kirby iaitu pada tahun 2012 dengan nilaian gred 9.6 adalah sebanyak hampir dari separuh harga berbanding dengan nilaian gred 9.8. Manakala salinan komik tersebut pada nilaian gred 9.8 dijual pada harga $492,937.50. Ia merupakan sebuah buku yang mempunyai nilaian gred tertinggi dari mana-mana komik dalam senarai sepuluh teratas ini.

4. Batman #1 - $567,625.00

komik batman pertama di dunia

Bidaan yang hebat pada tahun 2013 ini telah membawa kekuatan yang ada pada komik klasik ini. Komik Batman siri pertama ini sangat hebat kerana menampilankan pertama kedua-dua watak besar iaitu Joker dan Catwoman. Ia menjadi salah satu daripada beberapa buah buku komik yang berharga lebih dari setengah juta dolar. Buku ini telah dijual pada harga $567,625.00 dengan nilaian gred sebanyak 9.2.

3. Detective Comics #27 - $1,075,000

komik yang menampilkan watak batman yang wujud pada tahun 1939

Komik Detective Comics isu yang ke 27 ini sangat istimewa kerana buat pertama kalinya watak Batman wujud dalam dunia ini. Watak Batman ini mula diterbitkan pada tahun 1939. Ia merupakan salah satu komik bukan edisi pertama yang mahal di dunia. Komik ini mempunyai nilaian gred sebanyak 9.2 dan telah dijual pada harga yang dicatatkan iaitu sebanyak $567,625.00 .

2. Amazing Fantasy #15 - $1,100,000

komik kemunculan pertama watak utama spider man

Ketika komik ini dilelongkan, kita tidak tahu berapa ramai orang yang berminat untuk menawar dan membida komik tersebut. Apa yang membuatkan komik Amazing Fantasy #15 ini sangat istimewa adalah kerana ia merupakan penampilan pertama Spiderman. Hasil lelongan pada tahun 2011 ini sangat mengejutkan kerana komik bernilai lebih daripada sejuta dolar . Komik ini merupakan karya Stan Lee dan Steve Ditko. Komik ini mempunyai nilaian gred sebanyak 9.6 dan telah terjual pada harga $1,100,000.

1. Action Comics #1 - $3,207,852

buku komik superman paling mahal di dunia

Komik ini merupakan satu sejarah kewujudan superhero yang sangat dikenali ramai iaitu Superman. Action Comics ini merupakan karya Jerry Siegel dan Joe Shuster telah mendapat tempat pertama dalam senarai harga komik paling mahal di dunia. Terdapat 4 salinan komik ini telah terjual dengan harga lebih daripada satu juta dolar. Komik yang mahal ini mempunyai nilai gredan sebanyak 9.0 di jual pada harga $3,207,852. Ia telah disenaraikan sebagai buku komik paling mahal dalam rekod dunia.  




Hakcipta iluminasi.com (2017)