Bilik rahsia, ibu pejabat untuk organisasi rahsia dan tempat-tempat yang tidak seharusnya wujud berada di sekeliling kita di seluruh dunia.

Terdapat banyak bangunan misteri di dunia ini yang mana tidak sepatutnya diketahui oleh orang awam.

Ia termasuklah bangunan rahsia kerajaan hinggalah kepada binaan individu dan bangunan yang langsung tidak diketahui maklumat tentangnya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 10 bangunan misteri yang tidak patut diketahui orang awam. 

10. Hotel Yanggakdo  - Korea Utara

hotel yanggakdo

Salah satu hotel paling mewah di Korea Utara ini mempunyai rahsia misteri yang mana Kim Jong Un tidak mahu orang ramai mengetahuinya.

Ketika meneroka dalam Hotel Yanggakdo, seorang pelancong yang dikenali sebagai Calvin Sun telah menemui sebuah lantai rahsia dalam bangunan tersebut.

Lif dalam hotel ini tidak membenarkan akses ke tingkat 5 dan anda hanya boleh sampai ke tingkat ini dengan naik tingkat 6 dan kemudiannya menggunakan tangga ke tingkat 5.

Menurut sumber, tingkat 5 langsung tidak kelihatan mana-mana orang dan kesemua pintu berkunci. Dinding-dinding pula dipenuhi dengan poster propaganda.

Bangunan ini mempunyai banyak rahsia dijaga dengan ketat dan merupakan salah satu bangunan paling misteri di Korea Utara.

9. Ibu pejabat MI6 - United Kingdom

ibu pejabat mi6

Bangunan MI6 di Vauxhall Cross adalah salah satu bangunan paling misteri di United Kingdom, sesuatu yang disedari oleh semua orang di England. Namun, hanya sebilangan daripada kita mengetahui tentang perkara ini.

Ia terletak di Central London dan telah menjadi ibu pejabat MI6 sejak tahun 1994. MI6 atau Perisikan Ketenteraan 6 adalah cawangan kerajaan yang berkaitan dengan perisikan asing.

Britain bimbang akan kerajaan Jerman yang semakin meningkat pada abad ke-20 dan bimbang tentang ancaman mata-mata Jerman.

Untuk mengatasi ancaman ini, MI6 telah ditubuhkan. MI6 bertanggungjawab untuk mengumpulkan maklumat di luar UK, dalam erti kata lain, mengintip.

Kewujudan MI6 tidak diakui oleh kerajaan sehinggalah pada tahun 1994.

8. Club 33 - Amerika Syarikat

club 33 disneyland

Selama bertahun-tahun Disneyland berjaya menyembunyikan satu koleksi bangunan misteri yang di lokasi ini sebagai satu rahsia.

Hanya ahli kepada sebuah kelab eksklusif yang dikenali sebagai Club 33 sahaja dibenarkan memasuki bangunan misteri ini.

Di dalamnya terdapat restoran mewah yang digunakan oleh Walt Disney untuk menghiburkan tetamu terkenal. Para ahli membayar yuran penyertaan sebanyak RM105,000 dan yuran keahlian tahunan sekitar RM42,000.

Juga terdapat khabar angin bahawa dalam kelab ini terdapat jazz lounge yang dikenali sebagai 1901 dan Le Salon Nouveau.

Ia adalah satu-satunya bahagian Disneyland di mana alkohol dihidangkan. Walaupun anda mempunyai wang untuk menyertai kelab ini, ia tidak sebegitu mudah kerana senarai menunggu dikatakan adalah selama 14 tahun.

7. Kuil Damanhur - Itali

kuil damanhur

Seorang lelaki Itali yang bernama Oberto Airaudi mula mendapat gambaran kehidupan masa lalu, kehidupan di pertengahan abad ke-20. Apa yang dilihatnya adalah masyarakat utopia dengan kuil-kuil yang luar biasa.

Dia kemudiannya mula membina kuil yang dilihatnya di bawah tanah rumahnya di Alps Itali. Selama 10 tahun, dia bekerja dengan kawan-kawannya untuk membina kuil yang mewah, sehingga apa yang mereka lakukan telah ditemui oleh pihak berkuasa.

Kuil-kuil tersebut adalah sangat luar biasa sehinggakan digelarkan sebagai keajaiban ke-8 di dunia. 

6. Terowong bawah tanah Dr. Dyar - Amerika Syarikat

terowong bawah tanah dr dyar

Pada tahun 1924 di Washington D.C., satu siri terowong yang besar dijumpai di bawah sebuah jalan. Terowong ini sangat luar biasa dengan ketinggian enam kaki dan dibina dengan begitu teliti.

Ia didakwa mengambil masa bertahun-tahun untuk siap tetapi tiada siapa yang pernah melihatnya. Rupa-rupanya terowong ini adalah ciptaan seorang lelaki tempatan bernama Dr. Dyar.

Dyar membina terowong ini dalam tempoh 14 tahun dari tahun 1905 hingga 1914. Sebab mengapa dia membina terowong ini adalah hanya kerana ia merupakan hobinya.

Dia mendakwa bahawa aktiviti menggali merupakan satu senaman yang baik. Dia meninggalkan terowong ini apabila dia berpindah dan mula menggali lebih banyak terowong di rumah barunya.

Terowong yang baru ini jauh lebih mewah daripada yang sebelumnya, dengan mempunyai pencahayaan, siling yang berseni bahkan dia mengukir kepala binatang di beberapa bahagian. 

Adakah ia benar-benar satu hobi, atau ada motif lain?

5. Gua Longyou - China

gua longyou

Di Longyou,China, terdapat sebuah sungai yang terkenal kerana begitu dalam sehinggakan ada orang percaya bahawa ia tidak mempunyai penghujung.

Pada suatu hari, penduduk tempatan memutuskan untuk mengujinya. Mereka mengeringkan sungai ini, yang mana telah mendedahkan dunia rahsia yang tersembunyi selama bertahun-tahun.

Kolam itu sebenarnya hanyalah sebuah kompleks gua buatan manusia yang dipenuhi air. Siapa atau bila ia dibuat menjadi misteri yang tiada siapa tahu jawapannya.

Tiada rekod sejarah mengenai kewujudan gua ini dan ia jelas telah wujud sejak beribu-ribu tahun dahulu serta mungkin dibina sebelum dinasti Qin pada 212 SM.

Gua ini tersangat besar dan luas ketika dibina, dengan keluasan 320,000 kaki persegi. 

4. Perpustakaan Vatican

perpustakaan vatican

Di dalam Vatican, terletaknya sebuah perpustakaan misteri yang tersembunyi.

Selama bertahun-tahun, hanya sejumlah kecil sahaja orang yang dibenarkan masuk, tetapi kini ribuan penyelidik setiap tahun dapat mengkaji dokumen-dokumen di sini.

Namun, masih ada bahagian perpustakaan yang tidak dapat dilihat oleh siapa pun. Arkib Rahsia Vatikan dibatasi sehinggakan hanya Pope seorang sahaja yang boleh mengaksesnya.

Arkib ini penuh dengan surat peribadi yang dihantar ke Vatican dari tokoh sejarah seperti Abraham Lincoln, Mary Queen of Scots dan Adolf Hitler.

Ada kemungkinan bahawa beberapa huruf yang tersembunyi di dalam mendedahkan rahsia gelap tentang Gereja Katolik yang mereka harapkan agar tidak ditemui sesiapa.

Terdapat juga spekulasi bahawa terdapat bukti-bukti syaitan dan sihir di dalamnya adalah arkib rahsia ini.

3. Oak Ridge - Amerika Syarikat

oak ridge tennessee

Pada tahun 1942, sekumpulan jurutera diminta untuk membina sebuah bandar untuk 75,000 orang secara rahsia. Bandar ini dipanggil Oak Ridge.

Oak Ridge kelihatan seperti mana-mana bandar yang tidak berbahaya, tetapi dikelilingi oleh pengawal yang bersenjata.

Di dalam bandar ini sebenarnya merupakan tempat letaknya bangunan tersembunyi yang digunakan untuk menapis bijih uranium sebagai sebahagian daripada projek nuklear Manhattan oleh Amerika Syarikat.

Bangunan telah memperoleh pelbagai nama samaran termasuk Bandar Atom, Kota Rahsia dan Bandar Di Sebalik Pagar.

Gabenor Tennesse begitu marah apabila mendapati bahawa kawasan tersebut telah ditetapkan sebagai daerah ketenteraan.

2. Skirrid Mountain Inn - Wales

skirrid mountain inn

Skirrid Mountain Inn satu ketika dahulu digunakan untuk perbicaraan dan menggantung penjenayah di zaman pertengahan Wales.

Tali yang digunakan untuk menggantung penjenayah masih ada pada hari ini dan begitu juga dengan hantu-hantu yang telah mati. 

Terdapat beberapa contoh aktiviti paranormal termasuk suara tentera di halaman, pakaian wanita yang pelik dan buruk serta ada juga yang melihat penampakan hantu.

Hantu-hantu yang dikatakan menghantui tempat ini termasuklah Father Henry Vaughan, Fanny Price dan White Lady.

Ramai pelanggan telah mengalami gangguan di mana beberapa orang mengatakan bahawa mereka berasa pening dan mual, manakala yang lain memberitahu mereka dicekik oleh entiti yang tidak kelihatan.

Ia sangat terkenal kerana menjadi salah satu bangunan paling misteri dan berhantu di Wales.

1. Room 39 - Korea Utara

room 39

Di dalam bangunan Parti Pekerja yang memerintah di Pyongyang, ia menempatkan sebuah kumpulan yang bertanggungjawab membawa masuk wang berpuluh bilion ringgit untuk rejim Korea Utara.

Ia dikenali sebagai Room 39. Room 39 dikatakan sangat penting bagi Kim Jong Un untuk memegang teguh kepada kuasanya.

Melalui cara yang menyalahi undang-undang seperti pemalsuan dan penjualan dadah, mereka menjana dana yang sangat banyak yang mana didakwa digunakan oleh Kim Jong Un untuk merasuah pegawai dan membiayai program senjata nuklear Korea Utara.

Penipuan insurans adalah satu lagi bidang utama dari perusahaan yang menyalahi undang-undang Room 39.

Seorang diplomat yang membelot dari Korea Utara mendedahkan bahawa kumpulan itu memperoleh berpuluh-puluh juta ringgit setiap tahun hanya dalam penipuan insurans sahaja.




Hakcipta iluminasi.com (2017)