Sekumpulan bekas pelajar dari sebuah pekan kecil di Iowa telah berjaya melepasi satu kemungkinan yang dianggap sangat jarang berlaku iaitu kesemua mereka masih hidup untuk menghadiri perjumpaan sekolah yang ke-60 pada tahun ini.

Pelajar kelas tahun 1958 yang menamatkan pengajian mereka di Sekolah Tinggi Ringsted ini bahkan telah melepasi kemungkinan untuk seseorang itu dipanah petir sebanyak dua kali seumur hidupnya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Menurut David Herzog iaitu seorang pembantu profesor matematik di Iowa State University, kemungkinan hal ini untuk berlaku adalah 1 dalam 177,467,459. 

Salah seorang ahli kelas tahun 1958 itu iaitu Del Matheson berkata setiap kali mereka berjumpa, soalan yang sama ditanyakan iaitu siapakah yang akan mati dahulu seolah-olah ia satu pertandingan. Matheson menambah lagi setakat ini tiada siapa lagi yang menjadi pemenang.

sekolah tinggi ringsted 158

Ini kerana dalam kesemua 14 orang pelajar kelas itu, tiada satupun di antara mereka yang merupakan kaki botol, mengalami kanser atau mempunyai penyakit yang biasanya terjadi kepada mereka yang berusia lebih daripada 70 tahun. Bahkan hanya sedikit dari mereka yang merokok dan kesemuanya masih lagi aktif dalam aktiviti fizikal.

Setakat ini hanya seorang ahli sahaja iaitu Kenneth Pederson yang agak kurang sihat beberapa tahun kebelakangan ini kerana mengalami aneurisma di bahagian aorta. Namun, setelah menjalani rawatan selama 3 bulan di hospital, dia kini kelihatan lebih baik.

Isteri kepada Pederson memberitahu bahawa suaminya ini seorang yang degil dan tidak mahu mengalah dengan penyakitnya. Pederson juga dikenali di kalangan rakannya sebagai badut di dalam kelas dan sering membali bebola salji kepada pelajar lain dari tingkat atas bangunan sekolah.

Bukan sahaja bekas pelajar ini hidup lama malah lebih lama daripada sekolah mereka sendiri. Sekolah Tinggi Ringsted dan kebanyakan bangunan di kawasan sekitarnya telah dirobohkan bagi memberi laluan kepada kemajuan dan kemudahan lain.

pelajar alumni 60 tahun

Kini majlis perjumpaan semula mereka diadakan di sebuah bangunan lain di situ dan topik perbualan mereka tentunya mengenai rekod mereka semua bertahan dan masih hidup sehingga sekarang.

Menurut Matheson, mereka sebenarnya berasa sangat beruntung kerana masih hidup. Ia merupakan satu kelebihan kerana mereka semua sebenarnya tiada rahsia bagaimana untuk hidup selama itu. Ini sebenarnya adalah anugerah tuhan.

Apabila ditanyakan soalan adakah mereka memiliki genetik yang bagus, Matheson menafikannya dengan menjawab bahawa kebanyak orang tua mereka telah meninggal dunia tidak lama selepas mereka menamatkan pengajian.

Matheson menambah lagi, mungkin sebahagian dari mereka mengamalkan pemakanan atau gaya hidup yang sihat, tapi kebanyakan mereka masih hidup adalah kerana mereka menghargai apa yang mereka kongsikan bersama.

gambar perjumpaan kelas 1958

Setelah tamat belajar, kumpulan kecil yang mempunyai hubungan rapat ini selalu berjumpa dan melakukan lawatan berjumpa guru-guru lama mereka atau melawat sesama sendiri.

Sesetengah masih tinggal di bandar lama mereka dan sebahagian yang lain telah berpindah keluar ke negeri lain seperti Oregon, Colorado, dan Texas tetapi akan berjumpa apabila mempunyai peluang.

Ketika Kenneth Pederson sedang menjalani rawatan di hospital bagi penyakitnya, dia meneripa panggilan telefon dari setiap ahli kelasnya mengucapkan agar dia cepat sembuh dan kembali aktif seperti biasa.

kenneth pedersen kelas 58

Walaupun mereka merupakan teman rapat dari mula lagi, ada di antara mereka yang lebih dari sekadar menjadi rakan. Dua orang ahli kelas itu iaitu Margo dan Mike Glasnapp telah bercinta semasa tahun pertama di sekolah, berkahwin tidak lama selepas tamat pengajian dan kekal bersama sehingga kini.

Perjumpaan semula para pelajar kelas tahun 1958 ini akan diadakan pada penghujung tahun ini dan semuanya telah bersetuju dengan RSVP yang diberikan.

Rujukan :

1. Des Moines Register

2. In Progress Magazine

3. All That Interesting




Hakcipta iluminasi.com (2017)