Oleh pada 24 Nov 2017 kategori

zul ariffin maki dan halau azal anak autisme zarina zainuddin 1

Kredit foto: star2.com & Instagram Zarina Zainuddin

Pasti ramai yang sudah kenal dengan anak lelaki kembar aktres Zarina Zainuddin, Azal dan Azil yang menghidap Autisme.

Namun karakter Azal nyata lebih menonjol berbanding abangnya kerana dia seorang yang mesra, boleh berbicara, selain gemar mendampingi selebriti-selebriti popular Malaysia.

Malah ramai selebriti gembira melayani keletah Azal, dan berswafoto bersamanya.

zul ariffin maki dan halau azal anak autisme zarina zainuddin 2

Kredit foto: Instagram Zarina Zainuddin

Pun begitu, hari ini heboh di laman sosial kisah Azal dimarahi dan dihalau oleh aktor popular Zul Ariffin.

Azal membuat dakwaan tersebut dalam sebuah video yang dimuat naik oleh pemilik salon terkenal, Ridz Okumura di laman Instagramnya.

Dedah Azal, Zul menghalaunya dengan ungkapan, "Keluar, I dont want to see your face anymore! (saya tak mahu tengok muka awak lagi)."

Kredit video: Youtube estrellas computer

zul ariffin maki dan halau azal anak autisme zarina zainuddin 3

Kredit foto: Beautifulnara

Menerusi ruangan komen, netizen dilihat tidak berpuas hati dan marah dengan tindakan biadab Zul terhadap seorang anak istimewa seperti Azal.

zul ariffin maki dan halau azal anak autisme zarina zainuddin 4

zul ariffin maki dan halau azal anak autisme zarina zainuddin 5

Kredit foto: Beautifulnara

Pasti ada penjelasan di sebalik isu ini. Kita nantikan sahaja kenyataan daripada Zul nanti.

Sumber berita: Beautifulnara

tags : , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)