tular wakil rakyat berdoa di jalan berlubang makbul selepas 12 jam

 

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah semalam menggunakan cara menggelikan hati dengan duduk dan berdoa di tengah jalan berlubang.

Abu Bakar melakukan sebegitu bagi meminta pertolongan pihak berkuasa membaiki Jalan Bukit Berlian yang terletak di bawah kawasan Parlimennya, Tangga Batu di Melaka.

Menurutnya, tindakan beliau duduk di tengah laluan berlubang di jalan tersebut dalam keadaan berdoa adalah sengaja dilakukan setelah tiada pihak muncul membuat penurapan biarpun hal tersebut berpanjangan sejak sebulan lepas.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Tangga Batu, memberitahu minggu lepas 6 keping foto di tempat serupa dimuat naik ke laman sosial Facebook kepunyaannya, namun sehingga pagi semalam, tiada kerja penurapan dilakukan mempengaruhi beliau bertindak sebegitu.

Terdahulu, tiga keping gambar yang dimuatnaik di akaun Facebook peribadinya semalam dengan keterangan '10.40 pagi, saya berdoa pagi ini, ada Datuk Bandar ke? Pegawai Daerah ke? Ahli Majlis ker? datang melihat lubang di Jalan Bukit Berlian yang makin membesar dan menggunakan kuasa mutlak yang ada untuk menampal jalan ini, sebelum ada warga Tangga Batu yang patah kaki atau tercedera. Ya Allah makbulkan permohonan hamba mu ini amin,' dikongsi sebanyak 169 kali dan mendapat 1,000 “like” serta lebih 233 komen.

"Saya bekerja, sama seperti orang lain dan perkara ini sudah lama berlarutan. Tempoh seminggu juga diberikan dan pagi tadi (kelmarin) ketika dalam perjalanan pulang dari menziarahi kematian, saya lihat ia masih belum diturap.

"Takkan hendak tunggu sampai benda buruk terjadi baru hendak ambil tindakan. Alhamdulillah selesai kerja dan tanggungjawab saya kepada rakyat, khususnya pengguna yang melalui jalan itu," ujarnya.

Ternyata, langkah Abu Bakar tersebut membuahkan hasil selepas jalan berlubang itu akhirnya diturap semalam.

Memberi keterangan tentang komen dan persepsi buruk netizen ke atasnya, Abu Bakar memberitahu, beliau mempunyai gaya tersendiri bagi menyelesaikan masalah rakyat, terutamanya penduduk Tangga Batu yang diwakilinya dan bukan ingin melemparkan tuduhan terhadap pihak lain.

Terdahulu, media telah mendedahkan, Abu Bakar bertindak memuat naik gambar berada di dalam lubang jalan sambil berselipar jepun sebagai tanda protes.

Jelasya, beliau melakukan perbuatan itu sekali lagi semalam dan bersyukur ia akhirnya tidak sia-sia.

"Tidak sampai 12 jam gambar saya berada di hadapan lubang itu dimuat naik kali kedua hari ini, akhirnya semua siap ditampal dan turap.

"Mungkin dengan cara viral (tular) begini lebih berkesan," ujarnya.

tular wakil rakyat berdoa di jalan berlubang makbul selepas 12 jam 1

Sumber foto: Facebook Abu Bakar Mohamad Diah

Sumber berita: BH Online & Free Malaysia Today


tags : , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)