Oleh pada 26 Mar 2017 kategori

Obsessive-compulsive disorder (OCD) merupakan satu penyakit mental yang dihidapi oleh ramai orang. Ada penghidap yang terlalu takut dengan kuman, ada juga yang seringkali mengulangi perbuatan memeriksa pintu sama ada telah dikunci ataupun suis oven telah ditutup sebanyak beberapa kali.

Antara simptom lain OCD adalah perlu memastikan sesuatu benda itu sentiasa di posisi atau susunan yang betul dan mesti dalam keadaan simetri. Sebagai contoh, penghidap OCD takkan boleh tengok gambar ini dengan hati yang tenang:

BESARKAN TEKS     A-  A+

orang ocd tak boleh tengok gambar ini mereka rasa sangat geram dan tak puas hati

Baru-baru ini, satu video yang menggeramkan hati telah dimuatnaik oleh seorang pengguna Youtube dari German, Luksan Wunder. Walaupun video ini tidak menarik langsung, namun ia berjaya mendapat hampir 1 juta tontonan. Ini kerana para penonton yang OCD semuanya berasa amat jengkel dengan video tersebut.

tomato dipotong menggunakan pisau tumpul

Video itu dimulakan dengan potongan kek yang dibuat dengan cincai. Kemudian diikuti dengan pelbagai tugasan yang dibuat secara acuh tak acuh seperti memotong tomato menggunakan pisau tumpul dan mengoyakkan tisu dapur dengan tidak mengikut garisan.

Pada penghujung video, Luksan menulis ayat das gefällt mir yang memberi makna 'saya sukakannya' namun dengan sengaja menambah satu lagi huruf S supaya ayat itu menjadi salah.

tisu dikoyak tidak mengikut garisan putus

Jika anda tidak boleh tahan tengok benda yang tidak dibuat dengan sempurna, sila jangan tonton video ini. Ia boleh menghantui anda sebagaimana ia membuatkan para penghidap OCD yang lain mengerekot di bucu katil.




Hakcipta iluminasi.com (2017)