Pandemik Covid-19 sudah hampir 2 tahun dan belum menampakkan tanda-tanda akan pupus daripada muka Bumi. Namun, pada masa kini kerana kadar pengambilan vaksin yang tinggi di Malaysia, kita dapat lihat kadar kemasukan ke hospital untuk pesakit Tahap 5 sangatlah sedikit.

Dan perkara ini haruslah menjadi kelegaan kepada kita rakyat Malaysia. Atas faktor ini jugalah kerajaan telah mengumumkan peralihan kepada fasa endemik di Malaysia sejak 1 April 2022. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Satu perkara yang sering dikaji oleh saintis mengenai virus ini adalah mutasi yang dibawa oleh virus ini. Sejak dahulu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyenaraikan beberapa varian daripada virus ini yang menjadi Variant of Concern (VOC).

VOC adalah varian yang terdapat bukti peningkatan kebolehjangkitan, penyakit yang lebih teruk (contohnya, peningkatan kemasukan ke hospital atau kematian), pengurangan ketara dalam peneutralan oleh antibodi yang dijana semasa jangkitan atau vaksinasi sebelumnya, pengurangan keberkesanan rawatan atau vaksin, atau kegagalan pengesanan diagnostik.

Kombinasi varian

varian xe covid

Varian virus COVID-19 bukan hanya boleh bermutasi, tetapi juga dipercayai boleh "bergabung" dengan varian yang lain untuk membentuk satu jenis varrian yang baru. Ketika artikel ini ditulis, kerajaan sedang mengkaji lebih mendapat mengenai varian "Omicron XE" yang dijangka menyerang Malaysia.

Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman berkata, mutasi boleh didefinisikan sebagai perubahan struktur permukaan bagi sesuatu virus yang berlaku dari semasa ke semasa. Sementara, strain terhasil apabila virus secara semula jadi mengalami perubahan pada permukaan dan struktur genetik, jelas beliau.

Selain mutasi, virus juga boleh bergabung atau rekombinasi bagi membentuk satu varian baru. 

Penemuan varian XE

rtk test

XE ialah kacukan antara dua strain Omicron yang paling terkenal, BA.1 (strain asal) dan BA.2 (strain yang lebih mudah berjangkit). Ia pertama kali dikesan di UK pada 19 Januari 2022 menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sehingga 29 Mac 2022, "kira-kira 600 jujukan telah dilaporkan dan disahkan". Dalam lapran bertarikh 5 April, pihak WHO menyatakan bahawa sebagai sebahagian daripada varian Omicron, rekombinan XE sedang dijejaki.

Menurut anggaran awal, XE mempunyai kelebihan kadar pertumbuhan komuniti sebanyak 1.1 (atau kadar jangkitan 10 peratus lebih tinggi) berbanding BA.2. Versi penggabungan koronavirus berlaku apabila sel tunggal dijangkiti serentak dengan dua virus berkaitan, seperti yang dilihat dalam varian "Omicron XE", yang merupakan gabungan subvarian BA.1 dan BA.2 bagi varian Omicron.

Apabila penggabungan semula virus sedemikian berlaku, terdapat kemungkinan bahawa bahan genetik kedua-dua virus akan bercampur semasa ia mereplikasi. Tetapi Omicron XE bukanlah satu-satunya varian rekombinan yang telah dikesan setakat ini, dengan varian rekombinan seperti "Deltacron" - gabungan varian Omicron dan Delta - telah dikesan terlebih dahulu.

XE bukan satu-satunya varian rekombinan BA.1-BA.2 juga, dengan sejumlah 11 varian sedemikian yang merupakan campuran virus induknya, seperti XR, XJ dan XM.

Adakah kita perlu khuatir?

vaksin covid 19 632

Apabila diselidik lebih mendalam mengenai genetik Omicron XE itu sendiri yang menurut pakar tidak sepatutnya mennyebabkan panik, virus rekombinan mempunyai protein spike dan ciri utama BA.2 yang lain, manakala sebahagian kecil darpad ciri genomiknya berasal dari BA.1.

Menurut pakar kesihatan awam, varian rekombinan adalah ciri biasa virus seperti novel coronavirus. Walaupun mereka muncul agak kerap, mereka biasanya hilang dengan sendirinya.

Britain, tempat Omicron XE mula-mula dikesan, telah berkata bahawa penyelidikan awal menunjukkan bahawa varian itu mungkin lebih mudah ditularkan daripada BA.2. Bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkata bahawa kajian yang lebih mendalam diperlukan sebelum varian XE dilabelkan sebagai Variant of Concern (VOC).

Setakat ini, tiada bukti bahawa Omicron XE boleh mengelak vaksin, menyebabkan penyakit yang lebih serius atau meningkatkan risiko kematian.

Kredit:

  1. The Strait Times
  2. NDTV
  3. VOX



Hakcipta iluminasi.com (2017)