perisian antivirus v buster

Mungkin ramai tak mengenali nama ini, namun Dr. Looi Hoong Thoong tidak asing lagi dalam dunia informasi teknologi dan perkomputeran. Dan mungkin juga anda tak pernah tahu mengenai V-Buster, perisian antivirus yang dicipta oleh rakyat nama di atas.

V-Buster adalah antara perisian antivirus yang sangat terkenal satu ketika dahulu. Ia sangat popular dan mendapat pengiktirafan antarabangsa pada tahun 90-an.

BESARKAN TEKS     A-  A+

V-Buster yang dipasarkan di seluruh dunia, merupakan sistem antivirus yang sangat inovatif dan efektif. Ia bukan sahaja dapat memulihkan masalah virus biasa, malah dapat memulihkan cakera keras yang tidak dapat diakses. Ia juga memberikan penyelesaian ringkas dan juga mudah diakses.

paparan antaramuka v buster 793

Perisian yang memberikan penyelesaian ringkas dan mudah diakses ini digunapakai di seluruh dunia, dan dikatakan antara sistem antivirus terbaik dunia ketika itu.

Antara anugerah yang diterima oleh perisian V-buster ini adalah :

  1. Pikom-Computimes - PRODUCT OF THE YEAR (SOFTWARE) Award, 1991 
  2. Asia Pacific Multimedia Super Corridor Information Technology and Telecommunications Awards 2000 (APMITTA) - BEST OF SECURITY SYSTEM SOLUTIONS 
  3. Asia Pacific Multimedia Super Corridor Information Technology and Telecommunications Awards 2000 (APMITTA) - BEST OF THE BEST PRIME MINISTER'S Award 
  4. International Asia Pacific ICT Awards (APICTA) - BEST OF SECURITY APPLICATIONS 2001 
  5. Pikom-Computimes - ICT ACHIEVER OF THE YEAR Award, 2002 

Bagi Dr. Looi, beliau telah menghabiskan masanya lebih daripada 20 tahun dalam menghasilkan perisian ini tanpa sebarang pulangan wang ringgit.

Beliau menumpukan perhatian sepenuhnya dalam menyempurnakan sistem V-Buster ini dengan mengaturcara segala program, paparan antaramuka dan komponen-komponennya.

Latar belakang Dr.Looi

Lahir pada 4 Julai 1943 di Seberang Perai, Pulau Pinang, Dr.Looi mendapatkan pendidikan sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam dan Methodist Boys School, Pulau Pinang.

kehebatan dr looi hoong thoong tak dapat disangkal

Pada tahu 1962, beliau menyambungkan pelajaran di Universiti Adelaide, Australia dalam bidang seni bina. 4 tahun kemudian, Dr.Looi menamatkan pengajian dengan kepujian. Dan pada tahun 1976, beliau mendapat gelaran Doktor Falsafah (Ph.D).

Dr.Looi dan isterinya yang merupakan warga Australia, Andre Louisa dikurniakan 2 anak perempuan dan seorang anak lelaki. Dua daripada anaknya, dan isteri Dr.Looi menamatkan pengajian dalam bidang teknologi maklumat, di Australia.

Seorang lagi anak perempuannya, May Mei, graduan Universiti Sheffield bekerja sebagai peguamcara di London.

dr looi pemburu virus 876

Dr.Looi adalah ahli MENSA (komuniti IQ tinggi yang terbesar dan tertua di dunia), yang mempunyai tahap IQ 180. Beliau merupakan individu dengan IQ kedua tertinggi di Malaysia, diatasi mendiang Chiang Ti Ming dengan IQ 181.

Selain mempunyai IQ tinggi dan mencipta V-Buster, Dr.Looi juga merupakan rakyat Malaysia pertama yang mereka bentuk pintu automatik untuk rumah di Malaysia.

Minat terhadap komputer

Walaupun beliau merupakan arkitek bertauliah profesional, Dr.Looi juga merupakan pencipta, dan pakar dalam komputer (hardware dan software). Beliau menjadikan perekaciptaan dan pembinaan komputer serta mencipta gajet elektronik sebagai hobinya.

dr looi hoong thoong bersamaa khairy jamaaludin

Minat paling mendalam beliau dalam bidang pengaturcaraan adalah menggodam teknik perlindungan yang digunakan untuk melindungi perisian. Dengan ini, beliau dapat menghasilkan sistem perlindungan perisian yang lebih efektif. 

Beliau merupakan Ahli Bersekutu Institut Diraja Arkitek British, Fellow bagi Chartered Society of Designers (England), ahli Pertubuhan Arkitek Malaysia dan juga Fellow di North American Academy of Arts and Sciences.

Beliau juga disenaraikan dalam senarai :

  1. Who's Who (Malaysia, Singapore dan Brunei)
  2. Who's Who (Dunia)
  3. Who's Who (Rim Asia Pasifik)
  4. Who's Who Men of Achievement
  5. Who's Who Usahawan Antarabangsa
  6. Who's Who Antarabangsa dalam Seni dan Antik
  7. Buku Kehormat Antarabangsa
  8. Who's Who dalam Reka Bentuk Dalaman
  9. Who's Who of Men and Women of Achievement (Asia)
  10. Dictionary of International Biography
  11. Biography Fame International
  12. Twentieth Century Distinguished Who's Who
  13. Distinguished & Admirable Achievers
  14. 2000 Outstanding Intellectuals of the 21st Century
  15. Great Minds of the 21st Century

(Who's who adalah sumber data biografi orang berpengaruh di dunia)

Nama Dr.Looi tersemat dalam Malaysian Book of Records kerana telah memenangi anugerah IT terbanyak.

Rujukan :

1. V-Buster

2. Looi Software




Hakcipta iluminasi.com (2017)