Masalah paling besar bagi peminat muzik Metal tentang pendidikannya adalah ia jarang berkaitan dengan Metal itu sendiri. Sudah tentu di sekolah anda akan mempelajari sesuatu tentang "metal" tetapi ia hanya dalam mata pelajaran kimia.

kumpulan heavy metal slayer

Bagi peminat muzik Metal, mereka mahukan minat mereka menjadi sesuatu yang boleh dipelajari dan dikaji secara ilmiah.

Jika anda pernah bercita-cita untuk bergelar sebagai doktor falsafah sambil mempelajari muzik heavy metal, kini ia boleh menjadi kenyataan.

Universiti Newcastle di Australia kini menawarkan biasiswa PhD untuk mengkaji geografi sosial tentang budaya heavy metal.

Biasiswa tersebut adalah sebanyak RM80,000 setahun yang akan diberikan kepada 2 pelajar domestik atau seorang pelajar antarabangsa.

Mereka ini perlu mengkaji geografi sosial tentang "Homelessness and Mutual Aid", "Vegan Geographies", "Unschooling and The Possibilities of Childhood", dan yang terakhir , "Heavy Metal Geographies".

university of newcastle di australia tawarkan biasa phd untuk kursus heavy metal

Sebahagian daripada penerangan kursus berbunyi seperti berikut:

"Walaupun scene yang unik telah berkembang di seluruh dunia, sebahagian besar kumpulan Heavy Metal berasal dari negara-negara di latitud utara dunia. Australia berada dalam kedudukan unik dalam evolusi global ini, berikutan hubungan bersejarahnya dengan United Kingdom dan berkongsi hubungan budaya dengan penjajah kolonialnya. Walaupun jauh dari budaya geografi Heavy Metal, Australia telah mengembangkan pendekatannya yang unik dan penuh semangat, menghasilkan beberapa kumpulan muzik berprofil tinggi. "

Kursus ini amat relevan dengan kedudukan geografi Australia dalam budaya Heavy Metal, dengan memberikan tumpuan kepada persoalan jantina, bangsa, dan sosio-politik.

Antara soalan-soalan yang harus dijawab oleh pelajar tersebut termasuklah:

  1. "Apa jenis tema lirik yang digunakan oleh band Metal Australia? Adakah budaya dan geografi ini unik bagi benua ini? "
  2. "Apakah hubungan antara evolusi budaya Heavy Metal di Australia dan kolonialisme?"
  3. "Adakah Metal Heavy di Australia sebahagian besarnya adalah "fenomena putih"? Apakah respons terhadap kepelbagaian dalam perkara itu? "
  4. Bagaimanakah jantina dirundingkan dalam scene Metal di Australia?
  5. Apa yang membuatkan Heavy Metal Australia berbeza dan tersendiri?

kumpulan heavy metal iron maiden

Seorang peminat muzik Metal, Simon Springer yang juga merupakan Direktor Geografi Manusia di University Newcastle memberitahu majalah Kerrang:

"Saya mempunyai kebebasan untuk mengambil pelajar bekerja di bidang kepentingan peribadi. Dan sebagai peminat muzik metal yang baru sahaja mula melakukan kerja-kerja dalam kajian muzik metal, saya berasakan bahawa kursus ini akan menjadi saluran yang baik untuk meneruskan agenda penyelidikan saya. Sudah tentu jika saya masih seorang pelajar PhD, saya sangat gembira jika seseorang memberitahu saya bahawa belajar tentang muzik metal adalah satu pengajian yang ilmiah,".

Simon juga memberitahu bahawa peluang untuk biasiswa bagi bidang ini tersangatlah jarang berlaku, jadi beliau memutuskan untuk mengiklankan tentangnya untuk memberi kesempatan kepada peminat muzik Heavy Metal.

Rujukan:

1. Kerrang

2. Consequence of Sound

3. Bandwagon



Hakcipta iluminasi.com (2017)