"Centro Financiero Confinanzas" merupakan sebuah bangunan pencakar langit yang terbengkalai dan dibina di tengah bandar Caracas, iaoitu ibu negara Venezuela. Ianya turut digelar "Tower of David" sempena nama jurutera yang membinanya, David Brillembourg.

Projek pembinaan bangunan pencakar langit ini bermula pada tahun 1990 dan ianya dibina sebagai simbol kemajuan  bandar Caracas. Apabila siap, bangunan ini akan menjadi bangunan ketiga tertinggi di bandar Caracas.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Malangnya, krisis ekonomi yang melanda negara tersebut menyebabkan pembinaannya dihentikan sepenuhnya pada tahun 1994. Walaupun kerajaan telah mengambil alih bangunan ini, pembinaannya tetap tidak diteruskan sehingga masa kini. Tiada lif, sumber air, elektrik dan tingkap di bangunan ini.

Kewujudan pusat penempatan setinggan

penempatan setinggan

Akibat kemiskinan, ramai rakyat Venezuela yang tidak mempunyai tempat tinggal telah menjadikan bangunan yang tidak siap ini sebagai tempat perlindungan. Dianggarkan terdapat kira-kira 3000 orang manusia yang menjadikan bangunan setinggi 45 tingkat ini sebagai rumah, menjadikan bangunan Tower of David ini sebagai kawasan rumah setinggan tertinggi di dunia.

Segalanya bermula pada tahun 2007 apabila sekumpulan penduduk yang telah memasuki bangunan ini dan menjadikannya rumah mereka. Lama-kelamaan, jumlah penduduk di sini semakin bertambah sehingga wujudnya kegiatan tidak sihat berlaku disini seperti jenayah dan pengedaran dadah.

rumah setinggan

Walau bagaimanapun, penduduk yang tinggal disini telah berjaya membina tempat tinggal yang selesa disini lengkap dengan kemudahan asas seperti elektrik dan air atas usaha dan kreativiti mereka sendiri. Tekanan air pula dikatakan cukup bagi membolehkannya disalurkan sehingga ke tingkat 22.

Tiada kemudahan lif disini. Walau bagaimanapun, penduduk boleh menggunakan motorsikal untuk turun dan naik sehingga 10 tingkat yang pertama. Selepas daripada tingkat ke 10, mereka perlulah menggunakan tangga sebagai akses utama.

Walaupun dianggap penempatan haram, kawasan penempatan ini mempunyai pelbagai fasiliti yang dibangunkan oleh penduduk disitu juga seperti gudang, klinik pergigian, kedai, pusat kecantikan, pusat jagaan kanak-kanak dan sebagainya. Terdapat juga penduduk yang memiliki kereta yang diletakkan di tempat letak kenderaan bertingkat di menara ini.

Dianggap kawasan yang lebih selamat

kawasan setinggan tertinggi di dunia

Kawasan setinggan sering dilihat sebagai kawasan yang penuh sesak dan tidak selamat kerana terdapatnya pelbagai aktiviti jenayah  akibat tiadanya penguatkuasaan daripada pihak berkuasa. Namun, penduduk disini mengatakan Tower of David lebih selamat daripada tempat setinggan lain di Caracas.

Terdapat penduduk yang berpindah masuk ke sini daripada kawasan penempatan setinggan lain seperti Petare yang terkenal dengan aktiviti jenayah dan kekerasan. Komuniti penduduk disini juga telah menubuhkan sebuah organisasi bagi menjaga keharmonian, keamanan dan kebersihan bangunan ini.

kemiskinan venezuela

Malah, penduduk juga tertakluk kepada beberapa undang-undang yang telah dipersetujui secara bersama. Walau bagaimanapun, mereka dikehendaki membayar sekitar $32 kepada kumpulan yang bertanggungjawab melakukan rondaan keselamatan di kawasan ini.

Bagi penduduk disini, mereka menganggap kehidupan mereka sangat aman dan tidak seperti kawasan-kawasan setinggan yang lain. Namun, pihak media Barat sering memberikan tanggapan negatif terhadap penempatan setinggan ini. Hal ini telah menyebabkan mereka begitu skeptikal terhadap orang luar yang datang untuk melawat kawasan ini.

Tower of David masih wujud sehingga ke hari dan menjadi simbol keruntuhan institusi kewangan negara Venezuela.

Kredit:

  1. Reuters
  2. Wikipedia
  3. IB Times



Hakcipta iluminasi.com (2017)