Oleh pada 27 Apr 2018 kategori

top 9 kualiti terbaik yang dimiliki orang berjaya

Bukan senang untuk senang dan bukan susah untuk susah. Frasa yang sangat mudah dan ringkas namun memberikan makna yang besar. Untuk berjaya, tiada jalan singkat dan mudah, namun ia tidak mustahil jika cara yang betul digunapakai.

Jika anda lihat ciri-ciri, perwatakan, personaliti dan kualiti yang ada pada orang-orang yang berjaya, pasti anda akan sedar akan persamaan pada mereka.

Tabiat dan usaha yang dilakukan dalam kehidupan seharian mereka adalah sama dan memberikan hasil yang sama iaitu berjaya. iluminasi.com ingin mengajak para pembaca untuk menghampiri kejayaan dengan berkongsi 9 kualiti yang ada pada mereka yang berjaya.

1. Mengambil peluang yang ada

top 9 kualiti terbaik yang dimiliki orang berjaya 2

Rasa takut yang ada dalam diri mampu melumpuhkan seseorang dan membuatkan mereka tidak bertindak. Rasa takut ini selalunya adalah lebih berbahaya dan teruk berbanding kegagalan itu sendiri.

Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg memberikan amaran berkenaan perkara ini dengan berkata, "Risiko yang paling besar adalah tidak mengambil sebarang risiko. Dalam dunia yang berubah dengan begitu pantas ini, satu-satunya strategi yang dijamin untuk gagal adalah tidak mengambil risiko,".

2. Bertanggungjawab ke atas hidup sendiri

les brown top 9 kualiti terbaik yang dimiliki orang berjaya 3

Apabila berlaku sesuatu yang tak diingini dan kita menyalahkan orang lain, kita sebenarnya menafikan kuasa dan hak diri kita untuk mengawal dan menentukan masa depan kita. Mengawal hidup sendiri adalah syarat permulaan kepada apa-apa tahap pencapaian dalam hidup.

Penceramah motivasi terkenal dan pengarang, Les Brown menegaskan, "Terima tanggungjawab ke atas hidup anda. Ketahui bahawa andalah yang akan menentukan ke mana arah hidup anda, dan sama ada berjaya atau gagal. Tiada orang lain dapat menentukannya, melainkan diri anda sendiri.

3. Mengejar minat dan impian

mark cuban top 9 kualiti terbaik yang dimiliki orang berjaya 3

Rasa seronok dan gembira adalah satu emosi yang kuat yang mana kita boleh memanfaatkannya dalam mencapai kehidupan yang kita impikan. Apabila kita bekerja dengan melakukan apa yang kita suka, ia lebih mudah untuk kita berikan sepenuh tenaga kepadanya.

Mark Cuban, seorang usahawan dan pelabur dengan kekayaan sebanyak RM14.46 juga memberi nasihat, "Carilah sesuatu yang anda suka lakukan. Jika anda tidak membuat keuntungan sekalipun, sekurang-kurangnya anda suka untuk bekerja,".

4. Tumpukan pada matlamat spesifik

michael jordan top 9 kualiti terbaik yang dimiliki orang berjaya 3

Dalam hidup, kita harus mempunyai satu sasaran yang jelas dan ia mestilah sesuatu yang munasabah untuk dicapai. Jika anda mempunyai matlamat yang berliku-liku atau bervariasi, ia mampu mengalihkan fokus dan tenaga kita.

Tetapi jika anda menumpukan minda terhadap satu matlamat mutlak, ia akan membantu anda dalam mengumpulkan segala usaha hanya kepada satu arah yang akhirnya memberikan kebarangkalian yang lebih tinggi untuk berjaya.

Seperti kata lagenda bola keranjang, Michael Jordan, "Fokus seperti laser (walaupun kecil tetapi tepat), bukannya seperti lampu suluh,".

5. Berusaha melampaui had diri

richard branson top 9 kualiti terbaik yang dimiliki orang berjaya 3

Dalam memupuk sesuatu kejayaan, anda seharunya tidak menetapkan had kepada apa yang anda boleh dan tidak boleh lakukan, serta perlu menghapuskan tabiat dan kepercayaan yang boleh mensabotaj diri sendiri.

Kita harus berhadapan dan bergerak melampaui rasa takut, keraguan dan ketidakyakinan untuk meneruskan aspirasi. Pengasas Kumpulan Virgin, Richard Branson mencadangkan, "Saya rasa apa sahaja yang anda lakukan dalam hidup anda, cuba sedaya upaya melepasi had diri anda,".

6. Sentiasa memperbaiki diri

darren hardy top 9 kualiti terbaik yang dimiliki orang berjaya 3

Dalam diri orang yang berjaya, mereka sentiasa mempunyai niat dan cara dalam mencari jalan untuk memperbaiki diri sendiri. Mereka memahami bahawa kejayaan bukanlah satu destinasi tetapi satu perjalanan. Oleh itu, seseorang itu tidak seharusnya berhenti memperbaiki diri walaupun sudah kelihatan seperti berjaya.

Bekas penerbit majalah Succes, Darren Hardy memberi nasihat, "Empayar yang pernah berjaya telah gagal disebabkan oleh faktor ini. Ramai yang mencapai tahap kejayaan tertentu dan menjadi terlalu selesa,". 

Antara contoh terbaik yang anda boleh lihat adalah Nokia yang mana dahulunya adalah syarikat pengeluar telefon bimbit paling berjaya, kini tenggelam kerana tidak memperbaiki sistem mereka mengikut peredaran zaman. Perkara yang sama juga berlaku kepada Toys "R" Us.

7. Sentiasa membantu orang lain

michelle obama top 9 kualiti terbaik yang dimiliki orang berjaya 3

Selain menumpukan terhadap keperluan diri sendiri, orang yang berjaya juga menggunakan masa dalam mencari penyelesaian untuk orang lain. Mereka berasa seronok dan gembira dengan berkhidmat untuk orang lain menggunakan kepakaran yang dimiliki, dan kekayaan biasanya adalah hasil sampingan dalam interaksi mereka.

Bekas FLOTUS (First Lady of the United States), Michelle Obama berkata, "Kejayaan bukanlah mengenai berapa banyak wang yang anda perolehi. Ia mengenai perubahan yang anda lakukan dalam kehidupan orang lain,".

8. Melabur dalam usaha orang lain

carrie underwood top 9 kualiti terbaik yang dimiliki orang berjaya 3

Orang yang berjaya seronok dalam memotivaasikan dan memperkasakan orang lain. Golongan ini mendapati kepuasan dalam melaburkan sumber dan mengajar lebih ramai orang dalam merealisasikan impian mereka.

Penyanyi dan pelakon berjaya, Carrie Underwood percaya bahawa, "Orang yang berjaya mempunyai tanggungjawab sosial dalam memastikan dunia menjadi lebih baik, bukan hanya mengambil keuntungan daripadanya sahaja,".

9. Bersyukur dengan nikmat pemberian

rasulullah saw top 9 kualiti terbaik yang dimiliki orang berjaya 3

Dan akhir sekali, orang yang berjaya memahami konsep dan kuasa yang datang daripada rasa syukur. Ia membantu kita menjadi lebih fokus kepada perkara positif, meningkatkan keupayaan dalam menerima dan mengakui kelimpahan rezeki yang dikurniakan.

Dalam menzahirkan rasa syukur ia bukanlah dilakukan semata-mata dengan mengucapkan perkataan syukur, tetapi dengan perbuatan. Begitulah apa yang dikatakan oleh manusia paling berjaya di atas muka bumi ini, iaitu Nabi Muhammad S.A.W dalam sabda baginda:

“Barang siapa yang memperhatikan kepentingan saudaranya, maka Alah akan memperhatikan kepentingannya. Barangsiapa yang melapangkan suatu kesulitan sesama muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesulitan dari beberapa kesulitan dihari kiamat. 

Dan barangsiapa yang menutupi kejelekan orang lain maka Allah akan menutupi kejelekannya dihari kiamat”. (HR Bukhari dan Muslim)


tags : , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)