Seperti yang biasa anda dengar, duit tak tumbuh seperti daun di phon apatah lagi jatuh dari langit.

Namun beberapa tahun yang lepas, reptilia yang lebih dikenali dengan nama panggilan tokek gecko menjadi seperti emas bagi mereka yang mahu menjana pendapatan lumayan dengan cara yang pantas.

Semuanya bermula dengan kepercayaan bahawa enzim dari air liur reptilia ini dapat menyembuhkan AIDS, barah dan juga selesema H1N1.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Internet dipenuhi dengan lambakan muat naik artikel, rangkaian perbualan dan forum yang memaparkan perbincangan mengenai keuntungan yang tersangat lumayan yang boleh diperoleh melalui penjualan tokek gecko.

Post-post di internet memaparkan stok, memenuhi permintaan yang melonjak naik daripada pelanggan yang mudah ditipu kebanyakannya dari Malaysia dan Singapura.

Bagi mereka yang percaya, tokek gecko boleh bernilai di antara beberapa ribu hingga beberapa juta ringgit.

Apabila perdagangan ini disiasat oleh rangkaian pemantauan hidupan liar dikenali sebagai Traffic, rupa-rupanya gembar-gembur dalam talian hanyalah sembang kosong dan semua pengiklan haiwan tersebut langsung tidak menjual tokek gecko.

Adakah ini merupakan penipuan internet yang sangat meluas? Pengarang laporan "The Trade in Tokay Geckos (Gekko gecko) In South-East Asia: With A Case Study On Novel Medicinal Claims In Peninsular Malaysia" berpendapat sedemikian.

seorang penjual memberi makan kepada tokek

Mereka menyatakan bahawa penemuan mereka menyokong dakwaan oleh peniaga persendirian yang juga bersetuju dengan pendapat tersebut.

Sebelum penipuan besar-besar ini berlaku, tokek gecko berharga tidak lebih daripada RM76 di perdagangan haiwan peliharaan antarabangsa namun pada akhir tahun 2009, pihak berkuasa di seluruh Asia Tenggara mula merampas spesismen hidup yang diperdagangkan secara haram.

Akhbar-akhbar dilimpihai dengan laporan bahawa menangkap atau menternak makhluk ini menjadi pendapatan sampingan yang baru dan sangat lumayan bagi penduduk kampung.

Penyiasatan oleh Traffic menjumpai ramai peniaga, yang kebanyakannya bertaburan di seluruh negeri Kedah dan Kelantan, yang mengakui bahawa setiap tokek gecko dijual mencecah harga puluhan ribu ringgit.

tokek gecko

Seorang peniaga mendakwa bahawa semasa puncak perdagangan (di antara 2009 dan 2011), beliau menjual 100 tokek gecko seminggu kepada pengguna di Singapura, Malaysia, dan juga Eropah, sebagai rawatan kanser.

Dia mengenakan bayaran sebanyak RM19,000 bagi setiap tokek gecko dan menyatakan bahaya mengenai perdagangan ini, termasuk ditangkap dan dirompak ketika urusan jual beli.

Beliau berkata bahawa sindiket yang pernah menjadi majikannya telah kehilangan lebih RM100,000 kepada peniaga Thai dan Laos yang cerdik.

Sifat tamak telah membuatkan perniagaan ini semakin pesat membangun, ditambah pula dengan harga yang melonjak naik.

Juga dikhabarkan bahawa tokek gecko yang lebih besar, yang mana beratnya 400g atau lebih, boleh menghasilkan "enzim" yang dapat menyembuhkan AIDS.

Tokek-tokek gecko ini dikatakan bernilai lebih RM3 juta setiap seekor. Untuk menjadikan tokek geckomencapai berat ini, seorang peniaga telah menyuntik silikon atau memaksa haiwan ini makan kepingan logam.

tokek gecko untuk dijual

Para penyelidik berasa ragu jika tokek mampu mencapai berat itu secara semulajadi.

Traffic juga tidak menemui apa-apa yang menyokong kredibiliti dakwaan tersebut. Apa yang dapat dipastikan adalah berlaku ketidaktentuan yang besar dalam harga jualan tokek gecko.

Sesetengah penjual meletakkan harga RM580 seekor dan ada yang menjual dengan harga RM50,000.

Ini menunjukkan bahawa tiada nilai pasaran sebenar bagi "komoditi" ini, yang mana seterusnya menyokong teori bahawa ia sememangnya tidak bernilai dan hanya bermula dengan satu penipuan licik.

Tokek gecko yang dijual untuk penghasilan ubat-ubatan baru nampaknya diperoleh daripada hutan liar di Thailand, Laos dan Myanmar, yang kemudianya diangkut ke darat ke Malaysia.

Satu laporan berita memperincikan bagaimana lebih daripada 1,000 tokek gecko ditemui di dalam bonet kereta.

Namun kini kita boleh menarik nafas lega kerana zaman kegemilangan ubat ajaib tokek gecko telah berakhir. Dakwaan perubatan tersebut langsung tidak berasas, dan tokek gecko hanyalah seekor cicak yang mempunyai rupa bentuk serta warna yang menarik.

Bermula tahun 2011, tokek gecko menjadi salah satu haiwan yang dilindungi di Malaysia dan memerlukan lesen untuk pemilikan dan perdagangan, selepas ia dimasukkan ke dalam Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang baru.

tokek gergasi

Walaupun populasi setempat yang berkurangan (di Bangladesh) dianggap disebabkan oleh perdagangan tokek gecko untuk ubat baru, namun bagi skala serantau, jumlah haiwan yang ditangkap dari hutan untuk tujuan ini nampaknya agak kecil.

Memandangkan terdapat pelbagai jenis dan banyak spesies haiwan ini, perdagangan tokek gecko untuk ubat-ubatan baru tidak mungkin menimbulkan ancaman serius kepada populasi tokek gecko liar.

Tokek gecko telah lama diperdagangkan untuk perubatan tradisional. Sekitar 15 juta ekor tokek gecko kering telah diimport ke Taiwan sejak 2004, 71% daripadanya berasal dari Thailand dan yang lain dari Jawa, Indonesia.

Pada tahun 2011, penghantaran sebanyak 1.2 juta ekor tokek gecko yang ditangkap secara haram berjaya dipintas dari Jawa dalam perjalanan ke Hong Kong.

Tidak seperti perdagangan perubatan baru yang kebanyakannya berlaku di Semenanjung Malaysia dan Singapura, perdagangan untuk perubatan tradisional di negara-negara Asia Timur, seperti China, Hong Kong, Vietnam dan Taiwan, berada pada skala yang sangat besar.

Tokek gecko digunakan dalam perubatan Cina tradisional untuk merawat penyakit kulit, asma, kencing manis dan kanser.

tokek gecko kering untuk tujuan perubatan

Baru-baru ini, ujian klinikal pada tikus telah menunjukkan bahawa terdapat sumber dari tokek gecko mempunyai ciri-ciri anti-tumor.

Walau bagaimanapun, pakar telah mengkritik kajian kerana melakukan kajian dengan kawalan yang tidak baik, saiz sampel yang tidak mencukupi dan memindahkan keputusan berdasarkan satu spesies (Gekko japonicas) kepada yang lain (tokek Gecko).

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyatakan bahawa tidak terdapat bukti saintifik bahawa tokek gecko dapat menyembuhkan AIDS atau kanser, dan tidak ada maklumat mengenai keselamatan terhadap pendedahan kepada tokek gecko.

Namun, perdagangan tokek gecko untuk perubatan baru seolah-olah sedang berkembang pesat.

Walaupun secara meluas dianggap sebagai spesies biasa, beberapa kajian populasi sebenarnya telah dilakukan terhadap tokek gecko, yang mempunyai penampilan menarik, berwarna biru-kelabu, dengan bintik-bintik yang berkisar dari kemerahan-oren hingga kuning keputihan.

tangkap tokek

Status pemuliharaannya belum dinilai oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam.

Namun, daripada sedikit kajian yang telah dilakukan, bilangan reptilian ini secara umum telah didapati menurun. Ini berlaku di Jawa, Indonesia dan utara-timur Thailand, dan pada masa lalu, di tanah besar China.

Di Nepal, tokek gecko dianggap sangat jarang dan di Vietnam, ia disenaraikan sebagai spesies terancam. Status haiwan ini masih belum didokumentasikan di negara lain.

Lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk mengukur tahap perdagangan dan jumlah tokek gecko yang ditangkap dari butan. Dengan cara itu, penangkapan tokek gecko boleh dipantau dan diubah suai, bergantung kepada trend penduduk.




Hakcipta iluminasi.com (2017)