Oleh pada 17 Apr 2017 kategori

Adakah anda serabut kepala memikirkan tentang bebanan  hutang yang banyak dan tempoh pembayaran hutang yang panjang? Tak kisahlah hutang apa pun, hutang PTPTN, hutang kereta, hutang pinjaman peribadi, hutang kad kredit dan bermacam lagi jenis hutang yang ada, ia tetap membebankan kepala untuk memikir bagaimana cara supaya hutang dapat diselesaikan dengan cepat untuk hidup bebas dari hutang.

Tetapi anda jangan bimbang, setiap masalah pasti ada jalan penyelesainnya. Pertama sekali anda perlu meletakkan hutang adalah masalah utama yang wajib diselesaikan, masalah duit tidak mencukupi jatuh ke tangga ke dua selepas hutang, Anda  mesti ada semangat keazaman yang membara untuk melunaskan segala hutang hutang tersebut dengan cepat. Ibarat gunung yang tinggi berada didepan, anda mampu melangkah dan memanjat sehingga ke puncak. Rasai suasana yang menakjubkan ketika berada di puncak gunung setelah penat lelah mengharungi liku liku dan penat jerih semasa memanjat gunung tersebut. Begitulah perasaan anda apabila sudah berjaya melangsaikan segala hutang piutang yang ditanggung.

BESARKAN TEKS     A-  A+

OK, jika anda sudah bersedia untuk melangsaikan hutang anda dengan cepat, di sini ada beberapa tips yang berguna untuk anda supaya dapat menyelesaikan hutang secepat mungkin. 

1. Jangan buat hutang baru atau tambah hutang

Nak selesaikan masalah hutang yang beban dengan cepat, anda perlu berhenti menggunakan hutang untuk membiayai gaya kehidupan anda. Jangan timbunkan lagi hutang anda, dengan pergi ke bank dan buat pinjaman peribadi. Fikir kesan yang anda kena bayar jumlah faedah yang banyak kepada bank, bukannya sedikit jumlah. Jangan sesekali mendaftar kad kredit atau jika anda mempunyai kad kredit, potong sahaja kad kredit tersebut. Jangan suka suka tukar kereta jika kereta anda masih lagi mampu membawa anda kemana mana sahaja destinasi yang di kehendaki. Kalau minat juga dengan kereta baru itu, anda boleh pergi ke showroom dan melakukan test drive sahaja, tapi jangan beli pula. Sesekali pun anda tidak dibenarkan menggunakan istilah "biar papa asalakan bergaya", Nak bergaya buat apa kalau duit dalam poket nipis, baik nampak selekeh janji duit banyak. Betulkan?

2. Merangka pelan kewangan yang strategik

 Ambil sehelai kertas A4 berwarna putih, tulis segala pendapatan anda selepas cukai dan juga tulis jumlah perbelanjaan yang anda ada termasuk juga bayaran minimum pada hutang yang anda ada. Setelah sudah selesai menulis, anda perlu melihat semula setiap perbelanjaan tersebut dan mula meletak kedudukan perbelanjaan yang menjadi keutamaan anda. Senaraikan juga berapa jumlah hutang yang tinggal dan berapa banyak bayaran ansuran yang perlu di bayar setip bulan. Lihat senarai tersebut  dan jika ada lebihan perbelanjaan maka anda boleh meletakkan lebihan perbelanjaan tersebut ke dalam tabung kecemasan yang diwujudkan oleh anda. Fungsi tabung ini adalah untuk perbelanjaan jika berlaku hal kecemasan yang tidak diduga seperti kereta rosak,sakit demam dan lain lain. Anda juga boleh merancang untuk membayar hutang anda dengan amaun tambahan dari lebihan perbelanjaan yang ada rangka. Jika anda ada lebihan wang anda boleh membayar amaun tambahan untuk hutang tersebut. Gandakan amaun bayaran hutang bulanan untuk cepatkanan tempoh habis bayaran pinjaman.

senaraikan hutang

3. Membayar hutang tepat pada masanya

Pastikan anda membayar hutang tepat pada masanya dengan jumlah yang minima untuk mengelak daripada dikenakan faedah yang tinggi atau denda kerana kelewatan membayar. Pastikan anda senaraikan jadual pembayaran hutang anda supaya anda tidak terlewat membayar hutang anda. Pastikan anda gunakan wang lebihan yang ada untuk membayar hutang yang mempunyai kadaran faedah tertinggi atau tempoh yang sudah singkat dahulu.

4. Tambah pendapatan secara part time

Membuat kerja part time memang penat setelah seharian bekerja, tetapi ia berbaloi jika anda mampu menjana pendapatan yang ke dua untuk membebaskan hutang dengan cepat. Apabila hutang anda dapat diselesaikan dengan cepat, maka kuranglah beban anda untuk memikir masalah tersebut lagi. Buat sahaja kerja part time itu sehingga anda dapat selesaikan hutang anda dengan cepat. 

5. Jual barang terpakai yang ada dirumah anda

Barang yang ada di rumah anda tetapi ia tidak gunakan, jangan dibuang atau disimpan sehingga bersawang begitu sahaja. Jual barangan tersebut secara online menggunakan platform jualan yang telah tersedia kerana mungkin ada pembeli yang berminat untuk mendapatkan barang tersebut. Hasil dari jualan tersebut anda sudah boleh menambah amaun bayaran untuk mempercepatkan bayaran hutang yang ada.

6. Berdoa supaya dimudahkan untuk membayar hutang

Antara doa untuk anda amalkan adalah, "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kegundahan dan kesedihan dan aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan dan kemalasan dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut dan bakhil dan aku berlindung kepada-Mu dari lilitan hutang dan pemaksaan dari orang lain . "(HR Abu Dawud).




Hakcipta iluminasi.com (2017)