tidak terlalu merancang untuk yusuf iskandar 1

Kredit foto: Instagram Yusuf Iskandar

Pengacara dan pelakon, Hanis Zalikha akui mengamalkan keterbukaan dalam proses membesarkan anak sulungnya, Yusuf Iskandar.

Menurut Hanis, pendekatan tersebut dilakukan sejak Yusuf berada dalam kandungannya lagi. Dia enggan mengambil serius dalam membuat sebarang keputusan berkaitan anaknya itu.

tidak terlalu merancang untuk yusuf iskandar 2

Kredit foto: Instagram Yusuf Iskandar

Sejak Yusuf di dalam kandungan, sudah ada ramai pihak yang bertanyakan pelbagai soalan tentang anak kami. Antaranya ialah mereka bertanya sama ada saya ingin membuka akaun Instagram untuk anak saya dan macam-macam lagi. Bagi saya dan Hairul, kami lebih suka jika sesuatu keputusan itu dibuat apabila tiba pada waktunya.

Sumber: Astro Gempak

Hanis berpendapat cara tersebut berkemungkinan dapat menjadi jalan terbaik dalam membesarkan Yusuf.

Dalam perkembangan lain, pelakon itu enggan menerima sebarang tawaran lakonan buat masa ini.

Jelasnya, komitmen bekerja dalam produksi adalah tinggi dan sukar dilaksanakan kerana kekangan masa.

Banyak perkara yang perlu saya pertimbangkan sebelum menerima sesuatu tawaran. Bukan tidak rindu untuk beraksi di kaca TV, tetapi saya akan utamakan Yusuf selain saya juga yang bertanggungjawab untuk menguruskan perniagaan kami. Komitmen yang diperlukan untuk berlakon adalah lebih tinggi dan saya rasakan waktunya belum sesuai.

Sumber: Astro Gempak

Hanis membuat kenyataan tersebut di majlis pelancaran pertandingan ’Cipta Kawan Cheek-e!’ di SK Seri Tasek, Kuala Lumpur yang berlangsung Rabu lalu. 

tidak terlalu merancang untuk yusuf iskandar 3

Kredit foto: Instagram Hanis Zalikha 


tags : , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)