hairul azreen nafi tumpang kesenangan hanis dan yusuf

Kredit foto: Utusan Online

Kehadiran Yusuf Iskandar dalam hidup pasangan pelakon Hairul Azreen dan Hanis Zalikha ternyata membuatkan rezeki mereka semakin melimpah ruah.

Namun, disebalik itu terdapat cerita kurang manis mengatakan kononnya Hairul menumpang kesenangan yang dikecapi oleh isteri dan anaknya itu.

Saya dulu budak rempit, orang susah tetapi saya ada cita-cita besar dalam hidup saya dan ia tidak akan datang bergolek jika tiada usaha. Alhamdulillah sebelum berkahwin lagi kehidupan saya sudah berubah dan sejak memenangi pertandingan Fear Factor beberapa tahun dahulu membuka mata saya.


Wang hasil kemenangan itulah saya gunakan untuk memulakan perniagaan bersama Hanis dan Alhamdulillah berkat usaha dan rezeki daripada Allah ia menjadi. Perniagaan pertama saya pun saya bangunkan bersama Hanis, ketika itu memang saya tiada ilmu tetapi isteri saya banyak membantu.


Kami berdua bermula dari bawah untuk sampai ke tahap sekarang dan Alhamdulillah rezeki saya selepas berkahwin dan mempunyai anak semakin murah.

Jelas Hairul lagi, pengalaman Hanis dalam bidang perniagaan sememangnya membantu melancarkan bisnes yang sedang dijalankan mereka berdua.

Selain itu, Hairul tidak menolak populariti anak sulungnya, Yusuf dan kucing peliharaannya, Bujibu yang juga menjadi faktor penyumbang kepada kejayaannya.

Sumber: mStar Online & rotikaya.com


tags : , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)