Oleh pada 28 Feb 2022 kategori

Kredit: Facebook Ustazah Asmak Husin

 

Menerusi Facebook, ahli politik terkemuka, Ustazah Asmak Husin mempertikaikan penyiaran sebuah drama yang menjadi buah mulut orang ramai di sebuah stesyen televisyen swasta yang memaparkan watak lelaki homoseksual.

 

"Saya menggesa cerita seperti ini diboikot kerana memaparkan perlakuan gay yang sangat tidak sesuai untuk tontonan umum. Tambahan pula, ia akan memberi pengaruh yang tidak baik kepada pemikiran penonton golongan muda," tulisnya.

ustazah asmak pic 3

Kredit: Facebook Ustazah Asmak Husin

 

Menyuarakan pandangan beliau, meskipun matlamat drama tersebut mungkin baik, namun kelakuan watak yang ditonjolkan mampu memburukkan lagi keadaan.

 

"Saya faham sekiranya pengarah drama ini mengatakan tujuannya untuk memaparkan realiti sebenar kehidupan masyarakat di sekeliling kita atau memberi kesedaran tentang isu ini.

 

"Tetapi, masalah timbul apabila adegan percintaan antara lelaki homoseksual yang menjadi tular dan mendapat banyak sambutan, sekaligus menggagalkan tujuan drama itu dihasilkan," ulasnya.

ustazah asmak pic 4

Kredit: Facebook Ustazah Asmak Husin

 

Selain itu, beliau turut menyifatkan media massa dan individu terkenal menggalas tanggungjawab penting dalam membendung isu ini.

 

"Peranan orang media dan influencer sangat besar untuk bersama-sama berganding bahu memberi kesedaran mengenai normalisasi lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer (LGBTQ) kepada pengikut masing-masing," tegasnya.

 

Komen Pilihan

ustazah ss

 

"Walaupun setiap watak itu pasti akan insaf dengan dosa mereka di hujung penceritaan, tetapi adegan yang dipaparkan sekarang adalah keterlaluan.

 

"Saya harap drama 'sampah' seperti ini dilarang dari terus ditayangkan demi kebaikan generasi akan datang," luah seorang netizen.

 

Sumber: Facebook Ustazah Asmak Husin 




Hakcipta iluminasi.com (2017)