Oleh pada 19 Apr 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Ziana Zain

Penyanyi dan pelakon terkenal, Ziana Zain, tidak terbuka untuk berkongsi secara terpercinci berkenaan kemelut melanda rumah tangganya yang menjadi topik bualan hangat ketika ini.

Ziana, 50, berkata, demi tidak mengaibkan kedua-dua pihak termasuk keluarga terdekat, dia nekad untuk tidak membuka pekung suaminya, Armin Zaharin Ahmad, 53, yang menjadi teman hidup sejak 19 tahun lalu.

Penyanyi bersuara lantang ini, dalam masa sama, akui kehidupan beliau bersama anak-anak kini dalam keadaan 'lega' tanpa kehadiran lelaki itu di sisi.

tiada orang ketiga dalam rumah tangga ziana zain akui pendam rasa 2

Kredit foto: Instagram Ziana Zain

“Biarlah kami sahaja yang tahu. Cuma saya akui, sudah lama memendam rasa dan Alhamdulillah, saya serta anak-anak boleh menghela nafas lega sekali gus berpeluang menikmati rasa bahagia.


“Ahli keluarga dia (suami) adalah keluarga saya juga. Jadi tidak baik untuk saya buka pekung sendiri,” dedahnya kepada portal Utusan Online.


Beliau ditemui di majlis pelancaran album khas, Nada Seni Ritma Negara yang memuatkan lagu Kawan Setia nyanyian Datuk DJ Dave, di ibu kota, semalam.

Sementara itu, Ziana menegaskan tidak timbul isu orang ketiga dalam perhubungannya dengan suami, sebaliknya konflik yang berlaku atas ketentuan Ilahi.

Selain itu, pelantun Kemelut Di Muara Kasih ini mendedahkan, suaminya yang juga bekas ketua pramugara itu, tidak pernah menghubunginya dan anak-anak selepas bebas daripada tahanan polis.

“Firman Allah dalam al-Quran, kun fa ya kun, maka jadilah. Siapa saya sebagai hamba-Nya untuk mengelak setiap takdir yang telah ditentukan ke atas saya.


“Dia Maha Kuasa. Saya terima semua ini sebagai satu ujian. Mungkin ada hikmahnya,” katanya dalam nada sebak. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)