Photo credit: Hani Amir/FlickrMaldives sememangnya terkenal sebagai tempat percutian dengan kejernihan airnya dan keindahan pantainya. Ianya merupakan destinasi popular bagi pasangan yang ingin berbulan madu mahupun mereka yang gemar melakukan aktiviti scuba diving. Walaubagaimanapun, ada suatu fakta menarik yang tidak ramai orang tahu mengenai Maldives.

Seperti mana-mana daerah, negeri mahupun pulau, pihak kerajaan akan mewartakan satu kawasan tempat pelupusan sisa-sisa sampah. Di Maldives, terdapat sebuah kawasan atau pulau kecil bernama Thilafushi yang telah diisytiharkan oleh kerajaan pada tahun 1991 sebagai tempat pengumpulan dan pelupusan sisa-sisa sampah dari kawasan kepulauan Maldives. Untuk tujuan pelupusan sampah ini, satu lubang besar telah digali disekeliling kawasan Thilafushi untuk menempatkan sampah-sampah yang dihantar ke kawasan ini. Ianyanya kemudian ditutupi dan ditambah, seterusnya menyebabkan pertambahan luas kawasan ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Disebabkan kawasan Thilafushi semakin luas dan seakan-akan membentuk sebuah pulau, pihak kerajaan telah bertindak menyewaan sebahagian daripada kawasan di pulau Thilafushi kepada syarikat-syarikat industri pembuat kapal, simen dan juga gudang simpanan. Kini, terdapat lebih daripada 30 kilang yang terdapat di pulau ini. Terdapat juga masjid yang telah dibina dan kawasan ini menjadi tempat tinggal bagi kira-kira 150 pekerja Bangladesh yang bekerja di sini.

Walaupun sampah-sampah ini telah ditambak, masih terdapat kesan-kesan pencemaran lain yang berlaku kepada alam sekitar. Sampah-sampah ini didapati telah mencemarkan laut dan pantai serta beberapa kawasan aktiviti scuba diving. Pada tahun 2011, pihak kerajaan telah mengharamkan pembuangan sampah ke pulau ini untuk mengelakkan kesan lebih buruk terhadap alam sekitar.

dumping site

Kredit gambar: Dying Regime/Flickr

sampah 646

Photo credit: Hani Amir/Flickr

 

pulau thifushi 116

Photo credit: Fizan/Wikimedia




Hakcipta iluminasi.com (2017)