Ubat preskripsi yang ditetapkan oleh doktor mempunyai kesan berbahaya terhadap mereka yang menderita daripada penyakit. Terdapat di antara pesakit yang telah mencuba lebih daripada ubat farmasi dan mencuba menggunakan ganja sebagai alternatif rawatan yang mana tidak dibenarkan di sisi undang-undang.

Walaupun ganja dilihatkan sebagai "dadah" yang merosakkan namun kita tak boleh mengenepikan manfaat dan faedah yang mampu diberikan oleh tumbuhan ini, terutamanya dalam bidang perubatan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

8 penyakit kronik yang mampu dirawat oleh ganja 2

Kompaun dalam Cannabidiol (CBD) yang terdapat dalam tumbuhan ini mampu mengurangkan keradangan dan kesakitan pada pesakit secara mendadak. CBD juga boleh digunakan untuk merawat pelbagai keadaan kronik dan boleh digunakan dalam pelbagai bentuk termasuklah kek, minyak, ekstrak, dan banyak lagi.

1. Epilepsi (sawan)

epilepsi 8 penyakit kronik yang mampu dirawat oleh ganja

Dicirikan oleh sawan yang berulang dan berbeza dari segi betapa teruknya, epilepsi biasanya berlaku disebabkan oleh gangguan di kawasan tertentu dalam litar otak yang mencetuskan aktiviti elektrik yang berlebihan.

Sawan membuatkan hidup seseorang itu amat terganggu disamping perlu memilih rawatan mana yang paling sesuai untuk dijalani. Sebelum rawatan menggunakan ganja diharamkan pada abad ke-20, masalah sawan sering dirawat menggunakan ganja disebabkan kesannya yang sangat mengagumkan.

Namun, beberapa tahun kebelakangan ini berlaku kelonggaran terhadap penggunaan ganja perubatan. Ia mendorong lebih banyak kajian untuk mendedahkan potensi kannabinoid dalam merawat epilepsi dengan efektif.

Kajian menunjukkan bahawa kannabinoid mempengaruhi sel-sel dalam badan yang dikenali sebagai reseptor kannabinoid. Cannabidiol (CBD) adalah antara salah satu bahan yang boleh memberi kesan kepada badan yang membantu mengurangkan sawan. Pesakit dari semua peringkat umur menunjukkan kesan positif, terutamanya pesakit yang sebelum ini tak mampu menahan ubat anti-sawan.

2. Parkinson

parkinson 8 penyakit kronik yang mampu dirawat oleh ganja

Penyakit Parkinson adalah gangguan degeneratif yang menyebabkan kerosakan serius kepada sistem saraf pesakit. Mangsa menderita daripada masalah deria yang memperlahankan pemahaman sesuatu perkara, serta kekakuan yang boleh menyebabkan masalah yang lebih teruk seperti sukar bergerak, gangguan ucapan dan juga menggigil.

Walaupun hasilnya tidak dapat dipastikan, namun ganja menunjukkan bahawa ia sangat berkesan dalam pengurusan gejala ini secara keseluruhan kerana kesan analgesik dan keupayaan untuk melegakan otot. Tetapi, ganja diragui dapat membantu mengurangkan rasa sakit.

Namun, rawatan menggunakan ganja dapat membantu mengurangkan gigil, meningkatkan kualiti tidur, memperbaiki mood, memudahkan pergerakan dan menaikkan selera makan. Kajian yang diterbitkan pada tahun 2014 mendapati bahawa 22 pesakit Parkinson mengalami perubahan positif dari segi gigil, tidur dan rasa sakit dalam masa 30 minit selepas menghisap ganja.

Kesan sampingan daripada ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor termasuklah bengkak pergelangan kaki, pergerakan diluar kawalan, kerosakan hati dan insomnia, yang mana boleh dielakkan melalui rawatan menggunakan ganja.

3. Gangguan Tekanan Pasca-Trauma (PTSD)

gangguan tekanan pasca trauma 8 penyakit kronik yang mampu dirawat oleh ganja 2

Bagi mereka yang mengalami gangguan tekanan pasca-trauma atau PTSD akibat pelbagai pengalaman buruk seperti dirogol atau pertempuran di medan perang, masalah ini perlu dirawat.

Hubungan antara keadaan kecemasan yang teruk ini dan kesan ganja mendapat perhatian yang sangat luar biasa dalam beberapa tahun kebelakangan menyebabkan PTSD boleh dirawat menggunakan ganja.

Tahap adrenalin dan tekanan yang dialami pesakit menjadi tidak seimbang dan kenangan buruk yang menyakitkan mudah untuk tercetus. Ia disebabkan kekurangan endokannabinoid pada penghidap PTSD.

Cannabidiol yang terkandung dalam ganja diketahui sebagai mampu mengurangkan ekspresi takut dan mengganggu penyatuan ingatan (menyokong ingatan masa panjang)

4. Skizofrenia

skizofrenia 8 penyakit kronik yang mampu dirawat oleh ganja

Skizofrenia adalah gangguan mental yang menyebabkan pesakit kehilangan rasa terhadap realiti hidup. Penyakit ini menghalang pesakit daripada hidup secara normal dan tak dapat membezakan antara khayalan dan realiti.

Penggunaan ganja dalam situasi ini mungkin kelihatan sangat kontroversi jika seseorang itu tidak memahami perbezaan antara THC (Tetrahydrocannabinol) dan CBD (Cannabidiol).

THC, bahan utama dalam ganja boleh menyebabkan reaksi psikotik dan memburukkan skizofrenia sementara CBD didapati menghasilkan kesan anti-psikotik yang sangat bermanfaat bagi pesakit.

CBD juga didapati sama efektif dengan ubat anti-psikotik lain, tetapi tidak memberikan kesan sampingan seperti penambahan berat badan, peningkatan risiko diabetis dan gangguan pergerakan kekal.

Skizofrenia juga mempunyai gejala negatif tertentu seperti kurang motivasi dan bergaul yang sangat sukar untuk dirawat. Dan kesan diberikan oleh CDB dalam mengurangkan tekanan dan anti-psikotik terhadap otak mampu membantu mengurangkan masalah-masalah ini.

5. Arthritis

arthritis 8 penyakit kronik yang mampu dirawat oleh ganja

Arthritis adalah sejenis penyakit yang dikaitkan dengan keradangan sendi yang berterusan yang menyebabkan sakit kronik dan kekakuan pada badan pesakit. Pesakit dibelenggu dengan kecederaan yang tidak sembuh dengan betul, kekejangan pada waktu pagi, sindrom carpal tunnel (semut-semut), dan gejala lain yang teruk.

Saraf mereka bertanggungjawab terhadap rasa sakit yang amat membuatkan ia sukar untuk berfungsi dengan normal. Setelah mengalami reaksi berbahaya dari ubat-ubatan yang disyorkan seperti ubat penahan sakit, sesetengah pesakit arthritis telah beralih kepada rawatan ganja. 

Penyakit ini sangat sesuai dirawat oleh ganja kerana tumbuhan ini menggalakkan melegakan kesakitan yang amat sangat dalam sendi. Kajian sedang dijalankan bagi mengesan sama ada ganja bukan sahaja mengurangkan kesakitan dalam otak tetapi juga memerangi keradangan dan membaiki sendi itu sendiri.

Dalam satu kes, Katie Marsh dari Maine, Amerika Syarikat yang menderita akibat arthritis rheumatoid mengalami kesan sampingan teruk dari ubatan yang diberikan oleh doktor. Setelah berunding dengan doktor pakar lain dalam pengambilan ganja, Katie mencuba tumbuhan ini secara mentah dengan dibuat jus. 

Dalam masa beberapa hari, Katie tidak lagi perlu mengambil ubat penahan sakit. Dan selepas 11 bulan meminum jus ganja ini, penyakit Katie semakin pulih.

6. Fibromyalgia

fibromyalgia 8 penyakit kronik yang mampu dirawat oleh ganja

Masalah atau gangguan buruk ini biasanya tidak difahami oleh kebanyakan orang. Fibromyalgia dicirikan oleh kesakitan tisu yang mendalam, sakit kepala, keletihan, kekurangan tidur dan juga kemurungan.

Gangguan ini dipercayai meningkatkan rasa sakit sedia ada dengan menjejaskan cara di mana isyarat sakit tersebut diproses oleh otak. Namun, bagaimana dengan merawat gangguan menggunakan ganja perubatan?

Ramai pesakit telah melaporkan bahawa ganja telaah mengurangkan rasa sakit mereka dan meningkatkan kualiti tidur. Dalam satu kajian, 28 pesakit fibromyalgiaa dilaporkan menunjukkan pengurangan yang ketara dari segi kekakuan dan kesakitan, 2 jam selepas menggunakan ganja perubatan.

7. Insomnia

insomnia 8 penyakit kronik yang mampu dirawat oleh ganja

Kita semua pernah melalui malam-malam di mana sukar untuk tidur dan asyik berguling-guling di atas katil, dan ada juga yang mengira kambing biri-biri untuk cuba tidur. Namun, apakah yang anda akan lakukan jika situasi ini berterusan setiap malam?

Insomnia kronik telah membuktikan menjejaskan orang dari semua latar belakang, menjadikannya satu masalah yang sangat berleluasa dalam masyarakat. Lebih buruk, terdapat hubungan antara kurang tidur atau tidur tak berkualiti, dengan masalah kesihatan yang teruk.

Dan seperti kebanyakan ubat preskripsi, ubat tidur mempunyai reputasi menyebabkan kesan jangka masa panjang, kesan sampingan yang berbahaya selepas bangun. Dan ia bukanlah lagi satu rahsia bahawa ganja mempunyai kesan yang menenangkan.

Sejak tahun 1970an, kajian menunjukkan bahawa ganja adalah pembantu tidur yang sangat baik. Siapa yang tak mahu tidur yang mudah dan lena serta pernafasan yang lebih baik ketika tidur kan?

Ganja perubatan secara semulajadinya memberikan pelepasan dari tekanan dan kemurungan yang amat mendalam. Ini berpotensi menyebabkan peningkatan dramatik dalam kualiti tidur dan mengukuhkan kesihatan keseluruhan bagi pesakit insomnia.

8. Penyakit Lou Gehrig (ALS)

stephen hawking big bang theory

Sklerosis Lateral Amyo trophic (ALS) atau juga dikenali sebagai penyakit Lou Gehrig berlaku disebabkan oleh kerosakan neuron motor yang bertanggungjawab menghantar isyarat kepada otot. Gejala-gejala biasa bagi penyakit bahaya ini termasuklah kelemahan, perucapan yang tak jelas, kesukaran berjalan dan kelumpuhan. 

Penyakit ini tidak mempunyai ubat dan banyak pesakit yang mati selepas beberapa tahun didiagnos. Paling malang adalah walaupun mangsa hilang keupayaan untuk mengawal otot mereka, namun mereka tetap mengekalkan fungsi kognitif dan sangat peka terhadap persekitaran.

Pesakit ALS boleh memanfaatkan ganja kerana sebatiannya boleh merangsang selera makan dan juga mencegah kerosakan sel. Kesan analgesik dan sifat anti-keradangan yang diberikan oleh ganja mampu mengurangkan penderitaan oleh pesakit ALS melalui kesakitan berterusan.

Rujukan:

1. Health Line

2. Leafly [1] [2]

3. Time

4. High Times

5. Herb

6. Hello MD

7. National Pain Report




Hakcipta iluminasi.com (2017)