Kebanyakkan pengguna marijuana atau ganja menghisap dadah ini kerana ia boleh memberikan rasa ghairah atau "high", tetapi ia juga mempunyai kesan sampingan.

article 0 0d56753d000005dc 92 634x378

Kajian menunjukkan bahawa penggunaan ganja boleh menyebabkan pelbagai jenis kesan sampingan jangka masa pendek dan panjang.

Walaupun ramai yang tahu bahawa kesan daripada pengambilan ganja adalah keinginan makan makanan (fast food) yang tinggi, namun banyak lagi kesan pengambilan ganja ini yang kurang diketahui.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berikut adalah 9 kesan sampingan pengambilan ganja:

1. Mulut kering

weed side effects 1

Ramai pengguna ganja tahu kesan sampingan ini yang dikenali sebagai "cottonmouth", bermaksud perngguna mengalami perasaan tidak selesa kerana kekurangan penghasilan air liur.

Satu kajian yang diterbitkan di dalam journal "Addiction Research & Theory" pada tahun 2003 menemui 79% daripada pengguna ganja mengalami kekeringan pada mulut.

"Dalam banyak kes, anda boleh melihat lebih banyak mulut kering pada pengguna ganja kerana mereka mengambil ganja dalam jumlah yang lebih banyak berbanding pengguna perubatan biasa," kata Johnathan Werynski, Kaunselor ganja di CanvasRX, sebuah syarikat yang menyediakan bantuan kepada rakyat Kanada yang diberikan preskripsi ganja oleh doktor.

Pengguna boleh mengurangkan kesan ini dengan mengunyah gula-gula getah atau makanan, yang akan meransang penghasilan air liur.

2. Pening kepala

dizziness

Ramai pengguna memberitahu mereka berasa pening kepala selepas menghisap ganja, terutamanya ketika mereka bangun.

Dalam kajian pada tahun 1992, 60% penghisap melaporkan pening kepala tahap sederhana ke tahap teruk ketika bangun selepas menghisap ganja "high-potency".

Pengguna dalam kajian ini yang merasakan pening yang teruk juga menunjukkan pengurangan kadar tekanan darah, yang mana berkait dengan kesan ini.

Walaubagaimanapun, kajian juga menunjukkan yang pengguna ganja yang tegar boleh menjadi biasa dengan kesan janga pendek ini termasuk pening.

3.Peningkatan selera makan

3 2 600x399

Antara kesan janga masa pendek yang paling diketahui adalah peningkatan nafsu makan. Selepas pengambilan ganja, mereka akan merasa rasa lapar secara tiba-tiba, yang akan membuatkan mereka makan dengan banyak tanpa menyedarinya.

Walaupun para penyelidik masih tidak pasti kaitan antara ganja dan selera makan, kajian pada tahun 2015 memberitahu bahawa ganja mungkin mengaktifkan signal yang dihantar ke otak berkenaan dengan rasa lapar.

Walaupun beberapa pandangan menganggap ini sebagai kesan buruk, tetapi ia amat bermanfaat bagi mereka yang menggunakan ganja sebagai rawatan untuk orang yang kekurangan selera makan.

Juga, pill yang mengandungi THC atau dikenali sebagai Marinol, yang mengandungi kandungan ganja digunakan untuk merawat pesakit kanser.

4. Kemerosotan daya ingatan

man memory loss 720x480

Banyak kajian menemukan yang pengguna ganja mengalami masalah daya ingatan jangka pendek, manakala kajian lain menunjukkan yang ganja menjadi sebab daya ingatan merosot di kesemua tahap ingatan.

Pengguna ganja yang masih remaja adalah yang paling terdedah kepada kesan ini. Kajian pada 2011 menunjukkan bahawa kemerosotan daya ingatan lebih teruk dikesan pada remaja, dan berkemungkinan akan mengalami kesan jangka panjang.

5. Hilang motivasi diri

lack of motivation

Sesetengah orang yang tidak menyokong pengambilan ganja menyokong stereotype bahawa pengguna ganja menjadi tidak bermotivasi di tempat kerja dan sekolah. Walaupun ini tidak dapat dibuktikan dengan tepat, ia masih boleh dipercayai.

Dalam survey pada tahun 2003, 53% daripada pengguna ganja melaporkan mengalami kehilangan motivasi diri.

Kehilangan motivasi ini mungkin boleh dijelaskan oleh bagaimana ganja memberikan impak kepada otak kita. Beberapa kajian menunjukkan pengguna ganja tegar mempunyai tahap dopamine yang rendah - bahan kimia yang berada di dalam otak yang bertanggungjawab mengawal motivasi.

6. Kemurungan

depression

Walaupun telah dibuktikan yang ganja mampu menjadi bahan rawatan untuk membantu mereka yang mengalami kemurungan, dalam beberapa kes, ia juga boleh memberikan impak sebaliknya.

Menurut Werynski, kajian menunjukkan penghisap ganja boleh mengalami kemurungan, terutama penghisap di kalangan golongan muda dan remaja. Demikian juga satu kajian yang diterbitkan pada 2002 dalam British Medical Journal merumuskan bahawa penggunaan ganja yang kerap di kalangan remaja wanita akan menyebabkan kemurungan pada tahun-tahun akan datang.

Tetapi, penting untuk kita mengetahui bahawa terdapat beberapa jenis kemurungan dan ganja boleh memberi kesan yang berbeza kepada setiap jenis kemurungan.

7. Paranoia / Keresahan

rsz 2313302859 8471043c8a 4930

Kesan lain daripada pengambilan ganja adalah keresahan atau ketakutan yang selalu dialami mereka selepas menghisap ganja.

"Terdapat bukti-bukti benar yang telah didokumentasikan dalam perubatan yang menunjukkan bahawa THC memberi kesan kepada penghisap dengan meningkatkan rasa bimbang di dalam diri," kata Werynski.

Kajian pada tahun 2015 menemukan THC meningkatkan keresahan kepada individu yang pernah mengalami simptom ini. Tetapi kajian tersebut juga mendapati yang keresahan bukanlah kesan langsung dari THC, tetapi, keresahan ini seolah-olah kesan sampingan kepada penggunaan ganja (seperti kemurungan) dan juga perasaan mengalami pengalaman yang luar biasa.

8. Ketagihan

weed side effects 8

Seperti kebanyakan dadah, ada risiko ketagihan dikaitkan dengan pengambilan ganja.

Apabila pengguna berhenti mengambil ganja, reseptor cannabinoid dalam badan akan dilaraskan kepada tahap normal, yang akan memberikan kesan fizikal dan psikologikal.

Kajian pada tahun 2010 menemui 42% daripada pengguna yang cuba untuk berhenti mengalami simptom "withdrawal", seperti cepat marah, kesukaran untuk tidur dan kekurangan selera makan.

Walaupun sesetengah orang tidak percaya yang ganja boleh membuatkan ketagihan, para penyelidik tetapi bertegas dengan penemuan mereka.

"Ganja adalah dadah psikoaktif yang mengaktifkan kawasan otak yang sama seperti pengambilan bahan lain, seperti alkohol, tembakau, kokain, dan lain-lain,"

- Dr. David Gorelick, Profesor Psikiatri, University of Maryland School of Medicine.

9. Masalah paru-paru

lunghealth ftr

Seperti rokok, menghisap ganja boleh memberi kemudaratan kepada sistem pernafasan pengguna.

"Apa saja tumbuhan yang terbakar jika dibakar boleh menyebabkan kesan buruk kepada sistem pernafasan"

- Dr. Mitch Earleywine, Profesor dan penyelidik, State University of New York, Albany.

Kajian menunjukkan bahawa penghisap ganja boleh mengalami masalah pernafasan, seperti bronkitis, batuk-batuk dan semput.

"Kami tidak menggalakan orang ramai untuk menghisap ganja lagi," kata Werynski.




Hakcipta iluminasi.com (2017)